DAMIA yang sedang asyik membancuh air di kabin pejabat,tidak sedar ada sepasang mata yang asyik memerhatikan nya sedari tadi.
"Hai,Damia..", tegur Hafidz dari arah belakang.Damia sedikit kaget melihat kehadiran lelaki itu namun dia tetap mengawal riak wajahnya agar tidak berubah.Mahunya tak berubah wajah bila mereka berdua saja berada di kabin itu.Dahlah kabin itu terletak sedikit jauh dari pejabat-pejabat staf lain.
Cepat-cepat Damia menyudahkan bancuhan airnya dan bersedia untuk melangkah pergi.Namun pergerakannya dihalang oleh tangan Hafidz.
"Kau nak apa lagi ni?", Damia memandang di luar kabin.Argh.. tiada orang yang lalu di situ.
"Dah lama kan kita tak berdua macam ni?", Hafidz mendekati Damia.Damia pula bergerak ke belakang sehingga pergerakannya dihalang oleh kabinet.Kali ini Damia benar-benar takut.Rasanya boleh tak kalau dia simbah air panas di tangannya ni ke muka Hafidz?
"Kau merepek apa? Ak.. aku nak pergi", Damia cuba meloloskan diri tapi sekali lagi laluannya dihalang oleh Hafidz.Ek eh mamat ni kan.. aku naikkan kaki aku kat muka dia ni nanti,baru tahu!
"Lebih baik kau lepaskan aku sekarang,sebelum aku menjerit!", Damia mengugut perlahan.
Belum sempat Hafidz ingin membalas kata-kata Damia,kedengaran satu dehaman dari arah muka pintu.Serentak Hafidz dan Damia menoleh ke arah itu dan masing-masing terdiam bila melihat Hairil sedang berdiri sambil memeluk tubuh dengan mata kelabunya tajam memandang ke arah mereka.
"Sorry for interrupt.Tapi,Hafidz.Saya suruh Vee hantar laporan kewangan bulan lepas atas meja awak.Don't mind to check it?",
"Err.. ya.Sure.Saya pergi dulu", kata Hafidz lalu segera meninggalkan ruang kabin itu.
Bila Hafidz sudah hilang dari kawasan itu,Hairil menutup pintu kabin dan terus menuju ke arah Damia.
Damia pula hanya tersengih kerang.Nasib baiklah Hairil datang cepat tadi.Kalau tidak,memang dah lencun muka Si Hafidz tu kena simbah dengan air panas ni.
"Awak nak air? Kalau nak,saya boleh buatkan", Damia mengangkat cawan air di tangannya.
"Siapa Hafidz tu sebenarnya?", Hairil menyoal tiba-tiba.Senyuman Damia terus mati bila mendengar soalan dari suaminya.Langsung tak terduga yang Hairil akan menyoal tentang perkara itu.
"Err.. dia kan kawan sekampung saya.Awak lupa eh?", Damia memaksa dirinya untuk ketawa.Dalam hati,dia berdoa agar Hairil tidak mengesyaki apa-apa atau bertanya tentang Hafidz lagi.
"Saya tahu tu.. tapi dia siapa pada awak selain kawan sekampung?", Hairil menyoal dengan muka serius.
"Err.. kawan satu sekolah",
"Other than that?",
"Kawan satu pejabat",
Hairil mengeluh perlahan.Jawapan yang dia inginkan masih belum dia peroleh.Cawan di tangan Damia diambil lalu diletakkan di atas meja.Kemudian,
kedua tangan gadis itu pula diraih ke dalam genggamannya."Boleh tak awak jangan jumpa dia lagi?", Hairil menembusi mata bundar milik isterinya.Kali ini dia memang ingin Damia menturuti permintaannya yang satu ini.
"Kenapa pula?",
"No reason but please.. jangan jumpa dia lagi.Saya tengok dia tu macam syok dekat awak",
Damia mengunci mulut untuk beberapa saat sebelum dia bersuara "Awak jealous?",
"Ada nampak saya jealous ke?",
"Ada lah sikit..",
"Taklah.. saya tak jealous,cuma saya nak nak bagitahu tu je.Jangan jumpa dia okay? Kalau terserempak dengan dia pun,awak elak je.Pinky promise?", Hairil menaikkan jari kelingkingnya.Ni kali pertama dia buat pinky promise.Selama ni tak pernah terlintas pun difikirannya dia akan buat semua ini.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
عشوائي#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..