KAMPUNG (IV)

614 73 9
                                    

fazree pov

ketibaan paksu aku semalam betul betul betul memeranjat aku dikala aku tengah syok mandi dengan tenang setelah puas aku halau taehyung nak mandi sesama eii... ingat mandi kat perigi ke nak mandi sama sama camtu. pastu, husin pulak dok menjerit "ayah coming ayah coming!!!". aku rasa bumbung rumah ni boleh roboh dibuatnya.

nak dijadikan cerita, husin panggil paksu aku tu 'ayah' sebab paksu la jaga husin sejak husin masih bayi lagi. paksu aku okay je, yelah.. anak saudara belah abang kesayangan dia, tak kesah kot. sejak paksu aku terima tawaran kerja kat syarikat toyota tu, kemanjaan husin makin membuak. yelah, bukan selalu berjumpa. cuma panggilan jarak jauh je yang mampu menghubungkan mereka beranak. paksu tak nak bawa husin ikut paksu tinggal kat kota sebab alasan taknak husin terpengaruh dengan budaya bandar. aku tinggal kat bandar elok je. baik je aku, tak lepak sana sini.

pendirian orang lain berbeza.

jam menunjukkan pukul 9 pagi. aku melihat kyai, opah, paksu, bakal maksu aku kak lia duduk kat ruang tamu. bincang pasal perkahwinan, budak kecik takpayah la nak sebok. tapi aku ada dengar, dua hari sebelum paksu nak kawin, husin nak dikhatankan. maknanya esok. huish budak tu belum bersunat lagi rupanya. ingatkan sudah.

kelibat babun babun tu lagi aku pun tak tahu kat mana aduh...

author pov

fazree turun dari rumah kayu itu sambil menjengah kat bawah rumah, kalau-kalau kelibat mereka ada kat situ. tekaan fazree hampir tepat kerana semua berkumpul di perigi lama kepunyaan kyai.

"apahal semua dok keliling perigi tu?" soal fazree lalu memakai seliparnya lalu menuju kearah mereka. namun, langkahnya terhenti apabila telefonnya bergetar panjang menandakan ada satu panggilan masuk.

"eii leceh aa~" fazree menyaluk poket dia dan mengeluarkan phonenya, melihat nama 'Emir' di skrin phonenya lalu dia menslaid hijau. dia duduk di tangga rumah itu semula.

(fazree,emir)

"apahal?"

"eii.. kau ni. tak reti nak bagi salam ke dulu?"

fazree menarik nafas dalam dan menghembuskannya. "sorry aku tengah tension no. assalamualaikum..."

"waalaikumsalam, camni le. eh, cuti ni pun kau tension..  apa kau buat? kau tak balik ke?"

"aku balik la. hari ahad yang lalu aku balik. bukan macam kau, lepas habis waktu sekolah hari jumaat tu terus balik."

"hek eleh, perli aku le tu. dah bapak aku yang buat keputusan, ikut jelah. yang lain..?"

"yang lain pun terpaksa le aku bawa. takkan nak tinggalkan dorang kat sana sendiri eii kalau ada apa-apa jadi, susah aku."

"oh.. heheh abang kite sorang dah pandai caring aaa~"

fazree mengeluh seketika mendengar usikan emir tu. "bukan apa, dorang... tak lama lagi nak balik.."

"hah? oh, yeke? pakcik kau bagitau ke?"

"tak... pakcik aku call sendiri kat dorang. aku kebetulan terdengar perbualan dorang. tulah.."

suasana diam antara mereka berdua menemani mereka seketika. sesekali dia memandang mereka yang masih lagi berada di perigi itu.

"kau rasa kalau aku terjun, boleh naik balik tak?" soal seokjin melihat kedalaman perigi tu.

"aku rasa tenggelam terus. aku sarankan kau pakai pelampung yang bulat tu..." sahut hoseok yang turut serta melihat kedalam perigi itu.

[C] 𝚂𝙲𝙷𝙾𝙾𝙻 𝙼𝙸𝚂𝚂𝙸𝙾𝙽 ; 🄱🅃🅂Where stories live. Discover now