BAB 19

4.1K 183 0
                                    

PAGI Ahad yang membahagiakan bagi Damia sebab tak perlu lagi dia stress-stress dengan perangai gila Hairil tu.Buat semak kepala otak je.Seperti kebiasaan,pagi-pagi begini pasti dia akan 'bermanja' dengan pokok-pokok bunganya di halaman rumah.Semalam dia lupa nak siram pokok tu sebab penat.Lepas saje balik dari ambil keretanya di bengkel,dia terus cepat-cepat mandi dan menunaikan solat Asar.Lepastu,terus dia terbongkang atas katil.

"Kesiannya.Layu dah pokok aku.Are you,okay?", soalnya sambil menggosok lembut daun pokok Orkidnya.Dari jauh,kedengaran satu suara yang sedang ketawa sinis.Segera dia menoleh.Cis! dia ni lagi..

"Apa gelak-gelak?", soal Damia.Malas.Kemudian,dia menyambung kerjanya tadi."Salah ke aku gelak? Yang kau tu terlebih gila sangat sampai bercakap dengan pokok tu dah kenapa? Mereng?", Hairil berpeluk tubuh sambil menyandar di kereta BMWnya.Dia ingin ke melangkah keretanya tadi,lepastu tiba-tiba pula terdengar Damia cakap dengan pokok.Tu yang dia jadi geli hati.Betul kan dia cakap yang perempuan ni Senget?

Damia mengetap gigi.Wajah Hairil direnung tajam.Kenapa lah dia dapat seorang jiran dan bos yang perangainya mengalahkan setan?

"Encik Hairil takde kerja lain ke?",

"Tak..",

"Kalau takde sekalipun,janganlah kacau saya", Damia menghalau dengan cara berhemah sambil tangannya sibuk menyiram pokok bunga."Tak ingin pun lah aku nak kacau kau! Anyway,esok aku nak kenalkan kau dengan staf baru.Dia department kewangan.So,kau kena amik tahu! Faham?",

Damia mengangguk sekali.Apa masalah lelaki ni? Aku ada kat sebelah je kut.Perlu ke jerit-jerit? Ni kalau pecah gegendang telinga aku,nak ganti dengan apa? Lembu punya?

Sebelum Hairil memboloskan diri ke dalam keretanya,dia terpandangkan sesuatu.Terus terbantut niatnya untuk masuk ke dalam kereta.Tajam matanya merenung pada sebuah kereta Suprima-S berwarna merah yang diparkir di hadapan rumah Damia.Macam familiar pulak kereta ni.Tapi..lupa lah pula.

Dia memerah otak untuk mengingat kembali kereta merah di hadapannya ketika ini.Hm..ni macam kereta yang dah kemek kan kereta aku.Tapi..betul ke?

Dari badan kereta,pandangannya jatuh pula pada nombor plat kereta itu untuk menginginkan kepastian.

BCL 2859

What?! bukan ke nombor plat ni..

"Mia!!",

Terhenjut bahu Damia dengan teriakan tiba-tiba itu.Haish..kalau macam ni,boleh kena serangan jantung dia nanti.Segera dia berpaling."Apa?",

"Ni..kereta merah ni kereta siapa?", telunjuk Hairil mendarat pada kereta merah milik Damia.

Damia memandang ke arah tunjukkan itu dan dengan selambanya dia menjawab "Kereta saya..",

Terus mencerlung biji mata Hairil dengan kata-kata Damia tadi.Kini,matanya kelabu menikam mata coklat milik Damia."So,this sign might be familiar to you,right?", sinis kedengaran pertanyaan Hairil sambil tangannya menunjuk pada kesan kemik dan calar yang masih 'terhias' di pintu kereta BMW nya.Dan Damia pula bagaikan direntap.Curahan air paip di tangannya tidak dihiraukan lagi.Sampai habis basah kaki seluar track suit nya.

Oh my!!! Nur Damia Irwani,apa yang kau cakap tadi?!!

"Kenapa diam? Kau nak cakap yang ni bukan salah kau?", soal Hairil masih dalam nada sinis dan memeluk tubuh.

"Err..aaa..me..memang bukan salah saya pun!", Damia cuba menutupi kesalahannya.Dia tahu dia salah.Tapi masalahnya,ni kereta BMW kut! Calar sikit pun mahu beratus duitnya melayang.Dapat pula pemilik kereta tu si Mr Dino ni.Memang habis teruslah duit gajinya.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now