HAIRIL memandang sekeliling kawasan tempat parkir itu.Hmph! nampak gayanya clear! Tiada tanda perempuan gila tu dah sampai.Kena cepat ni!
Seperti lipas kudung dia berlari ke arah keretanya.Namun belum pun sempat dia menerobos masuk ke dalam perut kereta,lengannya terlebih dahulu telah dipeluk erat oleh seseorang.Erk! dah terlambat nak melarikan diri!
Melalui haruman ros yang meresap ke dalam rongga hidung,dia tahu sangat dah gerangannya.Maklumlah,cuma gadis itu sahaja yang tak pernah menukar minyak wangi seumur hidup dia.Haih.. semak betul lah minah ni!
Dia menoleh lambat-lambat ke sebelah.Hah! kan betul.Senyuman sekejap dilemparkan buat gadis yang sesuka hati sahaja memeluk lengan sasanya.Damia sendiri pun tak pernah pegang lengannya tau!
"Hai you! I miss you so much", gadis itu terjerit kecil sambil tangannya masih lagi melekat pada lengan Hairil.Selesa betul dirasakan ketika ini.
Hairil pula sudah sedaya upaya cuba untuk melepaskan lengannya dari pegangan gadis tadi.Tapi semakin dia mencuba,semakin kuat pula pegangannya.
"Err.. hai.Naily,boleh tak you lepaskan tangan I? Rimas lah",
"No! I dah lama tak jumpa you.Mana boleh lepaskan.I nak pegang lengan sado you ni sampai esok pagi,boleh?", Naily mengangkat wajahnya memandang wajah tampan Hairil dengan segaris senyuman menggoda dari bibir mungil yang tercalit lipstick merah padanya.
"Mana boleh.Okay, I know you miss me tapi boleh lepas tak? Seriously,I rimas", Hairil cuba sekali lagi menarik lengannya.Jemari runcing Nayli cuba dialihkan.Rimas tahu tak! Main pegang-pegang pula! tak tahu haram ke hah?
Akhirnya Nayli terpaksa akur.Lemgan Hairil dilepaskan perlahan."You nak pergi mana ni?",
Hairil menepuk lengan bajunya yang telah disentuh oleh Nayli tadi beberapa kali sebelum dia menjawab sepatah."Keluar",
"Pergi mana?", Nayli menyoal dengan teruja.Nak ikut!
"I ada lunch meeting dengan clients", Hairil sudah membuka pintu kereta.Jangan lah minah ni terniat nak ikut dia.Lagipun dia cuma berbohong saje yang dia ada meeting.Walhal dia cuba nak mengelak dari minah tak betul ni.
"Lunch? Good! I pun memang dah lapar ni.Jom!", tanpa dipinta,Nayli dengan selambanya telah masuk ke dalam perut kereta.Hairil pula sudah terlopong sebelum dia turut sama masuk ke dalam perut keretanya.
"Kenapa you masuk?",
"You kan nak pergi lunch",
Keluhan dilepaskan dari mulutnya.Tak faham bahasa agaknya minah ni! "I said lunch meeting dengan clients.Bukannya lunch suka-suka.I kena..",
"Cancel lah meeting tu",
Belum sempat Hairil menoktahkan ayatnya,Nayli segera menyampuk.Sekali lagi dia ternganga.Suka hati mak bapa kau je!
"Mana boleh.Nanti..",
"Takpe! kalau clients tu marah you,you report je kat I.Nanti I call daddy I suruh dia saman diorang", Nayli memberi sengihan buat Hairil.Ek eleh.. nak berlagak pula! Kau ingat bapa kau seorang je yang boleh saman orang? Daddy aku kau tak fikir pula? usah kata daddy,aku pun boleh saman kau!
Akhirnya Hairil terpaksa juga akur.Lagipun bukannya dia ada meeting dengan clients pun.Dalam perjalanan,mulut Nayli itu tidak henti-henti dari bercerita itu dan ini.Mentang-mentang lah baru balik dari sambung belajar di Oxford,banyak pula ceritanya! sampaikan dia sendiri pun naik RIMAS!
"LAMAnya tak datang makan sini.Rindulah dengan makanan kat sini", Damia mengambil tempat di hadapan Vee dan Kirana selepas pelayan di restoran itu menghantar pesanan mereka.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
De Todo#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..