"MORNING,Encik Hairil", tegur Damia pada Hairil dengan senyuman yang ditarik paksa.Tadi saat dia nampak sahaja kelibat lelaki itu,terus dia tercegat di hadapan pintu bilik nya untuk menyambut kedatangan bos nya.Ni semua Kirana yang arahkan.Kalau tidak,jangan harap lah!tak ke mengada sangat bos nya ni?dia sampai je nak kena sambut.Nasib lah dia tak disuruh untuk membentang red carpet setiap kali Hairil tiba.Mengalah kan menteri!
Teguran Damia langsung tidak dilayan.Sebalik nya,mata kelabu nya itu menjeling tajam pada Damia sebelum memberi arahan "Ikut aku..",
Walaupun dikepala Damia penuh dengan kemusykilan,tapi dia tetap mengekori langkah Hairil masuk ke dalam bilik nya.Di tangan nya sudah ada satu buku nota kecil untuk mencatat segala arahan yang dia dapat nanti.
Damia hanya berdiri tegak di hadapan meja Hairil tatkala mereka sudah melangkah masuk ke dalam bilik yang agak menyeramkan itu.Mata Hairil pula sibuk meliar diseluruh bilik nya untuk melihat hasil kerja Damia.Tidak cukup dengan mata kelabu,jari telunjuk nya pula menjadi 'alat' pengesan.Jari nya dicalit sedikit ke atas meja kaca di hadapan nya sebelum dilihat dengan teliti.Kut-kut lah ada habuk.Hm..not bad.Bersih.
Sebelum Hairil duduk,tangan nya sempat lagi menepuk-nepuk kerusi itu beberapa kali.
Hisy!betul lah kata Fisya.Mamat ni super fussy betul!ada je yang tak kena.Nak duduk tu duduk je lah.Ni nak tepuk-tepuk pula.Takut sangat melekat habuk kat seluar dia.Aku dah bersihkan,okay?.Omel Damia di dalam hati.Wajah Hairil yang mata nya masih lagi melilau di atas meja,dipandang lagi.Tengok?apa lagi lah tu yang dicari nya.Nak buat sport check apa pula ni?
Baru Damia hendak membuka mulut,dia nampak Hairil sedang menarik secawan kopi yang dibancuh nya seketika tadi.Fikir Damia,Hairil ingin minum air itu tapi sangkaan nya meleset apabila Hairil tiba-tiba..
"What is this?", Hairil mengangkat muka dan memandang wajah Damia dengan muka berkerut.
"This?this is coffee lah,Encik Hairil.Tak pernah minum ke?", Damia tahan gelak.So funny.Harap muka je copy paste mat salleh.Tapi air kopi pun tak kenal.Sian-sian..
Sedar dengan riak wajah Damia yang sedang menahan tawa,terus wajah Hairil berubah tegang."I know this is coffee.Tapi siapa yang suruh kau buat air kopi untuk aku?",
Perasaan Damia tiba-tiba berubah jadi gerun bila mendengar soalan bersama dengan muka tegang dari Hairil.Ops!terlebih sudah..
"Err..cik Kirana yang suruh saya buat air kopi untuk Encik Hairil setiap pagi", Damia cuba untuk beriak tenang.Salah dia ke?Kirana yang menitip pesanan buat nya.Kata nya,Hairil memang minum coffee pada setiap pagi.Jika tiada air kopi di atas meja,dapat lah free show tengok singa jantan yang mengidam nak telan daging manusia.Pasal kopi je kut.Ish,ish,ish..
"Kau ni PA aku ke atau PA Kirana?!dia yang suruh kau buat kopi.Bukan aku,kan?ada aku suruh kau buat kopi?!", suara Hairil meninggi.Suara ni lah yang membuatkan Damia bagai nak terjun bangunan ni.Ni suara je,belum ditambah dengan pandangan mata kelabu tu lagi.Kalau dapat dua package ni,hm..mahu dah jadi sawan dah si Damia ni.
Damia menggeleng lambat-lambat.Tiba-tiba pula dia rasa nak lari masuk toilet saje.Bukan sebab nak nangis kat dalam tu,tapi dia nak terkencing dah ni.
"Tahu pun!dah..sekarang ni,aku nak kau pergi buat air lain untuk aku",
"A..air..apa?",
Hairil diam.Soalan Damia tidak dijawab untuk seketika.Tiba-tiba pula light bulb nya menyala.Idea nakal dia pun dah muncul ni.Dia sorok senyum jahat.He he he.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..