BAB 47

4.4K 145 3
                                    

TOK! tok!

Damia melangkah masuk ke dalam pejabat Hairil setelah diberi kebenaran.Hairil yang sedang menulis sesuatu di atas sebuah kertas,lantas tersenyum memandangnya

"Duduklah..",

Damia akur lalu mengambil tempat di hadapan suaminya.Terasa agak janggal bila berada berdua-duaan dengan Hairil di dalam bilik itu.Tak salahnya,ini merupakan kali pertama dia masuk ke dalam pejabat Hairil selepas hubungan mereka berdua didedahkan kepada umum.

"Awak penat ke? Muka tu macam moody je?", soal Hairil.Kertas di atas mejanya disusun lalu diletak di tepi meja.
Fokusnya kali ini hanya buat Damia.

Damia memaksa bibirnya mengukir senyuman."Tak adalah.Nampak muka saya ni macam tu ke?".

"Ada lah sikit..".

"Saya okay je.Kenapa awak panggil saya tadi?", Malas mahu berbual panjang dengan Hairil lagi,Damia terus menyoal motif utama lelaki itu memanggilnya tadi.

"Oh,iya.Terlupa pula.Macam ni,saya nak ajak awak lunch dengan saya kejap lagi.Nak tak?",

"Errmm.. tak apalah.Saya stay kat office je kut.Takut nanti orang cakap apa pula pasal kita", Damia membalas dengan senyuman hambar.Jujurnya,dia tiada hati untuk tersenyum hari ini.

"Lah.. apa pula yang orang nak cakap? Kita bukan buat salah pun.Diorang pun dah tahu kan yang kita ni dah kahwin.So?",

Damia mengigit bibir bawahnya.Betul juga tu.

"Boleh kan?",

Mahu atau tidak,Damia terpaksa akur.Setelah itu dia melangkah keluar dari bilik Hairil dan terus menuju ke biliknya.

Beep!

Bunyi telefon bimbitnya yang menandakan ada pesanan ringkas masuk membuatkan Damia segera mencapai telefon bimbitnya di sebelah.

FROM : Hafidz

+ Hye dear.. busy ke?

FROM : Me

- Aku busy.Jangan kacau aku!

FROM : Hafidz

+ Ye ke? fine,aku tak kacau.Tapi.. kita lunch sama-sama harini,nak tak?

FROM : Me

- Tak boleh.Aku ada lunch meeting kejap lagi

FROM : Hafidz

+ Oh ye? Hm.. tak apa lah.Tapi.. boleh tak kalau aku nak jumpa kau sekejap dekat lobi bawah?

Damia memgigit bibir bawah dan lantas telefon bimbitnya dicampakkan ke sebelah.Kedua belah tangannya naik menekup muka.Eee.. serabut lah dengan mamat tak guna tu! Dia buat aku ni macam bini dia pula!!! Suka hati dia je nak jumpa aku!

"Mia.. are you okay?", soal Vee yang sedang berdiri di hadapan meja Damia.

Damia segera mengangkat muka lalu tudung bawal kain satinnya dibetulkan.
"Okay.You nak pergi lunch ke?", soalnya walaupun dia sudah dapat meneka dengan hanya melihat purse berwarna ungu yang dipegang oleh wanita itu.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now