BAB 50

4.3K 153 7
                                    

FROM : Encik Sayang

Lunch? :')

Encik Sayang? Siapa pula yang memandai tukar nama Mr Dino tu dalam contact aku?

Eh nanti.. ni mesti kerja dia semalam! Oh,senyap- senyap dia tukar eh? Dahlah save nama yang tak sedap.Sayang-sayanglah bagai!

Damia memandang sekilas pada Hairil di dalam pejabatnya.Lelaki itu berpura-pura menyibukkan diri dengan menaip sesuatu pada komputer ribanya.Sebelum membalas mesej yang baru dihantar oleh suaminya tadi,Damia berfikir untuk seketika.

FROM : Me

Sorry,tak boleh :/

Damia melihat reaksi Hairil.Ye.. seperti jangkaannya,lelaki itu sedang memandang ke arahnya dengan kerutan di dahi sebelum dia menekan sesuatu pada skrin telefon bimbitnya.Beberapa ssst kemudian,dia mendapat pesanan ringkas.

FROM : Encik Sayang

Kenapa? puasa ganti? atau diet?

FROM : Me

Saya ada hal sikit nak buat.Waktu lunch nanti saya nak minta izin pergi Pavilion boleh tak?

FROM : Encik Sayang

Nak buat apa pergi sana?

FROM : Me

Beli barang..

FROM : Encik Sayang

Saya temankan awak

FROM : Me

Eh tak apa.. saya boleh pergi sendiri.Lagipun sikit je barang yang saya nak beli

FROM : Encik Sayang

Sure?

FROM : Me

Really sure!

Setelah mendapat keizinan dari Hairil,Damia terus mengemas mejanya dan bergerak ke Pavilion.

Hairil pula hanya memandang langkah isterinya yang semakin jauh.Sejak kebalakangan ini perangai Damia semakin berubah.Apa punca sebenarnya?

DAMIA hanya menjeling geram pada Hafidz yang sedang tersenyum ke arahnya.Kalau ikutkan hati,mahu saja dia cucuk biji mata lelaki tak guna tu dengan garfu di tangannya.

Tengah makan pun boleh lagi tersenyum-senyum.Kau fikir kau comel ke senyum macam tu? Lagi menyampah aku tengok adalah!

"Boleh tak kau makan cepat sikit? Aku tak ada masa lah nak menghadap muka kau", kata Damia sambil menjeling siling.Dia dari tadi lagi sudah menghabiskan makanannya.Sekarang tinggal tunggu Hafidz saja seleasi makan.Makan pun macam siput sedut!

"Relax lah.. kau nak takut apa? Suami kau bukannya ada dekat sini pun",

Damia hanya membalas kata-kata Hafidz dengan sebuah jelingan tajam.Bercakap dengan lelaki macam Hafidz ni menyakitkan hati saja tau.Lebih baik diam!

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now