BAB 17

4.3K 161 2
                                    

BRIEFCASE miliknya dihempas kuat ke atas meja.Dengan kasar,dia menghenyakkan punggungnya di atas kerusi.Pagi-pagi lagi dia sudah angin satu badan.Mana taknya,dah 30 minit dia melanguk di dalam kereta semata-mata nak menangkap pemilik kereta Suprima-S yang telah mencacatkan kereta BMW kesayangannya semalam.Rasanya pemilik kereta itu sudah tentu salah seorang staf di syarikat ini kerana ada tag yang tertulis nama Ril-Ziel Holdings yang tergantung di dalam kereta itu.Agaknya..siapalah 'malaun' tu? Kalau aku dapat dia,memang aku suruh dia cat balik kereta aku tu!

TUK!TUK!

Pintu kaca di dalam biliknya diketuk dari luar.Sambil meletakkan briefcase nya di bawah meja,dia menyuruh pengetuk pintu tadi masuk menghadap.Terpampang muka Damia di sebalik pintu.

Haih! Perempuan ni lagi.Macamlah semua perempuan dalam dunia ni dah pupus.Hari-hari kena menghadap muka dia.Kat office,kat rumah pun sama!

"Hm..kau nak apa?", soal Hairil tanpa memandang wajah Damia.Fail hitam dihadapannya dibuka."Saya nak bagitahu Encik Hairil tentang jadual harini..", Buku nota kecil berkulit hitam di tangannya pantas dibuka untuk melihat jadual yang sudah ditulis di dalamnya seketika tadi.

"Encik Hairil cuma ada satu lunch meeting dengan Dato Ismail untuk harini", kata Damia.Buku hitam tadi ditutup dan Hairil di hadapannya dipandang.Herh!memang sah takde hati dan perasaan.Kalau ye pun,pandanglah aku sikit aku ni.Pnat-penat aku bercakap.Dasar sombong!

"Hm..you can get out from my room now..", arah Hairil tanpa berperasaan.Wajah Damia langsung tidak dipandang.Yelah,buat apa dia nak pandang muka minah tu? Dah nak terkeluar muntah hijau dah sebab asyik menghadap muka tu.Kalau cantik tu takpelah juga.Tak jemu mata kelabunya memandang.Damia mengetap bibir.

Kurang gula punya bos! Mamat ni lepasan sekolah tadika mana,ha? Tak beradab langsung! Dia tak belajar ke dulu cara mengucapkan terima kasih?

Dengan rasa geram yang cuba dikawal,dia memusingkan badannya.Sebelum melangkah,sempat dia berkata "Sama-sama..", Memang Hairil tak mengucapkan terima kasih pun.Dia sengaja je berkata begitu.Biar tersentak sikit mamat tu.Kalau dia kena marah pun tak kisah.Apa yang penting,mamat tak beradab ni mesti diadabkan!

"Oi! Nanti dulu",

Belum sempat dia membuka pintu,kedengaran Hairil memanggilnya.Apa lagi? Memang lagi bertambah lah rasa geramnya.Rasanya,Puan Suri beri dia nama Nur Damia Irwani sejak kecil.Tidak pula dia tahu yang namanya ada tambahan 'Oi'.Perlu ke dia pakai nametag sebesar anak gajah untuk mengingatkan Mr Dino ni?

"Encik Hairil,nama saya Damia.Bukan Oi",

"Ada aku kisah? Suka hati aku lah aku nak panggil kau siapa.Ada masalah?", Hairil memandang Damia dengan pandangan sinis.Damia tidak menjawab tapi mulutnya terkumat-kamit mengutuk Hairil.

"Oi!oi! Boleh tak lain kali kalau kau nak kutuk aku,jangan ketara sangat?",

Tengok tu! 'Oi' lagi! Isy!sakit hati betul lah aku.Bukan ke dia baru betulkan tadi? Aku tak tahulah nak kategorikan mamat ni apa.Pekak atau badak? Tapi kalau dengan mamat ni,bukan setakat badak je.Agaknya kategori kerbau pun tercalon.

Damia mengalah.Dia sebagai orang perempuan hanya mampu mengutuk dalam hati je.Kalau kutuk depan-depan tu,rasanya dia perlu memperbanyakkan amalan kerana mungkin dia akan koma selepas itu.Tambahan lagi dengan mamat ni.Alamatnya,masuk dalam tanah terus lah.

"I want to ask you something.Can I?",

"Apa dia?", soal Damia dengan muka bosan.Dia menyampah sebenarnya.

"Kau pergi kerja dengan apa?",

"Kereta",

"Kereta apa?"

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now