HARI demi hari telah berlalu.Masa yang berdetik seakan cepat sahaja meninggalkan figura tanpa sesaat pun berhenti.Majlis akad nikah yang diadakan di kampung halaman Damia yang terletak di Masjid Tanah,Melaka berlangsung seperti yang dirancang.Majlis pada hari ini ringkas sahaja.Tetamu juga tidak ramai yang hadir kerana mereka sekadar menjemput saudara-mara terdekat,kawan sekolah dan jiran tetangga.
Dengan berwalikan bapa saudara Damia,Hairil kini telah pun sah bergelar suami kepada Damia dengan sekali lafaz sahaja.
Gementar.Menyampah.Tak suka dan benci! Itulah yang dirasakan oleh Hairil sejak dia terpaksa memikul tanggungjawab yang besar ini.Gembira? Langsung tiada walaupun sekelumit.Senyuman yang terhias di wajahnya saat sesi bergambar petang tadi pun bukannya ikhlas.Dia terpaksa tarik senyum.Tak suka tahu tak?! Dah lah panas duduk kat kampung ni.Dan suhu badannya bertambah panas apabila jurugambar yang diupah oleh mummynya sengaja menyuruh mereka bergambar dengan gaya yang tampak mesra.Boleh pula dia disuruh untuk memeluk Damia dari arah belakang.Okay,okay.Kalau setakat tu je takpe,yang paling dasyatnya bila dia dan Damia disuruh menghadap antara satu sama lain dengan kedua belah tangannya dipaksa untuk merangkul pinggang Damia dalam jarak yang cukup dekat.Aish,nasib baiklah waktu itu ada ramai tetamu.Kalau tak,memang dia dah sumbat camera Canon tu dalam mulut jurugambar yang sewenang-wenangnya nak suruh dia sentuh-sentuh Damia.Come on lah,ingat dia apa?
Sejujurnya,dia tak suka dengan perkhawinan ni.Boleh bayangkan tak? Dia,CEO syarikat Ril-Ziel Holdings yang terkenal terpaksa berkhawin dengan PA sendiri.Come on lah,minah senget tu dah jadi isteri dia sekarang ni? Minah yang wayar short circuit tu? Argh!! Macam mana lah hidupnya nanti? Tapi dia tak kira,lepas sahaja dia dapat projek besar di Eropah tu,dengan serta merta juga dia akan ceraikan Damia.Ye!
Perasaan khawin dengan Mr Dino ni? Hm..entahlah.Dia tak rasa apa-apa pun.Keras kejung sejuk beku je.Dia pun tak percaya yang dia dah jadi isteri kepada mamat yang tak kenal erti senyum tu.Isy,yeakk lah!! Dah lah lelaki tu tak de perasaan.Lepastu pula kerjanya asyik nak mengamuk je macam tertelan minyak petrol.Sayang je,muka handsome,tampan,kacak mengalahkan Nazim Othman,tapi perangai..ish ish ish.Bersepah!
Walau apa pun,dia tahu yang Hairil tu dah jadi suaminya.Sejahat dan sekejam mana sekalipun Hairil,lelaki itu tetap suaminya dan syurganya terletak di bawah tapak kaki Hairil.Segala perintah dan arahannya,dia terpaksa juga ikut.Kalau tak..nak masuk .?! Tak cium bau syurga tau siapa yang derhaka pada suami sendiri.
Tapi kalau suami yang derhaka pada isteri?
Hey macha,mana ada istilah tu!
Hm..well,sekarang ni dia kena bersiap sedialah untuk 'berperang' dengan Hairil.Mungkin dalam satu hari,Hairil akan complain banyak benda dalam banyak perkara.Ye..itu pasti.
DAMIA yang sedang leka bermain dengan telefon bimbitnya,pantas mengangkat wajah saat pintu biliknya dibuka dari luar.Terkejut dia ketika melihat Hairil yang baru sahaja selesai mandi melangkah masuk ke dalam bilik dengan wajah selamba.Mula-mula,dia hampir juga terjerit disebabkan ada 'penyumbanglewengan' yang tiada perasaan menerjah masuk ke dalam biliknya,tapi bila teringat yang Hairil itu suaminya,dia hanya mengunci mulut.
"Pergi lah mandi! Busuk tahu tak?", kata Hairil sambil mencampakkan tuala yang digunanya ke muka Damia.Ceh! bertuah punya suami.Tuala itu dicampak kembali pada Hairil."Apa main campak-campak ni? Dah lah basah.Tak reti nak sidai ke?", rungut Damia pula sambil langkah kecilnya diatur menuju ke meja solek untuk mencabut jarum peniti yang mencucuk shawl berwarna krim di kepala nya.Panas gila! Dah hampir tujuh jam dia pakai baju panas ni.Dengan manik berterabur sana sini,rimas!
Tuala yang dicampak oleh Damia di atas katil tadi dicapai lalu digantung ke ampaian."Suka hati aku lah", matanya sempat menjeling pada Damia yang masih mencabut pin tudung."Perempuan ni memang complicated kan?", tiba-tiba dia bersuara,membuatkan tangan Damia berhenti dari terus merayap di tudungnya.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Разное#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..