Hari yang bahagia bagi aku dan semua penduduk bumi...
CUTI.
Hari ni sabtu. Esok ahad. Ada apa-apa ke?
Ahad.... ahad.....
"Ahad ni ada karnival kat pasaraya jadi jangan tak datang~"
Oh ya... baru aku ingat semalam Emir ada bagitau aku pasal ni. Ermmm~
Hati aku terbelah tiga nak pergi ke tak. Tapi at least adalah juga event untuk cuti ni.
Nak balik kampung... aku cadang nak pergi cuti semester 1. Alaa... cuti dua minggu tu. Kalau seminggu ayy~ tak syok.
Pastu, Kak Fira dah balik dah... entah bila lagi nak jumpa. Balik raya entah lah. Puasa belum lagi haih~
Aku nak imbas ni. Hari tu, petang Khamis, aku ada terdengar satu meeting di bilik dorang. Bilik BTS. Aku dengar yang ni...
"Aku tak tahu macam mana nak jalankan misi ni seperti yang kita rancang sebelum ni..."
Yang tu jelah aku sempat dengar. Sebab aku tak tahan sangat nak buang air besar. Heheh sorry 😁
Dorang datang kat sini, ada misi, misi apa? Dorang plan nak bunuh aku ke?
Eyy, aku tak rasa cam tu. Aku dah bagi tempat tinggal free nak bunuh aku pulak. Habis, misi apa? Huish~ curious beno aku.
Aku nak cer sikit. Sejak dorang jejak kaki dorang kat sini 2 bulan yang lalu, dorang semangat pulak nak belajar. Kalah aku wuu. Ingatkan dah lupa daratan tak nak hadap buku.
Ke, dorang buat semua tu, ada maksud lain. Kenapa pulak aku serabut pasal benda ni aduh...
Dah jam 10 pagi. Aku tak dengar pulak bising kat luar. Ke... dorang larikan diri?
Oh no~
Aku bergegas keluar manatau dorang kena culik ke, rumah aku kena ceroboh ke... aku risau bukan apa...
Kalau dorang hilang, apa aku nak jawab kat ahjussi nanti? Masak aku...
Aku keluar jenguk, langsung tak ada kelibat manusia. Bilik tamu. Yea~
Aku berjalan menghampiri bilik tu. Telinga aku dekatkan di muka pintu. Kenapa tak ada bunyi? Memang betul ke dorang lari? Aku sekali lagi merapatkan telinga dan badan aku di pintu bilik. Bunyi macam tapak kaki mendekat akuㅡ
Hahah~ padan muka aku. Kenapa lah aku tak cepat-cepat gerak tadi haih~
"Oh, pakcik! Pakcik okay ke?"
Jungkook.
"Apasal kau panggil dia pakcik? Tak sesuai kot..."
Yoongi.
Aku yang dah rebah di depan kaki dorang, aku mendongak dan dihadapan aku Hoseok. Oh gosh~
Aku segera bangkit membetulkan kaca mata aku yang dah senget, baju aku perbetulkan. Tak pasal-pasal jatuh imej aku haih~
"Kau... okay tak?"
Aku menoleh melihat Hoseok dengan matanya yang membulat.
"A-aku..."
YOU ARE READING
[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂
HumorWhen BTS got transfered to.... MALAYSIAN SCHOOL (Malay fanfic so dont get confused) highest ranking : #2 in Humor (170406) ♥ Start - 16 Dec 2015 End - 9 Aug 2017