"Oi! kenapa kau tak masuk?", Hairil menyoal ketika dia baru sahaja keluar dari perut kereta.Dah hampir lima minit Damia hanya berdiri tegak di hadapan rumah kayu dua tingkat itu.Bukannya nak masuk dalam pun.Bagi salam pun tidak.Padahal dia juga yang mengajak datang ke sini.Kan betul katanya minah ni senget.
"Err.. kita pergi rumah Opah balik lah.Jom..", Damia mengajak Hairil dengan wajah yang gementar.Jelas kelihatan rasa itu di wajahnya.
"Hah? Apa kau merepek? Kan Opah juga yang suruh datang sini.Jom lah,cepat.Panas ni", Wajah Hairil semakin berkerut disebabkan silauan matahari yang memancar di atas kepala.Harini mereka sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur tapi Opah menyuruh mereka singgah di rumah Makcik Milah pula.Entah siapa Makcik Milah tu pun dia tak tahu.Dia cuma ikut je.
"Tapi saya takut..",
"Kau nak takut apa? Kenapa? Rumah ni berhantu ke apa? Aku tengok rumah ni elok je", Hairil memandang rumah kayu dua tingkat di hadapannya.Hm.. okay je.Seni binanya pun takde lah menyeramkan sangat.Kawasan sekeliling rumah ni pun bersih.So,apa yang minah ni nak takutkan sangat?
"Bukan.Saya..",
Belum sempat Damia menghabiskan ayatnya,satu suara tua kedengaran dari pintu utama rumah itu.Hairil dan Damia segera berpaling ke arah suara tersebut.Kelihatan seorang wanita pertengahan umur sedang tersenyum ke arah mereka.
"Eh,lah.. Mia rupanya.Masukle.. Ajak suami tu sekali", Puan Milah mengajak mesra pada Hairil dan bakal menantunya yang tak jadi.Haih.. takpelah.Bukan jodoh Hafidz dengan Damia.Apa pun,dia tumpang gembira dengan perkhawinan Damia dan Hairil.Harapnya masjid yang dibina ini akan kekal sehingga ke pintu syurga.
"Bile balik Kuala Lumpur?", soal Puan Milah ketika mereka sudah pun duduk di ruang tamu di rumahnya.
"Lepas balik dari rumah Cik Milah ni kitorang terus balik KL", Damia tersenyum sumbing.Apa yang dia rasakan sekarang ini hanyalah ketakutkan yang teramat.Bukan dia takut dengan Puan Milah tapi cuma dia takut dengan Hafidz! Memang lah dia sudah bertemu dengan lelaki tak guna tu tapi sejak dia bergelar isteri kepada Hairil,dia belum lagi berpeluang untuk bersemuka dengan Hafidz.Sewaktu majlis perkhawinan mereka tempoh hari pun Hafidz tidak hadir.Hanya Puan Milah sahaja yang mewakili keluarga mereka.
"Oh.. Cik Milah baru nak suruh Mia dengan Hairil lepak lama-lama sikit kat rumah ni.Tapi takpelah.Kamu berdua tunggu kejap kat sini.Cik Milah masuk buat air dulu ye?",
"Kenapa muka kau macam baru nampak hantu?", soal Hairil yang sedari tadi hanya membisu sebaik sahaja Puan Milah meninggalkan mereka.Walaupun dia diam,tapi banyak kali juga dia mengerling pada Damia yang duduk di sebelahnya.Sejak sampai sahaja mereka di situ,muka isterinya terus berubah.
Kenapa agaknya dengan rumah ni?
Damia diam.Dipandangnya wajah Hairil lama sebelum menjawab "Tak de apa..",
"Ye lah tu takde apa.Baik kau bagitahu aku.Apa yang tak kena dengan rumah ni?",
"Takde apa lah.Betul.. saya okay je.Cuma saya nervous nak jumpa dengan Cik Milah.Kan saya dah lama tak jumpa dia", tipu Damia.Entah lah.. tapi dia belum bersedia untuk mendedahkan keadaan dia yang sebenarnya pada Hairil walaupun dia tahu yang lelaki tu berhak tahu.Lagipun,mereka kan akan bercerai tidak lama lagi jadi perkara ini langsung tidak penting bagi Hairil.
Hairil mengecilkan matanya memandang Damia.Macam tak logik pula alasan Damia ni.Tapi apa-apa je lah.Kenapa aku perlu kisah kalau dia takut kan apa-apa sekali pun dalam rumah ni? Haih.. Kau ni memang peliklah,Hairil.
"Lantak kau lah.Dah.. aku nak pergi toilet kejap", Hairil bingkas bangun dan terus menuju ke dapur.Damia pula segera menghela nafas lega.Takut juga dia jika Hairil menyoal yang bukan-bukan.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Разное#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..