Dia lah musuh,dia lah jiran dan dia lah bos!Takde lelaki lain ke yang perlu dia hadapi setiap hari?asyik muka ketat tu je!
Itu lah bala yang harus dihadapi oleh gadis 23 tahun ini,Nur Damia Irwani kerana terpaksa berjiran dan menjadi PA kepada seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti 'gembira' atau 'senyum'.Damia menggelarkan lelaki itu Mr Dino.Kenapa?
Sebab Mr Dino itu pasti akan menjejakkan kaki nya ke dalam office bersama dengan muka ketat nya.Dah lah tu,Mr Dino langsung tak pernah tersenyum pada staf-staf nya yang lain.Teruk kan?
Tu bila hari biasa,belum sampai masa Mr Dino tu mengamuk lagi.Kalau die mengamuk,memang sebiji lah dengan gelaran yang diberikan oleh Damia.Dan bila hembusan api keluar dari mulut Mr Dino,semua terkaku.Tiada sesiapa yang berani bersuara.
Tapi tentu lah tidak bagi Damia.Apa dia kisah?dia memang seorang yang akan terus bersuara jika dia tidak puas hati.
"Hish!apehal lah dengan mamat tu?tertelan minyak petrol ke apa?harap muka je handsome.Tapi asyik nak mengamuk je.Dasar Mr Dino!", - Damia
"Kau ingat muka kau tu lawa sangat?suka hati kau je nak datang office pukul berapa!", - Mr Dino
"Ape masalah kau?aku tak nak gula lah dalam coffee aku ni!tak faham bahasa melayu ke?kan aku dah cakap tadi!", - Mr Dino.
"Takkan lah langsung tak nak letak?patut lah muka bos ni tak pernah manis", - Damia
Personaliti mereka yang berbeza juga menyebab kan mereka susah nak faham antara satu sama lain.Kira nya diorang ni berbeza bagai langit dan bumi.Damia ni seorang yang happy go lucky sehingga dia diberi gelaran oleh staf-staf di sana sebagai Miss Go Lucky.Tapi Mr Dino tu sering marah,serius dan tak pernah tersenyum.Apa lah nak jadi?
Dan kalau sehari Damia dan Mr Dino itu tak bergaduh,memang tak sah!ada saje idea jahat dalam kepala otak masing-masing untuk kenakan sesama sendiri.
Tapi..apa akan jadi bila Mr Dino dan Mr Go Lucky ni disatukan?agak nya ada tak periuk atau kawah yang bakal terbang nanti?rasa nya Mr Dino dengan Miss Go Lucky ni akan tetap bercakaran atau akan ada sesuatu yang tak pernah dilihat oleh Miss Go Lucky kita ni bakal terjadi?
Dapat ke rumah tangga diorang ni bertahan sampai ke akhir nya?atau pun akan terhenti di separuh jalan?tambahan pula bila Mr Dino ni ada ramai peminat.Hm?
Semua nya akan terjawab dalam Aku Milik Mr Dino..
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..