"Friendship is like algebra... if u can solve it, you rescuing it..."
◆◆◆
Author POV
Hari isnin.
Isnin. Waktu pertama pelajar kena hadapi setiap minggu waktu persekolahan ialah...
Perhimpunan.
Perkara tu bukan setakat Yoongi sahaja benci, malah semua manusia yang bergelar 'pelajar sekolah' benci dengan adegan ni.
"Fazree... boleh tak aku tak ikut perhimpunan ni?"
"Tak boleh"
"Cehh.. kedekut...."
Diharapkan agar pengetua harini sakit....
***
Jam menunjukkan 7:15 pagi. Perhimpunan berakhir awal kerana pengetua tidak dapat menghadiri perhimpunan durjana tu. Jadi, ada masa lebih kurang 15 minit sebelum kelas dimulakan. Macam biasa, walaupun guru-guru memberi amanat kepada pelajarnya agar tidak bising pada waktu awal sebegini....
Still.... bising macam zoo.
Walaupun ini dah jadi perkara biasa sejak azali lagi, namun... hari ni merupakan hari yang mungkin dianggap satu keajaiban bagi Seokjin, Namjoon, Hoseok, Jimin, Taehyung dan Jungkook.
"Yang kamu tenung aku macam nak terberak pun ada tu dah kenapa? Tak pernah tengok Min Yoongi ke?"
Seokjin dan Namjoon saling berpandangan. Yang lain turut memberi reaksi yag sama. Namjoon berdehem seketika sebelum memulakan ceramah.
"In the name of Min Yoonㅡ"
"Joon... aku tak nak dengar ucapan English kau pepagi ni... Direct jelah!!"
Namjoon terkekek dengan reaksi Yoongi. Still macam dulu tapi, ni lain...
"Ok, ok. Ni... kau okay tak?"
"Kau tengok aku macam nak mati ke?"
"Kau tak mimpi?"
"Weyh Joon!! Kau tak nampak ke matanya terbungkang luas macam nak terkeluar pun ada. Mestilah tak tidur pabo!!" Hoseok menyampuk kerana dia sendiri dah rimas.
"Hehehh Namjoon hyung kena sebijik... kekekeke~" Taehyung, Jimin dan Jungkook tergelak berjemaah kerana Namjoon.
"Tak, begini Yoongi.. kami terkejut sebab kau..." kata Seokjin yang ingin memperbetulkan balik suasana.
"Aku? Sebab??"
"Ok, kita datang sekolah pukul 6:30 pagi, waktu yang masih sunyi...
"Disebabkan budak mata empat tu kita terpaksa akur dengan dia...
"Dan waktu tu kau tidur... tapi harini tak..."
"Habis,kenapa tak tegur tadi pagi?"
Seokjin ingin membuka mulut tapi Hoseok memotongnya membuatkan Seokjin hanya menahan geram. "Nak tengok manatau lepas perhimpunan kau gol ke..."
YOU ARE READING
[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂
HumorWhen BTS got transfered to.... MALAYSIAN SCHOOL (Malay fanfic so dont get confused) highest ranking : #2 in Humor (170406) ♥ Start - 16 Dec 2015 End - 9 Aug 2017