DAMIA tersenyum melihat Hairil yang sedang membelek pokok-pokok bunga di halaman rumah dari ruang tamu.Pada awalnya,dia pun terkejut juga bila melihat Hairil sedang menyiram pokok bunga sebaik sahaja mereka bersarapan.
Memang tak disangka pula yang Mr Dino macam Hairil ni ambil berat juga tentang 'kebajikan' bunga-bunga di rumah itu.Diperhatikan lagi lagak si suami yang sedang memotong dahan dan daun-daun yang sudah rosak.Lelaki itu nampak khusyuk saja.Mungkin Hairil masih tidak sedar sejak tadi matanya asyik melekat padanya.
Sudah puas memerhati,Damia mengalihkan pandangannya ke kaca tv.Tangannya tidak penat dari menekan butang-butang yang ada pada alat kawalan jauh.Akhirnya dia hanya membiarkan siaran tv itu menonton dirinya.Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di atas sofa.Ngantuk pula hari ni.Dapat lelap satu round pun dah okay.
Hm.. boleh dikatakan harini sungguh membosankan.Rancangan-rancangan yang bersiaran di kaca tv langsung tidak menarik minatnya.Duduk dalam rumah ni pun tak tahu nak buat apa.Harap rumah je besar.Nak suruh dia main gym? Hm.. lupakan je lah.Dia tak pernah langsung pergi dan sentuh alatan-alatan di gym.
Aktiviti yang selalu dia buat bila dah bosan di dalam rumah ini cuma satu sahaja.Dia akan main lif! Dari tingkat bawah dia akan naik ke tingkat atas kemudian turun semula.Seronok! bukan jakun dengan lif cuma agak teruja bila ada lif di dalam rumah.Pernah satu hari,dia sedang seronok bermain lif dan diketahui oleh Hairil.Lelaki itu hanya menggeleng melihatnya dan sempat berpesan
"Aku tengok kau ni macam budak-budak tak lepas sekolah.Betul ke umur kau 23 tahun,hah? Hm..suka hati kau lah kalau nak main.Tapi ingat,kalau rosak lif tu,kau yang kena keluarkan duit.Faham?!",
"Aduh! aaa...sakit!!",
Damia terus berdiri tegak apabila mendengar jeritan nyaring dari satu suara.Terus dia memandang ke arah Hairil di halaman rumah dan segera dia berlari mendapatkan suaminya apabila melihatkan Hairil sedang meniup tangan sendiri.
Dah kenapa pula dengan dia ni?
"Encik Hairil! kenapa ni?", Damia menyoal cemas.Dari jauh,dia nampak ada cecair merah pekat yang sedang mengalir dari tapak tangan suaminya.
"Err.. tak ada apa", Hairil menyorokkan tangannya dibelakang.Dia tak nak Damia tahu yang dia sedang terluka.
"Apa yang tak ada apa? Darah tu! bagi saya tengok", Damia cuba mencapai tangan Hairil namun gagal."Tak ada apa lah.Be..betul!",
"Jangan nak tipu saya.Bagi saya tengok!", ditamparnya lembut sebelah tangan Hairil yang cuba untuk menghalangnya dan akhirnya dia berjaya juga mencapai tangan suaminya yang terluka.Alangkah terkejutnya dia bila melihat serpihan kaca yang sepanjang 3 cm tertusuk di tapak tangan Hairil.Dia pula yang jadi semakin cemas.
"Ya Allah! macam mana boleh jadi macam ni?",
"Aku..",
Belum sempat Hairil bersuara,Damia sudah pun berlari masuk ke dalam rumah.Tidak sampai lima minit,gadis itu keluar bersama peti pertolongan cemas di tangannya.
"Duduk sini..", Damia memberi arahan pada Hairil agar duduk bersila di atas rumput di sebelahnya.Hairil hanya akur.Tak berani dah nak menjawab.Sakit ni!
