BTS

679 67 1
                                    

(Back To School 👆😏)

Author POV

Seperti yang dijanjikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah telah pun dibuka harini selepas seminggu pelajar dibenarkan mereput dirumah. Keadaan sebegini, amat memberi tekanan kepada pelajarㅡ

"Cehh cikgu dengki sangat bagi kerja rumah bertimbun macam gunung"

"Cuti kali ni saya rasa tak cukup, ibarat makan nasi separuh pinggan, tak cukup.."

"Tolong di pertimbangkan, cuti sebulan.."

Dan bermacam lagi kerenah pelik pelajar zaman sekarang ini. Namun, bagi BTS....

"Aik? cuti apa seminggu macam ni? Cuti musim sejuk takde ke?"

"Kenapa singkat sangat??! Kerajaan memang begitu eh?"

"Sejujurnya aku tak faham cuti ni sebenarnya..."

Hanya itu yang mampu mereka ungkapkan memandangankan mereka sedar hanya 'penumpang' di negara orang.

🍃

Pelajar kelas 3A seperti biasa dalam keadaan tidak stabil apabila guru belum muncul-muncul lagi. Sekarang waktu bahasa Inggeris dimana kelas Cikgu Adri.

"Weyh, aku dengar hari ni cikgu nak umumkan kedudukan kelas..." salah seorang pelajar berkata dengan gaya masyhurnya. Semua pelajar yang mendengar mula riuh.

"Ye ke? Kenapa cepat sangat? Kertas pun belum dapat..."

"Entahnya... cikgu kata kat kau ke?"

"Tak. Akuㅡ"

"Cehh ingatkan cikgu bagitau kau. Sudah lah!" kata seorang budak berbadan gempal bernama Zambri dibelakang.

"Dengar la aku habis cakap dulu! Tadi masa aku lalu kat meja cikgu Sam, cikgu Adri dok berborak ngan cikgu Samad. Dia kata dia nak umumkan terus kedudukan kita dan kertas soalan akan diedarkan nanti. Sebab, cikgu nak buat selidik. Tu jelah aku sempat dengar..."

Sejurus selepas itu, Cikgu Adri muncul secara mengejut membuatkan yang lain mula bertempiaran sebab dok khusyuk mendengar pelajar itu berceramah di depan kelas.

"Kenapa kecoh ni?"

Ahmad sebagai ketua kelas 3A bangun memberi kata hormat kepada cikgu Adri, untuk cover keadaan tadi. Dan cikgu Adri pun mengangguk dan menyuruh mereka duduk. Melihat riak muka cikgu mereka, pelajar lain tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kedudukan mereka.

"Saya akan umumkan kedudukan kamu selepas kita sambung pembelajaran kita yang terdahulu..."

Dan semua pelajar mula merasa tidak selesa kerana jantung masing-masing berdegup bagai nak tercabut.

🍃

"Sila masuk dahulu. Cikgu nak ambil buku laporan..." kata Cikgu Adri tegas dan meninggalkan BTS di hadapan bilik yang tertera 'Selamat Datang ke Bilik Kaunseling ♡'. Keadaan ini membuatkan mereka mula tak rasa selesa.

"Uhm... aku rasa tak sedap hati la.." rungut Namjoon dan yang lain hanya mengangguk kerana memikirkan hal yang sama.

Mereka masuk dalam bilik itu, disapa oleh seorang kaunselor dan pelajar yang bertugas waktu itu. Dalam bilik bercat ungu, menenangkan suasana yang sejuk. Di dalam ruangan itu, ada lagi satu bilik yang boleh dikatakan bilik kebal.

"Wow, soundproof~ ni kalau mengutuk orang kat sini memang line clear..." ujar Yoongi sambil tangannya menyentuh dinding berwarna pastel itu. Mereka duduk di atas sofa hitam empuk sambil melihat suasana bilik itu.

"Kita ada buat salah ke sampai kita dicampak kat sini?"

