"DAMIA!!",
Hairil masih mengejar langkah isterinya yang semakin jauh.Laju betul perempuan tu lari.Naik semput dah dia mengejar.
Damia masih memekakkan telinga.
Semakin lama semakin laju dia melangkah.Hairil mengetap gigi bila melihat Damia yang sudah pun berlari meninggalkan nya.Ohh.. nak main kejar-kejar eh? Kenapa tak bagitahu awal-awal? aku ni dulu johan rumah sukan tau dalam lumba lari!
Terhenti langkah Damia bila tiba-tiba sahaja lengannya ditarik oleh Hairil.Membesar biji matanya melihat lelaki itu yang sedang tersengih padanya.
Macam mana pula dia boleh kejar aku ni? Bukan ke aku dah pecut?"Kenapa awak lari dari saya?", Hairil mula menyoal sambil tangannya masih lagi memegang lengan Damia.Bukan apa,takut dia lari lagi.Nanti satu hal nak kena kejar balik.Penat tau!
Lengannya direntap dari pegangan lelaki itu."Kenapa awak bagitahu semua orang tentang kita?", soalan Hairil tidak dijawab,malah dia pula yang menyoal suaminya."Salah ke?", Hairil menayangkan wajah tidak bersalahnya.Kononlah tak bersalah!
Kecil biji mata Damia mendengar soalan yang agak kurang bijak yang keluar dari mulut Hairil.Dah lah dia buat muka tak bersalah pula tu!
"Awak tanya saya salah ke? awak tahu tak sekarang ni semua orang dah pandang saya lain macam tau!", Damia mula membuka cerita.Sakit hatinya bila memikirkan tindakan Hairil tadi.Ikut hati,mahu saja dicepuk wajah yang kononnya mat salleh si Hairil tu tadi di atas pentas.
"Pandang awak lain macam? Kenapa pula? Bila diorang tahu awak dah khawin dengan saya,kepala awak tu bertukar jadi kepala sotong ke apa sampai diorang nak pandang pelik? ", dia cuba berjenaka.
Beberapa saat kemudian,dia tertawa mendengar loyar buruknya sendiri.Amboi.. Hairil,kau ni dah pandai dah nak berayat buruk eh?Damia mengigit bibir bawah.Kepala sotong? Cekodok punya suami! Aku tengah serius tapi boleh lagi dia bagi aku loyar sampah dia tu? Cis!
"Serius lah sikit.Bukan sebab tu,tapi sebab saya khawin dengan bos saya sendiri!",
Berkerut dahi Hairil mendengar jawapan Damia.Dah kenapa pun kalau khawin dengan aku? kenapa orang lain nak pandang lain macam pula? Ee.. tak fahamlah!
"Kejap! kejap! saya tak faham lah.Cuba awak terangkan dekat saya.Kenapa orang nak pandang awak lain macam bila diorang dapat tahu yang awak khawin dengan saya? Ada sesiapa buat larangan,PA tak boleh khawin dengan bos,ada?",Wajah Damia dipandang dengan mata yang mengecil sambil memeluk tubuh.
"Bukan macam tu..",
"Habistu?",
"Err..", Damia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Macam mana nak cakap ni? Kalau tersalah cakap,tak pasal-pasal kena marah pula nanti.
"Okay macam ni,ramai staf lain tahu yang saya dengan awak ni tak padan.
Maksudnya macam.. ada je yang awak nak buli saya bila dekat office.Benda tu normal dan satu syarikat ni tahu.Saya pun banyak mengadu pada diorang tentang awak.But lastly saya dah berkhawin dengan awak dalam diam.Tak ke nanti orang akan cakap benda yang tak baik?","Oh,so maksudnya ni awak selalu kutuk saya depan staf-staf lain.Macam tu?", Hairil mula memandang Damia tajam.Ni memang nak kena ni.Berani dia kutuk aku depan staf-staf lain?!
Damia gigit bibir bawah.Ops.. kan dah tersalah cakap."Err.. bukan tapi..",
"Okay tak kisahlah.So,sebab tu lah awak takut sangat?",
Damia mengangguk.
"Tak apa lah.Abaikan je semua tu.Lantaklah mulut orang nak cakap apa sekali pun.Apa yang penting,saya cintakan awak.I really-really mean it,Damia", Wajah Hairil bertukar penuh pengharapan,mengharap agar Damia menerima cintanya.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..