Nobody POV
flashback"Jangan kacau saya..."
"hahahaha... aku bukan nak kacau kau la.. aku cuma nak kata hai je kat kau~"
"Tolonglah~ "
"HOII !!"
Terdengar suara membela dari arah belakang. Budak itu dalam lingkungan 5 tahun.
"Apa kau buat dengan dia hah??!"
"Bukan urusan kau !!" kata budak gemuk tu.
"Jangan kau berani sentuh dia !!" kata budak itu lalu datang menerpa mereka.
"Heh, kau kecik je... kalau kick dah melayang dah... hahahaha" Kata budak gemuk lalu mentertawakan budak itu.
"Ish... ambik ni !!" kata budak itu lalu membaling lumpur di muka budak gemuk itu.
"Aahhh~" budak gemuk itu terus lari meninggalkan mereka berdua disitu. Budak itu terus mendekati seorang budak berkaca mata yang terduduk di dekat pokok.
"Awak tak apa-apa ? "
"Sa-saya tak apa-apa... te-terima kasih..." budak itu menolong budak kaca mata itu untuk bangun dan membersihkan kotoran baju budak kaca mata itu.
"Dah bersih pun... kenalkan... nama aku Jung HoSeok~ awak ?"
"Saya... Jung TaeWon..."
"Wahh... nama keluarga kita sama la.. hehehehe~" kata Hoseok dengan senyuman yang langsung tak lekang dari mulutnya.
"Kita kawan... okay?"
"Okay..." kata TaeWon lalu memberikan senyuman manis kepada Hoseok.
Mereka pun berjalan dari taman permainan itu menuju ke sebuah taman perumahan.
"Hoseok~"
"Yaa?"
"Rumah awak kat mana?"
"Rumah saya kat depan tu je~ saya tahu awak tinggal kat mana... hehehe" katanya dengan senyuman dibibir.
"Macam mana awak tahu?"
"Eh dah lah. Aku kena balik. Bye!" kata Hoseok lalu berlari tetapi langkahnya terhenti lalu menoleh ke belakang. Ke arah Taewon yang kaku berdiri.
"Panggil saya Hobie !!" katanya lalu melambaikan tangannya dan lari kearah rumahnya.
***
h"Saengil chukahae Taewon-ah~~" kata Hoseok lalu memeluk Taewon."Hehehe... malu la pulak.."
"Kenapa nak malu? Ni hadiah dari Hobie~~~" katanya lalu memberi kotak hadiah comel.
"Jangan buka! Nanti aku balik baru buka tau~"
"Ehehe.. gumawo Hobie-ah~ jom kita makan!" kata Taewon lalu menarik tangan Hoseok ke ruang makan.
"Wahhh~ banyaknya makanan..." kata Hoseok teruja dengan makanan yang terhidang diatas meja.
"Taewon~ call your friends here... acara potong kek nak mulaa~" kedengaran suara Mrs Jung iaitu ibu Taewon memanggil anaknya ke ruang hadapan.
"Jom Hobie! Omma aku dah panggil !!" kata Taewon lalu menarik tangan Hoseok.
"Okii~"
♪saengil chukha hamnida~
saengil chukha hamnida~
saranghaneun Taewon-ah~
saengil chukha hamnidaa~ ♪"Yeayy~~"
"Nah Hobie!" kata Taewon lalu memberi sepotong kek kepada Hoseok.
"Wahh... gumawo Taewon-ah..."
"Taewon, ambil gambar kejap.." kata Ayah Taewon lalu mengambil gambar Taewon dan Hoseok sebagai kenang-kenangan.
***
Genap 2 tahun Taewon dan Hoseok berkawan. Umur mereka juga sudah 8 tahun. Pelbagai kenangan pahit dan manis mereka hadapi bersama. Namun, fikiran Taewon kusut kerana appanya terpaksa berpindah ke luar negara menyebabkan dia dan ommanya turut ikut berpindah.Dia akan hilang segalanya.
Taman permainan.
Sekolah.
Kawan.
Hoseok.
Semua tu amat merisaukan Taewon. Dia akan kehilangan sahabat baiknya, Hoseok. Dia belum bersedia untuk memberitahu perkara ini kepada Hoseok. Jadual penerbangan appanya tinggal 3 hari saja lagi. Dia belum packing barang-barangnya.
"Taewon... Kawan kamu datang~" laung ommanya dari bawah.
"Okay~"
"Taetae !!" jerit Hoseok dari arah pintu bilik Taewon. Taewon amat terkejut lalu memberi senyum ke arah Hoseok.
"Kenapa kamu ni? Taetae okay tak?" kata Hoseok setwlah melihat muka Taewon agak kusut.
"Hobie~ kami akan....berpindah.."
"Hah?"
***
Barang barang dah pun masuk ke dalam kereta. Taewon hanya kaku bwrdiri di pintu rumah seolah-olah menunggu sesuatu."Taewon? Kenapa berdiri disitu? Jom.. nanti terlepas flight..." kata appanya setelah melihat Taewon hanya kaku berdiri dengan muka yang masam. Taewon hanya menggeleng dan berjalan longlai kearah kereta yang telah disediakan.
"TAEWON-AHH~~" satu suara telah menampar telinga Taewon. Taewon melihat Hoseok sedang berlari kearahnya.
"Taewon-ah~ awak betul ke nak pergi?"
"Yaa... mianhae~"
"Aku tak tau aku boleh jumpa kau lagi atau tidak. Tapi aku nak bagi kau gambar ni..." Hoseok memberi sekeping gambar mereka berdua ketika birthday Taewon berumur 6 tahun.
"Aku harap... kau tak lupakan aku. Aku sentiasa rindu kau kat sini..." kata Hoseok lalu memeluk Taewon dengan tangisan yang tersedu. Taewon turut membalas pelukan Hoseok dan turut menangis bersama.
"Bye Taewon~ jangan lupakan aku tau!" Hoseok melambai tanganya dan Taewon trut membalas lambaian Hoseok.
"Aku takkan lupakan kau Hobie~ kita kan sahabat~"
end flashback
◆◆◆
YOU ARE READING
[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂
HumorWhen BTS got transfered to.... MALAYSIAN SCHOOL (Malay fanfic so dont get confused) highest ranking : #2 in Humor (170406) ♥ Start - 16 Dec 2015 End - 9 Aug 2017