BAB 51

4.6K 134 2
                                    

HAIRIL yang sedang duduk di sofa ruang tamu sambil memegang lebam-lebam di wajahnya,dipandang dengan muka kesian.Akhirnya dia bangun dan menuju ke dapur.Beberapa saat kemudian,dia keluar bersama semangkuk air suam dan dan beberapa ketul air batu yang dibalut dengan sehelai tuala kecil.

Hairil yang sedar kehadiran isterinya,hanya dipandang dengan ekor mata.Bila Damia duduk di sebelahnya,dia hanya diam.Konon nak merajuk lah tu sebab mukanya yang kacak itu habis lebam sana sini disebabkan isterinya.

"Meh sini muka tu..",

Hairil diam dan memuncung.

"Encik suami,pandanglah sini.Saya nak tolong tekap ais ni dekat muka awak",

"Tak nak!", Dengan muncung yang sama,Hairil menoleh ke tempat lain.Damia hanya memandang dengan sebelah kening terangkat.

Mengada juga eh dia ni! Aku nak tolong tekapkan pun dah beruntung! Cis..

"Awak tak payah nak bermuncung sangat eh? cepatlah.. saya tolong.Kalau tidak awak buat sendiri",

Hairil masih maintain dengan gaya merajuknya tadi.

"Okay,awak buat sendiri eh? saya masuk bilik dulu", Damia sudah bangun untuk naik ke bilik,namun laju sahaja tangannya ditarik oleh Hairil sehingga dia kembali terduduk di atas sofa.Hatinya tersengih.

Tahu pun! tadi jual mahal sangat!

Tanpa banyak kata,tuala yang diisi ais batu di dalamnya ditekapkan perlahan-lahan pada wajah Hairil yang lebam ditumbuk oleh Hafidz.Boleh tahan kuat juga lelaki tu.Hairil pun mesti tumbuk wajah Hafidz dengan kuat tadi.Sah-sah muka Hafidz pun turut lembam juga.

"Arhh!!",

"Aouchh!!!",

"Aduhhh!!",

Damia tergelak bila mendengar jeritan dari Hairil.Baru tekap kuat sedikit dah menjerit macan kena pancung kepala.

"Awak gelakkan saya eh?", soal Hairil dengan wajah tidak puas hati.

Damia terus mematikan tawanya."Bila pula saya gelakkan awak?",

"Habis tadi tu bukan awak gelaklah? jadi awak sendawa lah tadi tu?",

Damia gigit bibir bawahnya.Buat lawak jenaka tak menjadi pula dia ni! Siap kau!

"Arghh!!!!!!", Hairil menjerit lagi bila kesan lebamnya ditekan kuat oleh Damia.Tajam matanya memandang gadis itu yang hanya menayangkan wajah selamba.

"Awak sengaja kan?",

"Lah.. terkena ke? Sorrylah.. saya tak sengaja",

Hairil hanya menjuih bibir.Kononlah isterinya tu tak sengaja! Padahal nampak sangat memang sengaja!

Beberapa saat berlalu,mereka hanya diam sebelum Damia membuka mulut.

"Saya minta maaf tau? Disebabkan saya,awak pula yang jadi mangsa lebam si Hafidz tu", ujar Damia ikhlas.Memang dia rasa bersalah bila melihat wajah Hairil yang lebam di bahagian tepi mulut dan mata.

"Maaf je? Saya yang kena tau.Awak ingat tak sakit ke? Habis muka saya yang Made In New Zealand ni dah jadi cacat sebab awak", Hairil berpura-pura tegas.Walhal dia sedikit pun tak berasa marah bila wajahnya lebam,sebaliknya dia rasa bersyukur kerana Hafidz tidak mencederakan Damia.

"Eleh.. saya tak suruh awak tumbuk dia pun",

"Tapi saya tetap nak tumbuk dia",

"Kenapa pula?",

"Sebab dia tak handsome", jawab Hairil selamba.

"Awak tumbuk dia sebab dia tak handsome je? Apa punya sebablah awak ni",

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now