BAB 8

4.4K 197 3
                                    

"SIAP!", secawan kopi yang baru sahaja siap dibancuh nya tadi diletakkan di atas meja di hadapan nya.Damia tersenyum puas.Sungguh dia berpuas hati!tugasan nya pada awal pagi telah berjaya diselesaikan.Meja sudah dilap,fail dan kertas-kertas yang sedikit bertaburan di atas meja pun sudah disusun dan kopi juga telah siap dibancuh.

Dalam kepuasan hati nya,dia sempat mengerling jam tangan dipergelangan tangan.Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8:20 pagi.Kata Kirana,bos nya akan tiba dalam pukul 8:30 pagi.Tetapi,kadang-kadang dia akan sampai lebih awal.Jadi sebab itu lah Damia menyelesaikan dulu tugasan nya.

"Ada 10 minit lagi", kata Damia perlahan.Mata nya sempat meliar pada setiap sudut di dalam bilik yang tidak terlalu kecil itu.Walaupun ruang di dalam bilik ini tidak lah terlalu besar,tapi setiap susunan barang dan perabot di dalam nya nampak sangat teratur dan menjadikan ruang di dalam bilik ini semakin luas.

Di satu sudut,terdapat sebuah almari kayu yang menempatkan puluhan buku di dalam nya.Di sebelah nya pula ada dua buah kerusi dan di tengah nya terdapat sebuah meja bulat yang bersaiz kecil.Tidak cukup dengan itu,pada setiap penjuru bilik,ada sebuah pasu yang di dalam nya terdapat poko hidup yang berwarna hijau.Memang dapat menenangkan hati sesiapa sahaja jika melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Bulu ayam di atas meja dicapai.Saat itu,dia ternampak sekeping tanda nama yang diperbuat daripada kaca dan tertulis 'Hairil Zaeil Darwish' pada nya.Hairil Zaeil Darwish?sedap jugak nama bos aku ni.

Sekali lagi,Damia mengerling jam tangan nya.Sudah pukul 8:25 pagi.Lebih baik dia keluar dari bilik ini.Nanti kalau Kirana mencari nya nanti susah pula.Kirana ada memberitahu nya tadi bahawa dia akan diperkenalkan pada bos mereka yang menggerunkan itu.

Sambil dia menapak beberapa langkah ke belakang,mata nya masih meliar di sekitar dalam bilik.Dia cuma ingin memastikan tiada kecacatan yang ditinggalkan sebelum dia melangkah keluar sebab Kirana pernah berpesan jika dia masuk ke dalam bilik bos nya ini,dia tidak boleh meninggalkan sebarang kesan atau pun kekotoran.Bos nya mementingkan kebersihan.Ini satu lagi fakta tentang bos nya yang menggerunkan itu.

Tetapi malang nya..

Debuk!

Damia seperti terlanggar sesuatu yang berada di belakang nya.Adoi!apa benda ni?sejak bila pulak pintu masuk bilik ni dekat sangat dengan meja?

Tanpa ragu-ragu,terus dia menoleh ke belakang untuk melihat di belakang nya dan..

Eh?mat salleh sesat mana pulak kat dalam ni?dia buat apa?macam mana boleh terlepas masuk sini?

Wajah mat salleh di hadapan nya sekarang ini dipandang lama.Handsome jugak lah.Hidung mancung,bibir merah,mata yang tidak berapa bulat dan..oh!anak mata nya berwarna kelabu.Wow!cantik sangat.

Tapi ketampanan lelaki di hadapan Damia ini tidak langsung menarik perhatian atau menggoncangkan hati perempuan nya walaupun sekarang ini lelaki itu sedang merenung tajam pada nya.

Ek eleh mamat ni.Pahal nak pandang-pandang aku macam tu?tak pernah tengok perempuan lah tu!Damia sempat mengomel di dalam hati.Tapi di luaran,dia terpaksa menarik senyum.Ye lah,walaupun lelaki di hadapan nya ini nampak macam lain macam je,tapi dia tetap tetamu di syarikat ini.Kena layan baik-baik,betul tak?

"Yes sir,may I help you?", soal Damia perlahan.Namun,lelaki tadi tidak memberi sebarang jawapan.Mata kelabu nya masih menusuk wajah Damia.Damia sudah berkerut.Dah tanya tapi tak nak jawab.Aku tanya dalam bahasa inggeris,bukan nya bahasa melayu!takkan tak faham kut?dari negara mana lah dia datang?lagi satu,yang mamat ni dok tenung muka aku ni apesal?apa ada tahi lalat yang bersaiz besar ke dekat muka aku?

"Sir?I'm talking to you.May I help you?", Damia menyoal lagi.Kini,suara nya agak sedikit kuat.Mana lah tahu kut-kut lelaki di hadapan nya ini ada masalah pendengaran ke kan?

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now