BAB 4

5.1K 190 2
                                    

"SERIUS,bro!jiran sebelah rumah kite ni anak dara,tau.Cun pula tu.Uish!", Mukhris masih sibuk bercerita dengan teruja tentang pertemuan kali pertama nya dengan jiran baru mereka petang tadi.

Namun,keterujaan Mukhris tidak langsung menarik minat Hairil untuk mengangkat muka memandang nya.Dia masih lagi melekatkan pandangan pada IPad Apple di tangan nya.Ada setengah jam jugak lah dia begitu.

Sedar dengan keadaan itu,Mukhris terus menampar lembut peha Hairil.Tujuan nya ingin menyedarkan sahabat dan merangkap housemate nya dari terus menatap IPad di tangan nya itu.Entah apa yang ditengok pun tak tahu.Nampak macam sibuk benar saje gamak nya.

Hairil menjeling tajam pada Mukhris.Pantang betul dia jika ada orang lain menganggu dia sedang membuat kerja.Tak fokus!dengan muka masam semasam asam jawa,Hairil menyoal Mukhris "Apa kau ni?",

"Apa aku pulak?kau tu,ha.Dengar tak apa yang aku cakap tadi?",

Pandangan Hairil dijatuhkan kembali pada IPad nya sebelum dia mengangkat bahu.Mukhris mengeluh perlahan.Sudah diagak dah.Hairil tak dengar pun cerita gempak nya tadi.Haih lah..nasib aku lah dapat kawan yang spesis workaholic macam ni.

"Heish!payah lah kau ni", Mukhris merungut.Pandangan nya beralih pada kaca tv di hadapan.Sakit hati pun ada juga.Punya lah panjang dia bercerita tadi,tapi satu pun tak dapat ditangkap oleh Hairil.

Sedar dengan kekecewaan disebalik wajah Mukhris,terus dia menutup IPad nya tadi sebelum diletakkan di atas meja kaca di hadapan.Dia memandang Mukhris."Okay,sorry sebab aku tak layan kau tadi.Aku busy sikit ni.Macam-macam aku kena uruskan.Proposal,problem dekat site,presentation dan banyak lagi lah.Serabut kepala otak aku", serba sedikit Hairil meluahkan masalah nya di tempat kerja pada Mukhris.

Mukhris hanya mengangguk faham."Tu lah kau.Aku suruh kau cari PA baru,tak nak.Last-last,semua kerja lah kau kena tanggung sorang",

"Aku bukan tak nak lah.Aku dah cari,tapi tak jumpa lagi.Entah lah.Aku pun malas nak ambik tahu sangat.Pasal pencarian tu semua aku serahkan pada Karina.Ada atau tak,aku tak tahu",

"Ni semua salah kau lah", membuntang mata Hairil mendengar kata-kata dari Mukhris.Dia memandang lelaki itu dengan riak ingin kan penjelasan atas dakwaan tiba-tiba nya."Apa maksud kau ni salah aku?",

"Ye lah.Kau nak cari PA mengalah kan nak cari bakal isteri.Ni tak kena,itu tak kena.Padahal benda kecil je pun.Kau terus reject.Padah nya,sampai sekarang kau bekerja tanpa PA.Tak gitu?",

"Tu lah yang kau tak tahu,Mukh.Aku bukan nya fussy atau chooser.Tapi kau pernah tak dengar yang seorang PA itu melambangkan peribadi bos nya?tu sebab aku kena pilih yang terbaik.Baru lah bila clients aku tengok PA aku tu,dia tahu aku ni jenis yang macam mana.Ni kalau aku main tarik je,jatuh lah reputasi aku nanti", semangat Hairil bercerita.Sampai kedua belah tangan nya melayang-layang di udara.

"Kalau kau nak cari PA yang melambangkan peribadi kau,alamat nya memang sampai ke tua lah kau takde PA.Kau ingat ada ke orang yang berperangai macam kau ni?perfectionist terlebih?",

Hairil menjeling tajam pada Mukhris.Mengata aku lah tu!kalau ye pun,tak payah lah direct sangat.

"Aku bukan perfectionist lah.Aku cuma nak cari yang terbaik je untuk aku.Kau tahu kan perangai aku?aku sentiasa nak yang terbaik.Baru lah dapat hasil yang terbaik",

Mukhris hanya menggeleng perlahan.Dia tahu sangat perangai Hairil Zaeil seorang ni.Di mata nya,mesti lah nampak sempurna.Tak kira lah apa-apa sekali pun.Yang penting,tiada sebarang kekurangan yang dapat mencacatkan reputasi nya.

