BAB 7

4.5K 177 0
                                    

"KAU ni siapa?macam mana boleh masuk dalam rumah aku ni?lebih baik kau keluar sekarang sebelum aku call polis!", Fisya terjerit kecil.Wajah seseorang di hadapan nya dipandang lama.

Duk!

Sebiji bantal kecil yang berbentuk tembikai tepat mengenai wajah Fisya.Sejurus itu,tawa nya meledak kuat sehingga bergema ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.Damia di hadapan nya sudah mencekak pinggang sambil mata nya mencerlung tajam memandang Fisya yang sudah terguling-guling di atas carpet.

"Kau dah kenapa?apa yang lawak sangat?aku pakai baju terbalik ke apa?", soal Damia dengan geram nya.Sekarang ini,kecil besar kecil besar je dia memandang Fisya di hadapan nya.Kalau ikut kan bisikan syaitan,nak je dia humban si Fisya ni ke dalam mesin basuh.Lepastu spin 20 kali.Biar air yang dah masuk ke dalam kepala otak dia tu kering.

"Bukan.Cuma..", Fisya menarik nafas dalam.Cuba untuk menenangkan diri nya kembali."Cuma nya,malam tadi kau mimpi apa sampai pagi ni kau pakai pakaian macam ni?this is not you.Aku ingatkan model mana lah tadi yang terlepas masuk dalam rumah aku ni", sambung Fisya.Bibir bawah nya digigit kuat untuk menahan diri nya dari meletuskan tawa lagi.Cukup lah tadi dia ketawa bagai orang gila.Sakit dah perut nya.

"Kurang asam betul punya kawan!apa yang pelik sangat?kau tak pernah nampak aku pakai baju ke?", sabar,Nur Damia Irwani,sabar.Istighfar banyak-banyak.

"Mana ada lah.Aku cuma hairan.Kenapa kau tiba-tiba pakai baju 'wow' macam ni.Ni kali pertama aku nampak.Kenapa selama ni kau tak pakai macam ni?", Fisya memandang penampilan Damia dari hujung tudung sehingga hujung kasut nya.Damia nampak sungguh berbeza.Sangat cantik!

Seperti Fisya,Damia juga menilik pakaian pada tubuh nya.Apa yang pelik sangat?dia cuma memakai seluar palazo kosong yang berwarna kuning dan blouse dari warna yang sama dan bercorak bunga pada nya.Tudung pula dia cuma melilit shawl renda berwarna putih.Tak pelik pun kan?

"Apa yang pelik dan kelakar nya?nak kata aku pakai seluar dekat badan dan baju dekat kaki pun tak kan?aku masih waras lagi,okay?", bidas Damia.

"Ye lah.Tu aku tahu.Tapi masalah nya,pemakaian kau ni lain.Dulu,kau suka pakai jeans dan blouse je.But,lepas dah jadi PA orang ni,kau dah lain.Dress up kau macam perempuan melayu terakhir.I like it!",

"Yeke?tapi okay tak aku pakai macam ni?", Damia menarik sedikit seluar palazo nya ke bawah.Tak selesa pula kerana bahagian bawah blouse nya di masukkan ke dalam seluar palazo itu.

"Okay sangat!", Farisya mengangkat kedua thumbs up nya."Tapi,kenapa kau tiba-tiba jadi gorgeous macam ni?bos kau marah eh kau pakai seluar slack je?", sambung Fisya lagi.Itu memang menghairankan kerana gadis yang bergelar Nur Damia Irwani ini memang seorang yang sangat simple.Jika keluar,kalau dia tidak mengenakan seluar jeans dengan blouse,mesti t-shirt lengan panjang akan menjadi sasaran nya.Tudung pula sama ada shawl lilit hitam atau tudung syria dari warna yang sama.Jika kasut,sasaran nya pula ialah sneakers atau pun flat.Tapi harini,Damia sungguh cantik!

Mendengar soalan dari Fisya,kata-kata dari Kirana mengenai pantang larang jika berkerja dengan bos di syarikat RILL-ZIEL HOLDINGS tempoh hari seperti terngiang-ngiang di telinga nya.

