"KENAPA?", soal Damia apabila surat perletakan jawatannya yang diletakkan di atas meja Hairil pagi tadi dipulangkan kembali."Jangan banyak tanya boleh tak? Aku malas nak cakap.Nanti waktu lunch,aku nak jumpa kau kat tasik depan tu.Datang cepat sikit!", pesan Hairil sebelum dia berlalu dari bilik Damia.
Ek eleh! Dah apehal nak marah-marah? Tapi jap..kenapa dia pulangkan balik surat resign aku? Dan..kenapa pula aku kena jumpa dia? Ada hal penting sangat ke?
Persoalan yang membelenggu fikiran Damia termati apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada SMS masuk.Lantas mesej itu dibuka.
Ibu : Assalamualaikum,Mia.Esok sepatutnya Mia kena bawa bakal menantu ibu balik sini kan? Tapi esok ibu ada urusan dengan Risya kat KL.Alang-alang tu,ibu singgah lah rumah Mia.Lepastu nanti,suruh bakal suami Mia tu jumpa ibu,ye?
Erk! Damia menelan air liurnya yang tiba-tiba sahaja bertukar kelat setelah membaca mesej dari Puan Suri.Esok?! Gila!! Mana dia nak cari bakal suaminya?!
Tudung yang melilit kepalanya dibetulkan.Rasa dalam biliknya ni macam kekurangan oksigen pula.Lemas! Sesak nafas! Jemari runcingnya menari-nari di atas keyboard dan selepas itu butang 'send' ditekan
Mia : Ibu datang pagi ke petang?
Ibu : Ibu datang pagi.Ibu plan nak tidur sana satu malam.Boleh?
Gulp!
Tangan Damia sudah menggeletar.Telefon bimbitnya diletak seketika di atas meja sementara hidungnya bertindak pantas dengan menarik dan menghembus nafas.Cuba untuk menenangkan dirinya yang sudah tidak tenteram ketika ini.Okay,dia tak kisah kalau Puan Suri dan Darisya datang ke rumahnya dan Fisya tapi masalahnya,kenapa ibunya nak juga berjumpa dengan bakal suami rekaannya tu?! Tak boleh ke kalau abaikan je benda tu?
Alasan..alasan..Marilah.. Isy!Nak bagi alasan ape ni? Kalau bagi alasan yang aku reka haritu,agaknya dah tak boleh pakai dah kut sebab sepatutnya,aku kena bagitahu ibu dari awal lagi.Ni last-last minute baru nak bagitahu.Alamatnya,memang kantoi lah! Lepastu kang tak pasal-pasal dia kena khawin dengan Hafidz! Lelaki binatang tu!
Habis,alasan apa pulak?
Ermm..err..ermm...ape eh?
Hah! macam ni.Aku balas je dulu 'okay',lepastu esok,aku cakaplah yang kononnya bakal suami aku tu pergi oversea lah bagai.So,tak boleh jumpa ibu.Boleh kan? Yes! Selesai bala yang pertama.
Mia : Boleh je.Okay ibu! :)
Telefon bimbitnya kembali diletakkan di atas meja.Sedikit sebanyak hatinya lega kerana sekali lagi dia dapat mengelak dari membawa 'bakal suaminya' berjumpa dengan Puan Suri.Tapi bila difikir balik,mustahil selamanya dia dapat mengelak dari ibunya.Mahu atau tak,dia terpaksa juga mencari seorang lelaki yang boleh menjadi suaminya.Bukan teman lelaki yang diupah,atau bukan juga suami kontrak.Tapi dia inginkan seorang suami yang dapat terima kekurangan dan segala yang ada padanya.
Segala yang ada pada kau? Herh! apa yang kau ada,Mia? Kau dah takde apa-apa lagi.Dah lupa? Kau tu dah tak suci! Takde lelaki lain yang layak untuk kau selain Hafidz!
ANDA SEDANG MEMBACA
AKU MILIK MR.DINO
Casuale#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..