Gerak geri Damia yang sedang merawat lukanya dipandang.Gadis itu menyapukan ubat dan membalut lukanya dengan lembut dan penuh berhati-hati.Tidak sikit pun dia berasa sakit.
Wajah Damia yang boleh dikatakan agak hampir dengannya dipandang lama.Hm.. cantik juga minah senget ni.
"Dah siap! Haih.. macam mana boleh jadi macam ni?", Damia menyimpan semula ubat-ubatan ke dalam peti pertolongan cemas tadi."Err.. aku tak nampak ada kaca dekat tepi pasu tu.Aku pegang je lah", jawab Hairil sambil membelek balutan Damia di tangan kanannya.Kemas!
"Kenapalah cuai sangat? Nasib baik tak dalam luka tu.Kalau tidak dah kena pergi hospital tau",
"Tahu.. ermm.. thanks sebab tolong", Hairil mengelak dari memandang Damia.Perlahan-lahan dia cuba bangun dari duduknya."Aku masuk bilik dulu",
"Jangan lupa kemas balik semua tu.Kotak pertolongan cemas tu letak balik kat tempat dia!", laung Hairil dari dalam rumah.Masuk sahaja bilik,dia termangu di atas katil.Balutan di tangannya dipandang lama.
Perasaan apa yang dirasai ketika ini? Kenapa dia sungguh tenang bila menatap wajah polos Damia? Adakah dia...
No! No! Kau tak boleh jatuh cinta dengan dia.Kau kan dah nak ceraikan dia.Sabar ye? Lagi dua bulan saje lagi sebelum semuanya berakhir! ye!!
WAJAH Hairil yang sedang berkerut di hadapannya dipandang dengan mata yang mengecil.Ni lah padahnya kalau dapat suami yang keras kepala.Dah setengah jam berlalu tapi Hairil hanya berjaya makan dua suap nasi sahaja.Dah tahu tangan tu berbalut macam tu,bukan nak minta tolong orang suapkan! Keras kepala!
Hairil memandang Damia."Apa tengok-tengok?", soalnya sambil cuba mengambil nasi dengan sudunya.Haih! payahnya nak makan! Aku dah lah tengah lapar ni.
"Biar lah saya tolong suapkan nasi tu", Kesian pula dia tengok Hairil yang bersusah payah untuk makan.
"Tak payah.Aku boleh makan sendiri", Hairil masih dengan sikap keras kepalanya.Sebenarnya dia pun dah fed up sangat bila nak makan pun payah sampai macam ni sekali.Kenapa lah aku rajin sangat nak siram pokok bunga tu pagi tadi?
"Okay,kalau tak nak Encik Hairil makanlah sendiri.Setengah jam berlalu baru dua sudu.Kalau nak habiskan satu pinggan tu,agak-agaklah berapa jam.Saya nak naik bilik dulu", Damia bangun dari duduknya bila melihat wajah serba salah Hairil.Eleh.. nanti mesti dia panggil aku.
Belum sempat dia melangkah,seperti jangkaannya,Hairil terlebih dahulu menarik tangannya.Dia segera menyorokkan senyuman."Nak apa?",
"Err.. aku lapar.Tolong..suapkan", kata Hairil perlahan dengan wajah yang memerah.Perh.. berterabur ego aku!
"Hmm..tadi kata nak makan sendiri", Sengaja Damia bermain tarik tali.Tahu pun nak minta tolong aku! tadi jual mahal sangat!
"Tapi.. aku lapar",
Damia akhirnya mengukir senyuman.Kesian sungguh dia melihat wajah kesian dari suaminya.Lapar sangat nampaknya tu.
"Meh sini..", sudu di tangan Hairil diambil dan satu demi satu suapan disuap ke dalam mulut Hairil dengan senyuman.Tak tahu kenapa tapi seronok pula main suap menyuap macam ni.Hairil pula merasakan perkara yang sama sampaikan dia menambah lagi nasi apabila sudah licin pinggannya.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..