'Pantang larang yang pertama,bos kita tu mesti nak seorang PA yang bergaya.Kalau dia nampak PA dia pakai baju simple dan selekeh,on that times juga dia akan pecat Mia.He won't cares if that was your first day.Dia cakap,seorang PA dia mestilah berketerampilan yang bergaya.Baru lah boleh buat kerja dengan yakin dan dia pun takde lah nak kena tahan malu sebab bawak PA yang selekeh bila berjumpa dengan clients'.

Bagi Damia,pantang larang ni ada benar nya juga.Ye lah,keyakinan seseorang itu datang nya dari penampilan diri.Jadi,sebab itu lah dia berubah 360° dalam penampilan nya.Ini semua untuk keyakinan dan maruah bos nya juga.

'Second pulak,bos kita tu memang pantang tengok 'badut'.Bukan badut yang yang dekat sarkas tu.Tapi badut dekat dalam office.Dia memang tak suka tengok staf perempuan yang ber make-up mengalah kan hantu china.Bedak ditempek sampai 5 inchi.Lepastu pakai lipstick pula merah menyala mengalah kan traffic light.Kalau staf yang lain takpelah,dia boleh maafkan lagi sebab dia tak menghadap muka diorang hari-hari.Tapi untuk PA dia,itu memang dia tak boleh maafkan.Kalau Mia buat jugak,siap sedialah untuk kena simbah dengan sebaldi air nanti'.

"Serius?wah!straight gila lah bos kau tu.Aku yang mendengar pun dah gerun", Fisya tayang muka ngeri."Itu kau.Aku ni lagi lah kena menghadap muka dia hari-hari",

"Takpelah.Tabah saje lah anak muda", Fisya menggelengkan kepala nya perlahan.

"Hish!kau ni dah kenapa?anyway,make up aku okay tak?nampak over sangat ke?", Damia meraba wajah nya."Tak!just nice", Fisya mengangkat kedua thumbs up nya.

Damia sekadar tersenyum walaupun dia sendiri sudah kembang kempis mendemgar pujian Fisya.Jarum ada tak?meh sini nak cucuk lengan si Damia ni.Nak hilangkan sikit kekembangan yang ada.

"Okay lah.Aku nak gerak dulu ni.Nanti kalau keluar lambat takut traffic jam pulak", kata Damia sambil melangkah ke arah pintu.

"Kau pulak tak kerja ke harini?", soal Damia lagi ketika dia sedang memakai kasut heels wedges 3 inchi nya.Untuk pengetahuan umum,Nur Damia Irwani ni jenis yang suka memakai kasut heels wedges selain dari flat dan sneakers.Almaklumlah,dia ni bukan dari spesis yang tinggi.Jadi,kata nya bila dia memakai kasut heels wedges,nampak lah tinggi sikit walaupun hakikat nya ketot.

"Kerja.Cuma aku masuk lewat sikit", jawab Fisya yang sudah pun berdiri di hadapan pintu utama sambil memeluk tubuh.

Damia sekadar mengangguk.Dia tahu benar dengan perkerjaan Fisya sebagai seorang jurujual di sebuah kedai minyak wangi di One City.Walaupun sekadar jurujual,gaji nya tetap masyuk tau.Mungkin kerana tempat dia berkerja itu sering menjadi tumpuan pelanggan.

"Okay lah,aku gerak dulu.Bye,assalamualaikum", kata Damia sebelum berlalu ke arah kereta nya.

"Waalaikumussalam",

Saat Damia melalui rumah sebelah nya a.k.a rumah Mukhris,dia perasan sesuatu.Ada sebuah kereta BMW berwarna gold yang terletak di halaman rumah itu.Ini musykil.

Bukan ke kereta BMW terlalu mahal untuk berada di kawasan perumahan ini?tapi ni kereta siapa?Mukhris?itu tak mungkin sebab dia sering ternampak lelaki itu pergi ke tempat kerja dengan menaiki kereta Vios.

Habis ni kereta siapa?hmm..entah lah.Tak amik tahu pun.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now