BAB 23

4.3K 139 0
                                    

"WHAT?! Ha ha ha..That's funny,Encik Hairil", ujar Damia sambil memaksa untuk dirinya ketawa walaupun perkara yang baru didengari tadi langsung tidak lucu.Seram adalah!

"Kau ni gila ke apa? Apehal kau ketawa? Bila pula aku buat lawak?", Hairil berdiri di hadapan Damia dengan sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.Agaknya memang betul kut yang minah ni sewel.Ada pula dia gelak? Padahal bukannya dia buat lawak kat depan ni ha.Damia mematikan terus tawanya.Hairil di hadapan dipandang lagi."Encik Hairil,honestly saya cakap,saya tak boleh terima tawaran gila Encik Hairil tu",

"Why? Bukannya susah pun kan?",

"Tak susah Encik Hairil kata? You know what? Orang gila je tau yang sanggup jadi isteri Encik Hairil",

"So kau nak cakap aku ni tak layak nak jadi suami orang lah? Okay look,aku tak pernah lagi minta tolong kau.Why don't kali ni je kau tolong aku.I need your help", rayu Hairil.Kalau ikutkan hati,tak kuasa dia nak merayu macam ni pada Damia.Tapi disebabkan tempoh masa yang diberikan oleh Mummy selama seminggu untuk dia 'melamar' Damika hampir tamat,jadi dia terpaksa juga.Heish! Menjatuhkan sahamnya je..

"Encik Hairil,kalau Encik Hairil mintak tolong benda lain,saya boleh je dengan rela hati membantu.Tapi masalahnya Encik Hairil mintak tolong benda yang nonsense tahu tak?",

"So kau memang tak nak tolong aku lah ni?",

"Tak nak..",

"Even aku bagi masa untuk kau bagi jawapan pun?"

Damia menggeleng juga."Apa kata kalau Encik Hairil cari perempuan lain yang sanggup nak jadi isteri Encik Hairil.Senang kan? Lagipun saya dah tak kerja kat sini lagi esok", Damia ada alasan kukuh yang membolehkan dia menolak permintaan Hairil.Cuba bayangkan,Hairil minta tolongnya untuk menjadi isterinya! Gila kan? Kalau setakat isteri mainan takpelah,ni jadi isteri betul-betul pula tu.Memang serta merta dia tolak.Jadi jiran dan PA kepada lelaki itu pun dia rasa bagai nak gila,apatah lagi nak tinggal sebumbung.Hisy! sorrylah..

"The problem is mummy aku tak nak orang lain yang jadi menantu dia.Dia cuma nak kau.And by the way,pasal kerja kau,kalau kau terima 'lamaran' aku ni,kau akan terus kerja kat sini.Bukan tu je,gaji pun aku naikkan", Hairil tersenyum sebelah.Dia yakin bahawa Damia akan menerima 'lamarannya' sebentar tadi.

Damia berjeda untuk seketika.Gajinya selama ini pun cukup banyak,ni Hairil nak tambah lagi? Wow..silap hari bulan,dengan dia sekali boleh buka syarikat sendiri."So how?", Kan betul tekaannya,dari riak wajah Damia,gadis itu seperti akan menerima saje 'lamarannya' ni.

Damia seakan baru tersedar.No! No! No! Meskipun Hairil menawarkan kereta BMW dan banglo gedabak di hadapannya,dia takkan terima jika disertakan dengan syarat yang dia harus berkhawin dengan Hairil! Tidak sama sekali! "Saya tak nak juga.Hari ni,mengikut perjanjian,saya dah takde apa-apa kaitan lagi dengan Encik Hairil ataupun syarikat Ril-Ziel Holdings ni.So,Encik Hairil merayu lah pada saya walau macam mana sekali pun,saya tetap tak nak.Encik Hairil carilah perempuan lain eh? Saya minta diri dulu.Assalamualaikum", Damia bangun dari duduk.Beg tangannya sudah dipegang.Baru selangkah kakinya menapak,kata-kata Hairil membuatkan langkahnya terhenti.

"Kalau kau tolak lamaran aku,aku nak kau bayar ganti rugi atas apa yang kau dah buat pada kereta aku.Boleh?", Kini Hairil memeluk tubuh.Jika tadi dia yakin,sekarang ini dia bertambah-tambah yakin bahawa Damia akan terima juga lamarannya.Kenapalah dia tak terfikir untuk ugut minah ni dengan keretanya?

Damia segera menoleh."Okay fine.Saya akan bayar.So,how much? 600?700?", dia meniru perlakuan Hairil yang sedang memeluk tubuh.Tiba-tiba Hairil ketawa.Bukan ketawa ikhlas pun.Ketawa sinis je.Ceyh! "Ratus? Ha ha ha.Kau ingat kereta aku tu kereta Kancil setakat main ratus-ratus? Come on lah! Tu BMW okay? Aku nak kau bayar RM 60 000.Cash!",

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now