DAMIA menjeling penuh geram pada Nayli yang sedang menyuap Hairil makan.Penumbuknya dikepal-kepal lalu dilepaskan pada pehanya.Geram yang teramat! Ikutkan hati,mahu saja dia lari masuk ke dalam chaletnya kembali.Tak kuasa lagi nak tengok adegan murahan yang dilakonkan oleh suaminya sendiri dan Nayli.
Hatinya bagai disiat-siat melihat keakraban mereka.Apa motif Hairil melayannya dengan baik,bahkan mencium dahinya sebanyak dua kali selama mereka di hutan itu jika bila dia bertemu kembali dengan Nayli,semua yang berlaku di dalam hutan itu seakan hilang begitu saja.
Atau mungkin.. Hairil sengaja saja melayannya dengan baik disebabkan ketiadaan Nayli? Mungkin dia bosan,sebab itulah dia jadi mangsa.Dan bila mereka kembali di sana dan bertemu dengan Nayli,kekasihnya itu,dia telah dilupakan.Begitu?
Arhh.. kejam sungguh lelaki yang bergelar Hairil! Sampai hati dia mempermainkan perasaan wanita sepertinya! Sungguh tidak berhati perut!
Benarlah,segala yang berlaku di malam sewaktu mereka sesat di dalam hutan itu bagaikan satu mimpi yang indah.Dan sekarang,dia sudah terjaga dari lenanya dan mimpi itu juga sudah hilang.Mungkin juga mimpi itu tidak akan kembali lagi.
Damia membuang pandang ke arah sekumpulan pekerja lelaki yang sedang memanggang ayam di tepi chalet.Malam ini malam terakhir mereka di Pulau Pangkor dan aktiviti malam yang terakhir bagi percutian mereka kali ini adalah BBQ.
Alah.. lupakan saja lah si Hairil tu.Nanti bila mereka balik dari Pangkor,dia akan diceraikan dan semua ini akan berakhir tidak lama lagi.
"Awak tak nak makan ke?", soal Syawal yang sudah pun mengambil tempat di sebelah Damia.Mereka berdua sedang duduk di atas batu besar di bawah sebuah pohon redang.
Wajah Syawal dipandang dan dia hanya menggeleng perlahan."Tak apa.Awak makan lah.Saya dah kenyang", tolaknya perlahan.Dilarikan seketika pandangannya pada bangku yang menjadi tempat Hairil dan Nayli melakukan adegan murahan itu tadi,tiba-tiba dahinya berkerut.Di situ hanya ada Nayli yang sedang asyik melantak.Hairil.. tidak pula kelihatan.
"Awak cari siapa?", soal Syawal bila melihat Damia yang terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan.Macam zirafah pun ada juga.
"Err.. tak ada siapa", jawab Damia perlahan.Tapi sebenarnya hatinya tertanya,ke mana agaknya Hairil pergi? Puas dia menoleh sekeliling tapi kelibat suaminya itu masih tidak kelihatan.
Bukan ke tadi dia ada je dengan Nayli? Macam mana pula boleh hilang?Beep!
Damia pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar bila terasa getaran dari dalam,pasti ada mesej dari aplikasi WhatsApp yang baru masuk.Laju sahaja tangannya membuka mesej yang baru masuk itu tadi.
From : Encik Hairil
Mia! tolong saya.. saya sakit perut ni.Saya rasa mungkin ada belacan dalam makanan yang saya makan tadi.Hurry up!!
Berdiri tegak terus Damia setelah membaca mesej itu.Telefonnya direnung lama sambil mengigit sedikit bibir bawahnya."Aduh! dah tahu tak boleh maka tapi nak juga makan", omelnya perlahan.Bila menyedari kehadiran Syawal di sebelah,dia menoleh lambat-lambat dan hanya sengihan yang dilemparkan buat Syawal yang sedang memandangnya hairan.
"Kenapa? siapa yang tak boleh makan?", soal lelaki itu hairan.Siapa yang diamaksudkan Damia? Dia ke? Takkanlah dia tak boleh makan pula? perut dah lapar ni.
"Err.. bukan.Tak apa lah.Saya minta diri dulu.Ada emergency", tanpaenunggu jawapan Syawal,Damia terus memecut ke chalet Hairil.Mujurlah chalet Hairil itu agak terlindung dan jauh sedikit dari chalet staf-staf yang lain.Jika tidak,mesti dah jadi buah mulut orang lain dengan tajuk 'PA kepada CEO syarikat yang terkenal telah menyerbu masuk ke bilik majikannya sendiri ketika bercuti di Pangkor'.Jika benarlah keluar berita seperti ini,confirm dia seligi mulut pembuat cerita tu!
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..