TENGAH JALAN

741 63 2
                                    

Fazree, Seokjin dan Namjoon hanya berjalan kaki menuju ke pasaraya terdekat. Sebelum mereka sampai di pasaraya berdekatan dengan taman perumahan itu, mereka disapa oleh pakcik guard yang sibuk mengurat anak dara tengah jemur kain.

"Ayo, adik... mau pigi mana~" pakcik guard berbangsa India itu menegur.

'Aduh, pakcik ni lagi...'

"Oh, uncle! Nak pigi pasaraya..." kata Fazree. Seokjin dan Namjoon hanya tercegat kerana tak tahu nak menyampuk apa.

"Itu siapa itu kawan cina ka?" soal Uncle Kumar itu kerana melihat Seokjin dan Namjoon.

"Itu bukan kawan saya. Tetamu, uncle..." jawab Fazree bersahaja membuatkan Namjoon membulatkan matanya.

"Cehh, nak kata kita tetamu konon.." bisik Namjoon dan Seokjin memukul bahunya.

"Dah memang kita tetamu kot..."

"Tetamu tidak diundang tu yang payah, uncle..." sambung Fazree sambil matanya menjeling kearah mereka berdua. Uncle Kumar hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Aiyoo kenapa pulak jadi macam itu..."

"Uncle... sorry kami dah lambat ni... takut tutup pulak pasaraya tu.." kata Fazree dengan alasan tidak mahu berlama dengan uncle Kumar memandangkan Uncle Kumar tu suka sangat bercerita.

"Oh ya ya, hati-hati ya.."

Maka mereka bertiga pun berjalan dalam keadaan tidak bercakap, sibuk melayan perasaan sendiri. Namun, satu ranting kayu kecil telah menghempap kepala Fazree dari belakang. Fazree menoleh dan melihat Seokjin dan Namjoon saling ber-hi-five dan terkekek sesama sendiri.

"Apahal kau ni?"

"Tu.... karma."

"K-karma? Karma kepala hotak kau! Nak berkarma pulak apehal??"

Satu lagi ranting kayu kecil menghempap muka dia. Yang tu balingan dari Seokjin.

"Woi!! Sakit la!!"

"Heheh, baru ranting kayu dah merengek macam anak mak... wueihhh~" perli Seokjin dan disambut kekekan dari Namjoon disebelah. Fazree pun mengambil ranting kayu tadi itu dan membaling kearah NamJin yang sibuk ketawa. Satu suara 'huarrghh' keluar dari mulut mereka berdua.

"Sibuk nak perli orang, sakit aku tanggung cam tu la 'huarrghh' kamu tu... tak reti nak bersyuㅡ gulp!"

Seokjin dan Namjoon melangkah kedepan dengan muka yang gerun segerun yang pasti kearah Fazree dan Fazree pun melangkah kebelakang setapak demi setapak dan satu idea muncul tanpa disengaja oleh Fazree.

"Uwaaa~" Fazree membuka langkah seribu yang mungkin lari dari Seokjin dan Namjoon dan mereka pun turut mengejar Fazree dari belakang.

"Sini kau pakcik!!"

"Aku taknak!!"

Sebaik sahaja Fazree membelok ke selekoh tajam, dia disapa oleh makhluk hidup yang boleh dikatakan menggerunkan.

grrr~ wuuf wuuf!!

Kedengaran bunyi nyalakan anjing di hadapan rumah cina bertingkat 3 siap dengan anjing guard sekali berkerumun di tengah jalan. Siap satu kampung anjing dari yang bersaiz kecik hinggalah bersaiz besar macam saiz motosikal berkumpul beramai-ramai sambil bernyalak. Macam-macam jenis nyalakan pun ada. Fazree memberhentikan langkahnya kerana himpunan anjing-anjing itu namun Namjoon yang gigih berlari itu tak sempat brek dan merempuh Fazree hingga Fazree sempat mencium tanah. Kira tu first kiss dia dengan sang tanah....

"Hahahha dapat kau!!"

"Hoi tepi la berat nya kau erghh!!"

Seokjin termengah-mengah baru sampai dimana Namjoon dan Fazree berhenti. Dia memegang lututnya yang dah nak tercabut tu.

[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂Where stories live. Discover now