HAIRIL yang baru saja mendaki anak tangga dari dapur dengan segelas air milo di tangannya,menghentikan seketika langkahnya di hadapan pintu bilik Damia yang tertutup rapat.Sejak pulang dari Pangkor,hubungan mereka berubah sedikit.Sekarang ini Damia seperti kurang berbual dengannya.Kadang-kadang nampak macam nak mengelak darinya pun ada juga.Agaknya mungkin dia masih belum dapat menerima hakikat yang dia dicintai.Mungkinlah kut..
Apa yang dia buat dalam bilik tu ye?
Hairil berfikir seketika sebelum dia menapak perlahan-lahan ke daun pintu lalu telinganya ditekapkan padanya.
Senyap je.Takkan dah tidur kut? Baru pukul 8 malam.Bukan ke dia ni spesis yang tidur lewat?
Hairil menekan lagi telinganya pada daun pintu namun dia masih tidak mendengar apa-apa bunyi.
Dah tidur lah kut agaknya.Hm.. tidur tak ajak aku pula tu.Ada bini,tapi kena tidur seorang.Haih lah.. sabar ye wahai hati?
Klik!
Daun pintu dibuka dari dalam.Terkejut bukan kepalang lagi Hairil dibuatnya.
Nasib naik tak terlepas cawan di tangannya.Dah lah dia masih menekap telinga pada daun pintu itu.Cepat-cepat dia menjauhkan diri dari pintu bilik tersebut."Awak.. buat apa depan pintu bilik saya?", soal Damia hairan.Dia pun terkejut juga tadi.Mulanya dia nak ke dapur,bila buka saja pintu,dia nampak seorang lelaki sedang membongkok di hadapan pintu biliknya.Dah macam nenek gayung pun ada.Mahu tak terkejut orang utan dia dibuatnya.
"Err.. saya..", Hairil menggosok belakang tengkuknya sambil tersengih.Dia yakin lagi pasti yang mukanya sekarang ini sudah merah mengalahkan lampu traffic light dekat depan rumah!
"Saya.. saya nak bagi awak air.Hah! air.Saya buatkan tadi.Minumlah", cawan yang berisi air milo di tangannya segera dihulurkan buat Damia.Lambat-lambat Damia menyambut huluran itu.
"Thank you.Saya pun memang nak pergi buat air tadi", Damia melemparkan senyuman.
"Eloklah tu.Err.. tak apa lah.Saya ada banyak kerja nak kena buat dalam bilik.Minumlah air tu.Bye!", tanpa berlengah satu saat,Hairil terus masuk ke dalam biliknya mengalahkan lipas hilang kaki.Pintu biliknya segera ditutup rapat.Siap kunci lagi!
Damia hanya memandang dengan dahi yang berlapis kerutan sebelum dia akhirnya melepaskan tawa kecil.
"Nak skodeng tapi terkantoi.Kesian awak..", bisiknya perlahan sebelum kembali menyambung gelaknya lagi.Air milo di dalam cawan tadi dihirup perlahan.Nasib baik ada air ni,boleh lah juga cover.Tapi masih obvious sebab...
Muka tu merah dah mengalahkan tertelan cili padi! Hahaha... siapa suruh kulit putih sangat?
Debuk!
Hairil terus melompat ke atas katil dalam keadaan tertiarap.Mukanya disembam ke atas tilam.Tidak cukup dengan itu,sebiji bantal diambil lalu ditutup mukanya sendiri.Comforter di atas katil itu juga digunakan untuk menggulung dirinya sendiri.Sekali tengok dah macam kuih putu bamboo pun ada.Tak nampak rupa orang dah.
"Mummy!!! malunya!!!!!!", Hairil berguling-guling di atas katil.Ini kali pertama dia berasa malu yang paling menebal seperti ini.Sumpah,kalau ikut hati,mahu saja dia menyorok bawah katil dan tak akan keluar lagi dah! Malu tujuh keturunan ni weh!!!!
"Kau ni pun bangang juga! Apahal lah pendek akal sangat pergi skodeng bini sendiri? Kenapa kau tak ketuk je pintu tu tadi? kenapa! kenapa!",
Bunyi telefon bimbitnya yang meronta agar dijawab memenuhi ruang bilik itu.
"Diamlah! tak nak angkat!",
Ringtone itu berhenti dari berbunyi.
Beberapa minit kemudian,ia kembali berbunyi.Dengan malas Hairil mencapai telefonnya di atas meja bersebelahan katil.Setelah itu,dia kembali berselubung seperti kuih putu bamboo.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Acak#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..