BAB 31

4.1K 143 2
                                    

MAK datuk!! Ni rumah ke istana?

Damia melopong melihat rumah Hairil yang tersergam indah di hadapannya.Rumah banglo tiga tingkat dengan kawasan rumah yang sungguh luas!

"Kau tengok apa? Eh.. kau ni memang ada masalah pantang tengok rumah orang ye?", Hairil yang baru sahaja selesai mengeluarkan bagasi mereka dari dalam but keretanya,menyindir Damia yang sedang terlopong memandang rumahnya.Siap terpaku lagi.Macam tak pernah tengok rumah je gamaknya.Baru keluar hutan ke apa?

"Tak.. tapi.. betul ke ni rumah Encik Hairil?",

"Kenapa?", sebelah kening Hairil terangkat tinggi.Setinggi rambut spiky keperangannya itu.Soalan Damia tidak terjawab."Tak ada apa cuma saya tak percaya yang Encik Hairil boleh ada rumah sebesar ni pada usia muda", Damia memandang kagum pada Hairil.Bayangkan lah,Hairil baru berusia 28 tahun tapi sudah pun ada syarikat sendiri.Rumah pula kemain gedabak lagi.Untung betul jadi orang kaya ni..

"Muda? Aku dah 28 tahun dah pun.Dua tahun lagi nak masuk 30", Hairil mengelap peluh halus di dahinya.Berat betul beg-beg ni.Terutama sekali beg Damia.Apa lah yang dia letak dalam beg ni? Anak gajah ke apa?

"Kira muda lah tu.Asalkan tak jejak 30 lagi.Oh ya,cantik rumah ni.Saya tak pernah nampak rumah sebesar ni.Tiga tingkat kan?",

"Empat tingkat lah.Setingkat lagi bawah tanah",

Damia memandang Hairil dengan biji mata yang terjojol."Empat tingkat?!",

"Hmm.. dah lah.Jom masuk.Tapi kalau rasa nak tidur luar tu duduk je lah situ", Hairil melangkah ke pintu utama rumahnya.Damia segera membuntuti langkah suaminya namun sekali lagi langkahnya terpaku bila terpandangkan sebaris kereta mewah yang diparkir di bawah kawasan berbumbung di tepi rumah besar itu.

Untuk kesekalian kalinya dia melopong mulut.

BMW Series 4,Mercedes Benz,Audi R8 dan..

Kali ini Damia memang benar-benar terkejut sampaikan meremang sesmua bulu romanya.Matanya digosok beberapa kali untuk memastikan yang dia tidak bermimpi dengan apa yang sedang di lihat.

BMW Series 7?!!!!

Weh! ni gila! Bukan ke kereta ni baru sahaja dilancarkan tahun ini dan harganya pula hampir mencecah RM100,000000? Dan Hairil dapat beli? Gila!! tapi kejap..

Damia baru teringat sesuatu dan lantas dia menarik baju Hairil hingga mereka berdua berdiri di hadapan garaj kereta mewah itu."Eh! apa kau ni main tarik-tarik baju aku? Koyak lah nanti!", bebel Hairil sambil membetulkan bajunya yang sudah senget dikerjakan oleh Damia.

"Encik Hairil! apa semua ni?", Damia menunjuk ke arah semua kereta mewah yang diparkir kemas di bawah kawasan berbumbung itu.

"Kereta lah.Takkan bongok sangat sampai tak tahu beza?", sindir Hairil sambil memeluk tubuh.

Damia mengecilkan matanya memandang Hairil.Bongok? Siapa yang bongok sebenarnya sekarang ni,hah?

"Saya tahulah ni kereta tapi kenapa Encik Hairil suruh saya bayar RM 6000 untuk ganti rugi disebabkan kemalangan yang kecil pada kereta Encik Hairil ni? Padahal Encik Hairil ada bersusun lagi kereta mahal dalam rumah ni.Kalau kereta ni dah calar,naiklah kereta lain.Encik Hairil ada lagi dua kereta BMW!", Damia meluahkan rasa tidak puas hatinya.Baginya ini sungguh tidak masuk dek akal.Beli kereta mewah sampai bersusun takpe tapi setakat nak cat balik kereta yang dah calar tu,tak boleh pula?!

"Kenapa kau nak salahkan aku pula?", Hairil cuba membela diri."Kalau tak disebabkan Encik Hairil yang suruh saya bayar RM 6000 haritu,kita tak khawin tau!",

"Kau salahkan aku? Eh minah,disebabkan kau yang terlebih ramah dengan mummy tu lah kita kena khawin! Kalau bukan sebab tu,dah lama dah aku baiki sendiri kereta aku dan tak perlu sampai khawin dengan kau!",

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now