MAHU tersembul biji mata Hairil melihat Nayli yang sudah pun tercegat di hadapan pintu rumahnya di pagi hari begini bersama dengan sebuah bagasi bersederhana besar di sebelahnya.Nasib baik sangat lah Damia sudah pun bergerak ke pejabatnya dahulu tadi.Kalau tidak,mesti dah bertembung dengan minah bimbo ni.
Nak pergi mana pula minah ni? Takkan lari dari rumah parents dia? Ha.. lepastu nak datang menumpang kat rumah aku? No way!
"You buat apa dekat rumah I dengan bawa beg segala bagai ni? you lari dari rumah parents you eh? Okay,I tak kisah you nak lari dari rumah parents you atau apa sekali pun tapi tolong lah jangan nak tinggal dalam rumah I.You pergi lah tempat lain.Hotel kan berlambak dekat KL ni.Lagi satu,I tak ada kat rumah sampai empat hari.So,you balik je lah eh?", kata Hairil sambil mengunci pintu utama rumahnya.Kemudian,dia membuka but kereta Audi R8 nya yang tersadai lama di kawasan berbumbung lalu beg yang berisi pakaiannya selama empat hari itu dimasukkan ke dalam but kereta itu.
"You.. panjangnya you bebel.I bukan nak tumpang rumah you lah and I tak lari dari parents I pun", Nayli mengikut langkah Hairil dengan segaris senyuman.
"Oh really? That's good.Habis buat apa datang sini? I dah lambat tau",
"I nak ikut you lah",
Hairil mematikan langkahnya."Ikut I pergi mana?", Wajah Nayli dipandang demgan rasa ingin tahu.Jangan cakap yang..
"I nak ikut you pergi your company trip lah",
"What?!", Hairil terlopong.Mustahil.. tak! Ni semua mimpi.Katakan ini semua mimpi! Please someone tell me this is just a nightmare!!
"Ye lah.Mukhris bagitahu I semalam yang you buat trip ke Pulau Pangkor,kan? So,I nak ikut sekali",
Hairil terpaku di tempat dia berdiri.Langsung dia tidak percaya yang minah bimbo ini akan ikut sekali.Mukhris?! Isy! tak guna punya Mukhris!! kau tunggu aku balik dari Pangkor nanti,aku rejam kau dalam longkang!!!!
"Cepatlah you.. kita dah lambat ni.Tolong masukkan beg I sekali", Nayli dengan selambanya menghulurkan beg pakaiannya pada Hairil.Dengan perasaan meluat yang teramat,Hairil memasukkan beg itu ke dalam but keretanya.Damn shit!
MASUK kali ini,sudah hampir empat kali Damia memandang ke pintu masuk Syarikat Ril-Ziel Holdings milik suaminya.Sesekali dia mengerling jam di pergelangan tangan.Jarum jam tepat menunjukkan pukul 8:45 pagi.Dua buah bas persiaran yang bakal menjadi pengangkutan mereka sudah lama tiba di kawasan syarikat itu dan akan bertolak pada pukul sembilan.
Aih,mana pula dia ni? Masa aku pergi tadi rasanya dia dah siap dah.Tinggal nak bawa turun beg je.Tapi kenapa sampai sekarang tak sampai lagi?
"Mia! tengok apa tu? Kenapa tak naik bas lagi?", tegur Vee.Kirana di sebelahnya hanya melemparkan senyuman.Vee dan Kirana ni memang tak pernah berenggang langsung.Asyik melekat je macam belangkas.
"Err.. tak apa lah.Korang naik lah je dulu.Nanti Mia naik", Damia tersenyum ke arah mereka."Okay then.Tapi.. nanti you nak duduk dengan siapa dalam bas tu?",
Soalan Vee membuatkan Damia berfikir sejenak.Dia tak terfikir pula nak duduk dengan siapa dalam bas.Dalam syarikat itu,dia cuma rapat dengan Kirana dan Vee sahaja.Alah.. tak kisahlah.Duduk seorang pun okay juga.Kalau nak tidur pun tak segan.
"Entahlah.Mia duduk seorang kut",
"Ermm.. okaylah.Oh ya,you naik bas mana satu?",
"Err..", Damia memandang ke arah kedua-dua bas yang terparkir di hadapan mereka.Rasanya dua-dua bas tu okay je.Cuma,bas yang pertama tu macam dah penuh.Naik bas kedua je lah.
"Mia naik bas kedua tu lah.Nampak macam tak ramai sangat orang",
"Ohh,okay lah.Kitorang naik bas pertama tu.Kitorang naik dulu eh? Bye", Damia hanya memandang kelibat Vee dan Kirana yang sedang menaiki bas sebelum dia beralih pada pintu masuk syarikat itu.Tidak lama kemudian,muncul sebuah kereta Audi R8 berwarna kelabu memasuki perkarangan syarikat.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..