"Oh ya.Kau cakap apa tadi?jiran sebelah rumah kita?dah ada yang duduk ke?bila?", Hairil berbalik pada topik awal nya dengan Mukhris.Sebenar nya,bukan dia tidak dengar apa yang Mukhris cerita tadi.Tapi bagi nya,perkara itu tidak lah sepenting kerja yang dia sedang lakukan tadi.

Baru nak tanya?dah 15 minit dah aku cerita.Bertuah betul dia ni."Ye..baru je diorang masuk petang tadi",

"Diorang?you means that a big family?",

"Bukan.Anak dara..", Mukhris memperlahankan suara nya pada perkataan 'anak dara'.Takut-takut pulak jiran sebelah rumah nya dengar walaupun itu jelas sekali mustahil.

Hairil angkat muka seketika memandang Mukhris.Kemudian,pandangan nya kembali beralih pada IPad di tangan."Ohh..", ringkas jawapan yang keluar dari mulut nya.

"Ohh?just 'oh'?", Mukhris sedikit terkejut dengan jawapan dari Hairil.Ada hati ke tidak dia ni?tak excited langsung pun?

"Habis?takkan nak aku bertepuk tangan kut?relax lah.Anak dara je pun.Itu pun kalau lah betul anak dara.Entah-entah janda.Takpun tunang orang", Hairil jawab selamba sambil tangan nya sibuk menekan-nekan pada skrin IPad nya.

Mukhris pula hanya mampu mengeluh perlahan.Apa yang dia boleh buat?dia memang dah sedia tahu bahawa Hairil ini jenis yang tidak suka pada wanita.Tapi itu bukan bermakna dia ada hati pada lelaki.Dia masih normal dan masih tahu mana satu yang haram.Tapi entah lah.Dia juga tidak tahu menahu punca sebenar Hairil jadi begitu.

-------

DAMIA tiba di hadapan pagar rumah nya dengan tercungap-cungap.Dia memegang dada nya yang sudah berombak laju.Peluh-peluh yang sudah membasahi dahi nya dikesat menggunakan tuala kecil yang dililit di leher nya.

Fuh!penat gila lah.Ni lah padah nya kalau dah lama tak jogging.Dekat tiga bulan jugak lah.Nasib baik lah badan aku ni tak cepat naik.Kalau tak,dah jadi doraemon dah kut.

Damia melakukan senaman ringkas bagi menyejukkan kembali badan nya setelah selesai membuat dua pusingan di taman rekreasi berdekatan.Lompat bintang itu adalah asas bagi setiap senaman.Tidak kira ketika memanaskan ataupun menyejukkan badan.Selesai melompat bintang,dia ingin membuka pagar dan saat itu juga lah,ada seorang lelaki yang juga seperti baru selesai ber jogging kerana dia sedang memakai t-shirt hitam lengan pendek dan seluar track suit,pun sedang membuka pagar rumah di senelah nya.

Damia memandang lelaki itu lama.Dia cuba untuk mengecam muka itu.Kalau tidak salah,lelaki ini bukan..err..Muk..ape entah nama nya.Hah!Mukhris!ye..lelaki ini bukan Mukhris.Dia yakin walaupun wajah lelaki itu tidak berapa jelas kerana dia sedang memakai topi dan berkaca mata hitam.

Siapa erk lelaki ni?hisyh!mesti lah lelaki ni housemate Mukhris.Yang aku ni tiba-tiba nak menyibuk apesal?dah lah mamat ni sombong!langsung tak nak tegur jiran baru a.k.a aku ni.Nampak sangat takde semangat perpaduan.

Walaupun dia mengomel di dalam hati,tapi entah mengapa,dia masih tertarik untuk memandang lelaki itu.Dari lelaki itu sedang membuka pagar,sehingga sekarang ini dia sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah,mata nya tidak lekang dari menjamah wajah itu.Bagi nya,lelaki itu nampak kacak walaupun dia hanya nampak sebahagian dari wajah nya.

Astaghfirullahalazim!apa aku ni?dah kena sampuk dengan jin belaan Fisya ke?pantang nampak lelaki handsome?huih!Ya Allah,ampunkan lah dosa ku seketika tadi.

**bersambung di bab seterusnya**

-Sorry readers,this chapter is not fun and interesting.Wani dah cuba perah otak,tapi masih takde idea utk buat yang lebih menarik.But it's okay,wani cuba lagi,okay?

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now