DAMIA yang baru sahaja keluar dari pintu lif tersentak apabila tiba-tiba saje tangannya ditarik.Dia menoleh ke belakang dan serta merta api kebenciannya menyala."Kau nak apa?!", tegas Damia yang masih mengawal suaranya.Kalau ikutkan,nak je dia memekik di sini.Tapi di sebabkan sekarang ini mereka di dalam syarikat,terpaksa dia bersabar.
"Whoa.. garangnya.Relax lah", tangan Hafidz ingin naik menyentuh pipi Damia namun segera ditepis."Kau jangan nak mengada boleh tak?!", mata hitam Damia meliar ke kiri dan kanan.Nasib baik tak ramai staf yang berada di lobi ini.Kalau tak,confirm dah jadi buah mulut.
"Sayang,apa ni marah-marah? I miss you,my dear and I want you back", sekali lagi tangannya mencuba untuk menyentuh pipi Damia tapi sekali lagi ditepis."Kau jangan pernah nak sentuh aku! Kau dengan rindu kau tu,pergi mampos!", Damia memusing untuk beredar namun lengannya ditarik dan sekali gus menjadikan badannya terpusing menghadap Hafidz."Sayang,kenapa saya tak boleh sentuh awak pulak ni? Sejak bila? awak nak takut apa,hm? Dah bertahun saya carik awak lepastu awak suruh saya pergi macam tu je?",
Damia mengetap gigi.Tangannya sudah ringan untuk melayangkan tamparan pada Hafidz bila-bila masa sahaja."Aku dah cakap jangan cari aku lagi! aku dah bahagia dengan kehidupan aku sekarang ni.Dan dengan segala hormatnya,kau pergi berambus dari hidup aku!",
"Kau bahagia dengan kehidupan kau? Macam mana kau boleh bahagia dengan keadaan kau yang macam ni?", sinis Hafidz bersuara.Damia dipandang dari atas ke bawah."Eh,Hafidz! Aku tak pernah kacau hidup kau! Kau yang rosakkan segalanya! Kau dah hancurkan hidup aku!", lantas dada Hafidz dipukul beberapa kali.Melepaskan segala amarah yang terbuku di hatinya selama lapan tahun ini.Tanpa Damia sedar,matanya mulai menakung air.
"Itu bukan salah aku! Kau yang degil! Aku dah lama cintakan kau tapi kau langsung tak pandang aku",
Damia terdiam.Matanya tajam menikam mata Hafidz."So,kau ingat dengan apa yang kau dah buat pada aku,kau dapat cinta aku? You're wrong,Hafidz! atas perbuatan kau,aku lagi benci dekat kau!",
"Sekurang-kurangnya,aku dapat apa yang lelaki lain tak dapat", Hafidz bersuara sinis.Kata-katanya menaikkan lagi api kemarahan Damia."Kau memang binatang,Hafidz!",
"Well,terpulanglah kau nak cakap aku apa sekali pun.But now,I'm back and I want you,honey", Hafidz mendekati Damia dan Damia segera menapak beberapa langkah ke belakang.Hafidz sentiasa nampak menggerunkan baginya.Tidak kiralah apa pun yang dilakukan oleh lelaki itu,tetap nampak menakutkan.Scary!!
Baru sahaja tangan Hafidz ingin mendarat di wajah Damia..
"Hei,hei..What's going on?", Radhin mejauhkan Hafidz dari Damia.Dia tak tahu apa yang sedang berlaku tapi nampak macam mereka berdua sedang bergelut.Radhin merupakan seorang ketua projek bagi semua projek di syarikat ini.Kiranya,dia ni seorang senior bagi semua staf.Dan dia jugalah pekerja yang paling rapat dengan Hairil.
"Damia? are you okay?", soal Radhin lagi.Wajah cemas Damia dipandang lama.Manakala Hafidz pula hanya beriak selamba sahaja.Damia menggeleng perlahan.Tapi tetap Radhin tidak berpuas hati.Dia bukan nak menyibuk,tapi Hairil mengamanahkannya untuk menjaga tentang hal kebajikan staf di syarikat ini.Kalau sampai ada yang bergaduh,nanti dia juga yang kena jawab dengan Haril."Fidz,kenapa ni?",
"Nothing.Ada salah faham sikit je about next projek.Takpelah,Mia,nanti kita jumpa lagi and we'll discuss about it later.See you..", Hafidz mengenyit sebelah mata pada Damia.
Tak guna!! Aku benci kau Hafidz!!
"Mia,are you okay?", tanya Radhin buat kali kedua.Yelah tu takde apa.Kalau takde apa,kenapa muka Damia jadi pucat macam ni? "Er..I'm fine.Thank you", ucap Damia sebelum meninggalkan Radhin yang kebingungan di situ.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..