author pov
"ta-tapai??" soal fazree. taehyung mengangguk laju sambil bermain benda hijau tu.
"kau yakin ni tapai?" soalnya lagi.
"yelah! habis?"
fazree mengambil benda hijau itu dari tangan taehyung. taehyung merungut kerana hal itu.
"benda ni... petai."
"hAH??"
"ni, benda hijau ni, namanya petai. bukan tapai..." kata fazree namun taehyung membulatkan matanya sambil tanganya merampas petai itu dari tangan fazree.
"bukan lah! ni tapai... opah kau baru je sebut tadi... kau tanya jimin. kan jimin?? jimin? paRk JIMIN!!!??"
jimin tidur diatas meja dengan kepalanya diletak diatas lengannya. taehyung yang memegang petai itu terus memukul kepala jimin dan membuatkan jimin hampir jatuh dari kerusi.
"aduhㅡ hEY BUDUH ANAK KIM JAHANNAM ARRGHH!!" jimin meraba kepalanya dan taehyung membaling lagi petai itu dan kena tepat di muka jimin.
"anak kim kat cerita ni bukan aku je tau. kalau singa dua ekor tu dengar hahaha ANAK PARK JATUH JAMBAN ANAK JEONㅡ"
"HUARGHHH!!!"
"hey, dah dah lah tu mencarut depan rezeki ni..." kata fazree yang hanya duduk mendengar carutan yang tak berfaedah itu. taehyung yang mendengar terus duduk, begitu juga jimin.
"benda apa kau pukul tu aduh..." jimin masih lagi meraba kepalanya yang sakit.
"ni..." taehyung memberi petai itu kepada jimin. jimin menyambutnya dan melihat petai itu dengan ghairahnya.
"apabenda ni?"
"ni tapai kan? kau sendiri dengar tadi kan opah dia kata tapai... kan? kan? KAN???!" taehyung dengan yakinnya bangga membuatkan jimin hanya terpinga-pinga... tak tahu apa yang terjadi.
"tae, secara ikhlas jujur dalam lubuk hati aku, aku tak tahu benda apa hijau ni..."
"kan tadi kau ada kat sini??!"
"aku tertido duhh... tak nampak??"
"tch.." taehyung mencebik sambil tangannya bersilang di dadanya. dalam diam, fazree meng'google nama 'petai' di phonenya. apabila cariannya memuaskan hati, dia beri tunjuk kepada taehyung.
"ape?"
"ni, kau baca sendiri..." taehyung mengambil phonenya dan membaca apa yang ada pada skrin itu. taehyung mula menggigit jari, tidak percaya apa yang dia baca.
"ha, sekarang dah faham? benda ni petai.. well aku dah bertahun lamanya duduk kat malaysia ni. kau setahun pun tak pass cehhh..." taehyung memandangnya dan memberi semula phonennya.
"nah! ambik la balik..."
"hahaha anak kim tercinta marah lorh~" usik jimin sambil membaling petai itu kearahnya.
"kau diam lah!"
🍃
jam menunjukkan pukul 8 pagi. acara majlis berkhatan akan dimulakan tidak lama lagi di balai raya. husin merupakan peserta bagi majlis ini. dia duduk termenung di anjung rumah, memikirkan benda yang menakutkan seluruh kanak-kanak yang bakal di khatankan ni. fazree yang perasan dari arah pintu dapur tersenyum sambil berjalan menuju kearahnya. namun, keinginan fazree tidak kesampaian disebabkan oleh fazree terpijak kaki yoongi yang terlentang di ruang tamu.
"aaRGHHH KAKI AKUU!!!" jerit yoongi yang menyebabkan kucing yang tenang tidur di tepi tingkap jatuh ke bawah akibat terkejut. entah mati ke tak.
"eii kenapa kau dok baring kat sini?? pergi lah kat bilik aduh... tak pasal-pasal aku juga jatuh ergh!" fazree meraba sikunya yang terhempap kuat ke lantai.
YOU ARE READING
[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂
HumorWhen BTS got transfered to.... MALAYSIAN SCHOOL (Malay fanfic so dont get confused) highest ranking : #2 in Humor (170406) ♥ Start - 16 Dec 2015 End - 9 Aug 2017