"RIL,kenapa tak balik rumah Mukhris malam ni?", soal Datin Luthfiya kepada Hairil yang sedang duduk melunjur di atas sofa.Penat sangat agaknya.Mata tu macam dah tak boleh celik saje.Dia juga turut sama melabuhkan punggungnya di sebelah anak teruna tak lakunya ini.
"Aii,mummy macam tak mengalukan je kedatangan Ril", Hairil bangun dari pembaringan.Kini,dia duduk menghadap Datin Luthfiya.Wajah wanita pertengahan umur itu dipandang lama.Rindu benar dia pada Datin Luthfiya.Lama rasanya dia tidak pulang ke rumah ibu bapanya di sini.Harini daddynya tiada di dalam negeri."Isy!apa cakap macam tu?mana ada mummy tak mengalukan.Kepulangan Ril tu tersangatlah mummy dengan daddy tunggu.Cuma,mummy pelik.Kenapa tiba-tiba balik malam ni?gaduh dengan Mukhris ke?",
"Eh tak lah.Ril mengantuk sangat tadi.Nak teruskan perjalanan takut tak sempat sampai.Alang-alang rumah mummy lagi dekat,Ril melencong je lah kat sini", terang Hairil.Matanya yang sudah perit lagi pedih itu masih ditahan untuk terbuka."Ohh,kalau Ril tak ngantuk tadi,agaknya bulan depan pun tak jejak kaki kat sini lagi,kan?", sindir Datin Luthfiya dengan muka sayu.Dia tahu anak kedua dari dua beradik ini memang liat nak pulang ke rumahnya.Sibuk sangat menguruskan syarikat sendiri.Workaholic lah katakan.
"Mana adalah,mummy.Ril nak sangat balik sini.Cuma banyak kerja je kat syarikat tu.Tak lama lagi kan ada projek besar.Tu yang Ril kena kerja lebih sikit",
"Ril,kerja tu kerja lah juga.Tapi Ril kena ingat,Ril sekarang ni dah 28 tahun.Tahun depan dah 29.Jangan lah asyik sibuk dengan kerja sampai lupa untuk berumah tangga",
Hah,sentuh pasal khawin ni lah yang Hairil paling tak suka.Sikit,sikit khawin.Macam takde cerita lain je yang nak dibuka.Sejujurnya,dia belum bersedia untuk menjadi suami orang.Yelah,title suami tu kan berat.Penuh dengan tanggungjawab.Jika si isteri melakukan kesalahan,di bahunya juga dosa itu berpindah.Dosa sendiri pun berlambak yang sedang ditanggung,ini kan pula nak tanggung dosa si isteri?huih!belum bersedia lagi.
"Takde jodoh lagi,mummy..", ni alasan yang seringkali diberikan oleh Hairil.Ha dah nak bagi alasan apa lagi?'Belum bersedia lagi nak khawin?'.Hm,memang kena pulas telinga lah dengan Datin Luthfiyah.
"Kalau Ril tak cari,mana nak datangnya jodoh tu?ingat jodoh Ril tu akan tergolek datang pada Ril?", mula dah ceramah motivasi dari Datin Luthfiyah.Jadi,barangsiapa yang nak memotivasikan anak teruna anda yang tidak laku,silalah berhubung dengan Datin Luthfiyah.Gerenti laku nanti!ceh..
Hairil diam.
"Ril,perkhawinan tu satu tuntutan,tau?mummy nak sangat tengok Ril khawin.Ril tak teringin ke nak ada isteri?nanti dia boleh jaga makan,minum dan pakaian Ril setiap hari.Ril takkan mampu nak buat semuanya sendiri.Ril pun boleh berkongsi masalah dengan dia.Takkan lah Ril nak tanggung semua masalah yang membelenggu fikiran Ril ni sorang-sorang,kan?boleh jadi gila nanti anak mummy.Just amazing you have a lovely wife.Tak teringin?",wajah Hairil dipandang lama.Dari wajah itu,dia tahu sebentar lagi Hairil akan..
"Okay lah,mummy.Ril nak masuk tidur dulu.Goodnight..", pipi Datin Luthfiyah dicium sebelum Hairil terus bangun dari duduknya dan mendaki tangga ke tingkat atas.Dari dia dengar mummy nya sebut pasal khawin,lebih baik dia tidur.Sekurang-kurangnya dia tak lah serabut fikir pasal khawin.Heisy!
Di dalam bilik,Hairil menghempaskan badannya di atas katil empuk.Matanya terkebil-kebil memandang siling.Masa kat bawah tadi,kemain lagi matanya liat nak celik.Bila dah masuk dalam bilik,segar pula biji matanya.Ni semua angkara kata-kata Datin Luthfiyah tadi lah..
"Ril,perkhawinan tu satu tuntutan,tau?Ril tak teringin ke nak ada isteri?nanti dia boleh jaga makan,minum dan pakaian Ril setiap hari.Ril takkan mampu nak buat semuanya sendiri.Ril pun boleh berkongsi masalah dengan dia.Takkan lah Ril nak tanggung semua masalah yang membelenggu fikiran Ril ni sorang-sorang,kan?boleh jadi gila nanti anak mummy.Just amazing you have a lovely wife.Tak teringin?",
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..