BAB 35

4.2K 149 4
                                    

SEBUAH keluhan berat dilepaskan oleh Hairil apabila terpandangkan kereta Mercedes Benz berwarna silver yang terparkir di hadapan rumah Datin Luthfiya.Geram pun ada juga sekarang ni.Kenapa mummy tak bagitahu yang perempuan gila tu ada sekali? Kalau aku tahu awal-awal,dah lama dah aku tolak cadangan mummy untuk singgah ke sini.Menyampah!

Damia pula memandang hairan pada kereta mewah di hadapan rumah mertuanya.Rasanya dia tak pernah nampak pun kereta Mercedes sebegini di rumah mummy.Nak kata Abang Hairul punya kereta pun tak juga sebab abang iparnya itu cuma ada kereta Audi R5 dan Mazda 5.Takkan daddy punya?

"Assalamualaikum", Hairil dan Damia melangkah masuk ke dalam rumah.Mata Hairil mencari juga kelibat Nayli di dalam rumah itu tapi tidak pula kelihatan.Hanya Datin Luthfiya sahaja yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton tv.

"Waalaikumussalam.Hah,sampai pun pengantin baru ni", Damia dan Hairil duduk di atas sofa setelah menyalami Datin Luthfiya.

"Aih,ni kenapa muka berkedut je,Ril?", Datin Luthfiya sedar yang wajah anak bongsunya hari ini macam tak seperti selalu.Memang lah hari-hari wajah Hairil selalu dingin tapi hari ni macam lagi ketat sahaja.Bergaduh dengan Damia ke?

Hairil melihat kiri dan kanan sebelum bersuara perlahan "Kenapa mummy tak bagitahu Ril yang Nayli tu pun ada sekali?",

"Mana lah mummy tahu.Tadi dia takde pun dekat sini.Lepastu tiba-tiba je dia datang.Takkan lah mummy nak halau dia balik pula", Datin Luthfiya juga memperlahankan suaranya.Hairil mengeluh berat."Habis dia kat mana sekarang ni?",

"Dia pergi toilet tadi",

Damia hanya membatukan diri.Nak menyampuk,tapi dia tak tahu topik apa yang sedang dibualkan oleh anak beranak ini.Nayli? Siapa pula tu? Macam dia pernah dengar je nama Nayli.Tapi kenapa Hairil macam tak suka je bila Nayli datang rumah mummy?

"Hm... takpelah.Mummy masuk dapur buat air kejap.Nanti tegur lah dengan Nayli tu.Kalau tak,takut dia buat masalah pula nanti", Datin Luthfiya sempat menitip pesanan sebelum dia hilang di balik dinding dapur.

"Encik Hairil,Nayli tu siapa?",

Hairil yang sedang menonton televisyen,memandang sekilas pada Damia.Tiba-tiba tercetus pula idea untuk menduga gadis itu.

"Girlfriend aku", jawabnya ringkas dengan senyuman meleret.

Girlfriend? Maksudnya,perempuan yang dia jumpa dengan Hairil semalam di restoran tu adalah Nayli? Eh..

"Yup! kalau Mia nak tahu,perempuan tu Nayli.Dia girlfriend Encik Hairil",

Ohh,ya lah! Vee dan Kirana pernah cakap yang Nayli tu kekasih Hairil.Amboi.. Nayli siap datang rumah mummy lagi.Mesti diorang dah rapat sangat.

"Sayang!", Satu suara muncul dari arah dapur.Damia dan Hairil menoleh serentak ke arah suara yang nyaring seakan pontianak di rumah itu.

Hairil terus menayang wajah menyampahnya.Nayli yang sedang berdiri di sebelahnya langsung tidak dipandang.Boleh lagi dia melunjurkan kakinya di atas sofa.Sengaja tidak mahu perempuan itu duduk di sebelahnya.Alah.. macam lah dekat rumah mummy ni ada satu sofa je.Banyak lagi kut!

"You,apa ni? Tepi sikit.. I nak duduk", Nayli merengek manja sambil menolak lembut bahu Hairil.

"Kalau nak duduk,pergi lah duduk dekat kerusi lain.Rumah ni ada banyak lagi kerusi,kan?", Hairil masih statik dengan pembaringannya.Tidak langsung dia berganjak.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now