CECAIR pekat yang hampir mengalir keluar dari hidungnya disedut cepat.Sehelai tisu ditarik lagi untuk sekelian kali.Sempat lagi isi di dalam kotak tisu itu diintai.Dah nak habis dah.Ni mesti kes main tarik je sampai tak ingat dunia.
Air mata hangat yang mengalir ke pipinya diseka demgan tisu.Masuk kali ini,entah berapa titis lah air mata yang dah mengalir.Kalau dia tadah dengan baldi,agaknya mahu sampai lima baldi penuh.
Hairil menuruni anak tangga.Cadangnya dia nak ke dapur,tapi bila terpandangkan Damia yang sedang khusyuk menonton televisyen,ringan sahaja kakinya melangkah ke ruang tamu.Dia duduk di sofa bersebelahan dengan tempat isterinya.
Terkejut dia tadi bila melihatkan mata isterinya yang sudah merah,tisu yang berterabur dan sekotak tisu yang sudah kosong di atas meja.Mak oii! Biar betul dia ni? Menangis ke apa?
Okay,okay.Kalau menangis pun lantak dia lah tapi sampai habis tisu aku ni apahal?! dia ingat aku beli pakai daun kering ke apa?
Wajah Damia yang sedang mengalirkan air mata itu dilihat lagi.Mata isternya masih melekat pada kaca tv.Cerita apa lah yang minah ni tengok?
Haril beralih pula pada rancangan yang bersiaran di kaca tv.Lama dia merenung skrin 52 cm itu.Rancangan dan pelakon-pelakon dalam drama itu tidak pernah pula dia lihat selama ini.Cerita apa ni?
"Mianhae.. bogoppa",
Kata-kata yang diucap oleh lelaki yang sedang berlakon di dalam drama itu membuatkan Hairil mengerti.Ohh.. cerita Korea rupanya.Tapi apa yang sedih? Dia melirik pada tajuk rancangan yang kononnya sedih lah sangat tu.
Descendants Of The Sun
Okay,dia tak pernah dengar pun tajuk cerita ni.Dalam diam-diam,Hairil cuba juga untuk menonton rancangan itu.20 minit berlalu,akhirnya dia mengalah.Bosan sungguh! Dia tak faham langsung.
Captain Yu Sijin? Doctor Kang? Big boss? Siapa pula tu?
Sekali lagi dia mengerling pada Damia.Isterinya masih berada di alam drama yang sedamg disiarkan.Ni tak boleh jadi!
Damia yang sudah lencun dengan air mata saat melihat adegan menyentuh hati dari pelakon hero dan heroin rancangan Korea yang mendapat sambutan seluruh dunia,Captain Yu Sijin dan Doctor Kang yang telah dilakonkan dengan baik sekali oleh Song Joong Ki dan Song Hye Kyo lantas membuntangkan biji mata apabila rancangan kegemarannya itu tiba-tiba sahaja ditukar siaran.
Dia menoleh ke sebelah.Wajah Hairil yang selamba badak sahaja itu menjadi renungan tajamnya."Encik Hairil! kenapa tukar?",
"Suka hati aku lah.Tv ni aku punya",
Damia mengecilkan matanya sambil mengetap gigi.Mana boleh! ni rancangan kegemaran aku.Episod akhir lah malam ni!! no way!!
Alat kawalan jauh di tangan Hairil segera di rampas,nombor 392 segera ditekan.Dia kembali tersenyum bila melihatkan pelakon Song Joong Ki yang juga turut tersenyum.Namun,senyumannya tidak lama apabila alat kawalan jauh tadi dirampas kembali oleh Hairil.Segera lelaki itu menukar rancangan lain.Sekali lagi Damia membula biji mata.
Wua.. mamat ni dah kenapa? Aku nak tengok 'crush' aku lah tadi..
"Encik Hairil! apa ni? Tukar lah balik cerita saya tadi",
"Tak boleh! Aku nak tengok cerita lain.Bosan lah cerita tadi tu.Entah apa-apa entah.Dah lah muka lelaki tadi tu jambu.Mesti buat plastic surgery", selamba Hairil mengutuk tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Hoi! bertuah betul.Kau kutuk 'crush' aku? tak guna!!
Alat kawalan jauh di tangan Hairil cuba dirampas lagi namun lelaki itu menguatkan pegangannya.Dia mencerlung memandang lelaki yang bergelar suaminya itu.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..