DAMIA bersandar pada sebatang pokok sambil memeluk lututnya.Tangan dan kakinya sudah menggeletar sampaikan sudah tidak mampu lagi untuk berdiri.Dengan keadaan di dalam hutan itu yang gelap gelita,ditambah lagi dengan ketiadaan mana-mana lampu termasuklah lampu picitnya sendiri lagi membuatkan dia mengigil ketakutkan.Tadi dia berjaya mengumpul kayu api tapi dia terlalu leka mengutipnya sampaikan tidak sedar yang dia sudah tersasar jauh ke dalam hutan.Dan sekarang,dia terlupa jalan pulang ke tapak perkhemahan.
Keadaan sekeliling yang gelap gelita itu juga telah menyukarkannya untuk bergerak.Apatah lagi untuk mencari jalan pulang.Jadi dia duduk saja di sini.Dikhuatiri jika dia teruskan perjalanan,mungkin dia akan tersesat lagi jauh ke dalam.
Air mata semakin laju merembes keluar dari matanya.Dia terlalu takut! Bayangkanlah,dia seorang perempuan yang telah sesat seorang diri di dalam hutan pada waktu malam.Ulang suara,pada waktu MALAM! Segala kemungkinan yang negatif muncul satu persatu di fikirannya.
Damia menoleh kebelakang,mungkin akan muncul harimau dari arah itu.Mana lah tahu,kan?
Kemudian dia menoleh ke kiri pula,mungkin ada perompak,pencuri atau perogol yang secara senyap-senyap mengekorinya.
Akhir sekali dia menoleh ke atas pokok.Mungkin saja ada 'makhluk' lain yang sedang memerhatikannya dari atas pokok itu.Ye.. yang kebiasaannya berpakaian serba putih dengan muka yang pelbagai rupa dan bentuk.
Ya Allah,bertapa takutnya dirinya ketika ini.Dia buntu! bagaimana dia hendak bermalam di dalam hutan ini bersendirian? Bagaimana dia hendak tidur? Jika dia kesejukkan bagaimana? Dan satu hal pagi,perutnya ketika ini sudah rancak mengadakan konsert rock.Arhh.. dugaan lagi! Ni semua Nayli punya pasal.
Eleh.. kau pun satu! pergi dengar sangat cakap dia tu kenapa? Kan dah sesat.Padan muka!
Damia memeluk tubuh pula bila kedinginan di malam hari sudah menegakkan semua bulu romanya.
Sudahlah sekarang ini dia memakai t-shirt lengan panjang yang nipis.Ni pun satu masalah lagi.. kenapa hari ini semuanya serba tidak kena?Wajah Damia berubah cuak bila terpandangkan satu bayangan putih yang baru sahaja melintasi di hadapannya.Dia mengigit bibir dan tanpa dipinta air matanya semakin laju mengalir keluar.Tubuhnya semakin dipeluk erat.Dia tak salah nampak,memang betul itu satu bayangan putih!
Damia sudah mahu pitam apabila bayangan itu melalui di hadapannya buat kali kedua.Dia yakin itu bukan manusia memandangkan dia cuma nampak bayangan putih itu sahaja.Tanpa sesuatu yang nampak seperti bahagian kepala,tangan mahupun kaki.
Tidak cukup itu,ketakutannya dicabar lagi apabila telinganya menangkap bunyi yang ganjil.Bukan cengkerik,burung hantu atau sesuatu yang datangnya dari segala haiwan di dalam hutan itu.Ianya bunyi yang sangat ganjil.Damia sudah lemah semangat.Tidak semena-mena tangisannya pecah.Bila bunyi ganjil itu semakin menghampiri dan bayangan putih itu semakin kerap melalui di hadapannya,dia bingkas bangun dari duduknya dan terus berlari tanpa arah tuju.
Entah kenapa ketika dia berlari,terasa bagikan bayangan putih dan bunyi ganjil itu seakan mengekorinya.Dia sudah tidak boleh tahan! Lemah segala anggota badannya.Dengan bunyi tangisannya sendiri membuatkan dia semakin takut.
Damia jatuh terduduk apabila tubuhnya berlanggar sesuatu.Kali ini,satu bayangan hitam yang besar menyapa pandangannya.Damia menggeleng perlahan lalu dia mengundur ke belakang dengan tangisan yang semakin kuat.Bila pergerakannya terhenti ketika belakang badannya berlanggar dengan batang pokok,dia akhirnya mengalah!
Matanya dipejam rapat dengan kedua belah tangannya yang mengigil kuat itu disilang ke dada.
"To.. to.. tolong..", dia cuba menjerit,namun suaranya sudah tidak mampu untuk keluar.Dia terlalu takut.Rasa macam tercabut nyawanya pada waktu ini.Dia hanya menangis dan menangis dan tangisan itu semakin kuat kedengaran.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..