"Entah. Tapi aku suka la bilik ni. Heheh~"

Tidak berapa lama kemudian, Cikgu Adri datang dengan fail biru ditangannya dan mengunci pintu agar pelajar lain tidak mengganggu perbincangan ini. Reaksi cikgu itu mula serius dan memandang mereka bertujuh sambil membuka fail biru gelap itu.

"Kamu tahu kenapa kamu dipanggil?"

Mereka hanya menggeleng tanda tidak tahu walaupun dalam hati seolah-olah tahu.

"Ditangan saya ni adalah laporan mengenai kamu sepanjang kamu berada disini..."

Mata mereka kini membulat kerana tanpa mereka sedari, segala kelakuan mereka tercatat disitu sepanjang mereka berada disini.

"Saya memanggil kamu kat sini kerana...." cikgu Adri mengeluarkan 7 keping kertas yang merupakan keputusan peperiksaan mereka baru-baru ini. Kedudukan mereka adalah yang ketujuh tercorot dalam kedudukan kelas 3A. Ini membuatkan mereka terkejut hingga tak terkata.

"Jadi, boleh saya tahu sesuatu?" mata Cikgu Adri tak lekang antara mereka bertujuh yang tunduk melihat keputusan mereka.

"Err... uhm..." Mereka tidak tahu apa yang sepatutnya diperkatakan.

Kedengaran keluhan tipis keluar dari mulut Cikgu Adri. Dia menarik nafas sebelum berbicara dengan anak muridnya.

"Saya faham, keadaan kamu. Dengan keadaan yang baharu bagi kamu, sistem pembelajaran yang mungkin agak ganjil bagi kamu. Kamu kena belajar semua perkara baharu itu. Jangan hanya diam diri, dan saya perhatikan kamu kurang bergaul dengan rakan sekelas kamu. Apa, kamu dan Fazree begitu dirumah?"

Kata-kata Cikgu Adri itu cukup hangat bagi mereka. Mereka sedar, yang selama ini mereka kurang bergaul terutama dengan rakan sekelas. Mereka hanya diam, tiada satu pun suara keluar dari mulut mereka.

"Tak mengapa. Saya tak bagi hukuman pun terhadap kamu. Cuma, apa yang saya harap adalah yang lebih baik dari yang ini. Saya harap peperiksaan semester satu bulan Mei nanti ni, buktikan kepada saya yang kamu tak mendapat markah sebegitu teruk macam ni. Faham?"

Mereka hanya mengangguk.

"Dan lagi satu. Jangan segan berjumpa saya jikalau ada masalah atau perbincangan. Saya boleh bantu kamu untuk dapatkan markah yang baik..."

Dan mereka pun sekali lagi mengangguk.

"Baiklah... kalau kamu semua dah faham, boleh masuk kelas sekarang. Ingat pesan saya tadi..."

"Baik cikgu.."

Dan mereka bertujuh pun bangun dan memberikan tunduk hormat kepada Cikgu Adri dan meninggalkan Cikgu Adri di bilik itu.

"Huish gila babun tak sangka saem panggi sebab pasal tu..." kata Yoongi sambil memakai kasut.

"Ha'ah. Aku tak tahu pulak kita bertujuh yang terbawah. Weyh aku tak pernah dapat markah seteruk macam ni... aku jawab soalan, okay je.." sampuk Jimin lagi.

"Tula... riak sangat kan tu yang macam tu.."

"Cehh... kau pun sama..."

Jungkook yang masih lagi merenung kertas itu hanya mengeluh kerana dialah yang paling tercorot antara mereka bertujuh. Dia nak sangat bakar kertas ni, buang jauh-jauh hingga hilang dan tak wujud dihadapan matanya. Seokjin hanya memerhati Jungkook dan dia sendiri merasa apa yang Jungkook rasa sekarang ni.

meanwhile~

"I'm already talk those kids, sir. Everythings gonna be fine..."

"Good. Keep watching them. Do help them to get success and make sure they must learn their lesson. And, keep watching my son too.."

"I will..."

Maka panggilan pun dihentikan......

◆◆◆

another hard chap ;-; fcking bored aye 😏

[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂Where stories live. Discover now