BAB 1

8.9K 244 0
                                    

"ARHH!susah nya.Dah dua minggu cari kerja,tapi satu kerja pun tak dapat!payah sangat ke nak terima aku ni?", rungut Damia.Punggung nya dihenyakkan di atas sofa dan tudung di kepala nya terus dicabut.Sakit hati!

"Kau dah kenapa?balik-balik je terus nak membebel ni?", soal Fisya yang baru sahaja keluar dari dapur bersama dengan segelas air nescafe panas di tangan nya.Dia mengambil tempat di sebelah Damia.

Dengan muka yang masam mencuka,Damia mengerling sekilas pada Fisya."Aku penat lah.Dua minggu aku ke hulur hilir cari kerja.Tapi satu pun tak sangkut.Apa yang susah sangat nak terima aku?nak kata result aku teruk?memang tak lah", gelas di tangan Fisya tadi dirampas sebelum dia meneguk rakus.Air nescafe tu memang lah panas.Tapi hati nya lagi berganda-ganda panas nya.

Fisya terkebil-kebil memandang Damia yang sedang minum air nya tadi.Habis licin.Mak aih!dia main teguk macam tu je?aku pun tadi nak minum kena tiup dulu.Hebat dia ni!

"Sedap nya kau minum air aku.Tak reti nak buat sendiri?", sindir Fisya.

Damia meletakkan kembali gelas tadi di atas meja sebelum dia tersengih pada Fisya."Sorry beb.Aku penat lah", Damia membuang pandangan nya pada drama yang sedang disiarkan di kaca tv.Entah apa entah nama drama tu.Dia main tengok aje.

Fisya menggeleng.Kawan nya sorang ni,memang lah!.Mereka berdua asyik menonton televisyen sampai lah Fisya teringat sesuatu.Terus dia duduk bersila di atas sofa dan menghadap Damia yang masih tidak berkelip mata nya menonton tv.

"Weh!aku nak bagitahu ni", suara Fisya seakan teruja.

Tapi tiada sebarang respon dari Damia.Dia masih leka dengan dunia drama nya.

Bertuah betul budak sorang ni.Terus Fisya mencubit peha Damia dan dengan itu..

"Oh mak kau pocot!", terhembur lah latah yang jarang melantun keluar dari mulut Damia.Jelingan setajam pedang samurai dihadiahkan buat Fisya yang sedang ketawa di sebelah nya.Lawak sangat lah tu?

"Weh,apesal kau ni?", Damia menampar lembut peha Fisya apabila melihat tawa kawan nya itu semakin teruk.Sampai nak terjatuh dari sofa.

"Sorry-sorry", ujar Fisya setelah tawa nya mulai reda.Dia kembali menseriuskan wajah nya memandang Damia.

"Okay..aku nak bagitahu kau ni", Fisya kembali pada topik perbualan nya tadi."Apa dia?",

"Aku dah dapat cari rumah!", Fisya kembali teruja.Tangan nya memeluk erat bantal kecil di sebelah nya.Entah sejak bila dicapai pun tak tahu.

Damia yang mendengar sedikit terkejut.Buntang mata nya memandang Fisya."Really?kat mana?",

"Kat Shah Alam.Rumah tu rumah teres dua tingkat je",

"Alah,tak kisah lah rumah tu setingkat ataupun dua tingkat.Yang penting,aku dah tak nak lagi hidup dalam apartment ni.Tak sanggup dah aku", Damia tunjuk muka ngeri.Memang dia dah 'fobia' duduk di apartment nya ini.Menyusahkan betul!Dah lah rumah mereka di tingkat 18 a.k.a tingkat paling atas sekali.Kalau nak amik barang dalam kereta sekalipun,dia terpaksa naik turun lif.Huh!insaf..

"Aku pun sama.Tak larat dah.Tapi rumah tu style modern lah.Tak lah kecik sangat.Kawasan dia pun okay.Oh ya!rumah tu baru siap dibina.Takde orang yang lagi..",

"Apa?!", Damia terlopong Biar betik takde orang yang tinggal kat situ?takkan lah diorang berdua je?

"Oi!pekak telinga aku.Pahal kau ni?", bantal kecil yang berada di tangan nya terus dicampak ke muka Damia.Terkejut dia tadi.Tiba-tiba je Damia menjerit.Dia ada cerita pasal horror story ke tadi?

"Kau tanya aku pahal?kau gila ke?kau nak kita duduk dekat rumah yang baru siap dibina?takde orang pula tu dekat perumahan tu", Damia mencekak pinggang.Ni nama nya nak cari penyakit.Dah lah dia dan Fisya tu perempuan.Lepastu duduk pula berdua dekat perumahan yang takde orang cenggitu.Kan memang nak cari penyakit?buat nya rumah tu kena masuk perompak ke,nak jerit panggil siapa?semut?lipas?tikus?

Fisya yang mendengar jawapan Damia terus menepuk dahi.Ni lah padah nya bila orang tak habis cakap,ada yang menyampuk.Story line terus tergantung.Isi tak sampai lagi.

"Beb..kalau aku debik kau sekali boleh?aku tak habis cakap lagi lah tadi.Adoih kau ni", Fisya mula merungut manakala Damia tunjuk gigi.Mana lah dia tahu yang Fisya belum habis cakap.Lain kali bila nak bercakap tu,straight je.Jangan nak sangkut-sangkut macam CD calar.

"Macam ni.Maksud aku,bukan dekat kawasan perumahan tu takde orang langsung.Ada tu ada lah sebab perumahan tu pun dah dirasmikan empat bulan yang lepas.Cuma yang aku cakap tadi,dekat line rumah yang akan kita tinggal tu tak ramai sangat orang yang duduk situ.Ada paham?", soal Fisya sambil sebelah kening nya terangkat.

"Ohh..so,dah settle ke semua urusan jual beli?",

"Dah",

"Bila kita boleh move out?aku dah tak sabar dah nak blah dari rumah complicated ni", rungut Damia sambil mata nya meliar disekeliling rumah apartment nya.Err..salah.Rumah apartment mereka memandangkan setiap bulan mereka akan bergilir membayar sewa.

"Kita boleh blah dari rumah ni next week.So,kau pun kena lah dapatkan kerja tetap cepat-cepat memandangkan rumah yang bakal kita sewa ni rumah dua tingkat.Modern pulak tu.So,sewa pun up lah",

Dengar sahaja perkara 'mencari kerja' disebut,Damia terus memuncung.Penat tahu tak?sakit hati pun ado."Kau ni,bukan nya aku tak nak cari.Dah banyak kali dah.Masalah nya diorang yang tak nak ambik aku.Tapi takpe,disebab rumah sewa baru kita tu,esok aku akan cari lagi.Harap sangkut lah.Amin..", Damia meraupkan kedua belah tapak tangan ke wajah nya.Harapan nya satu,semoga esok adalah hari terakhir dia merayau mencari kerja.Dia dah letih dah macam ni.Membazir minyak kereta je pergi ke sana sini.

Fisya bangun dari duduk nya.Dia nak ke dapur.Sebelum dia melangkah,sempat dia berpesan pada Damia "Nanti kau pack lah siap-siap segala 'harta karun' kau dalam bilik tu.Senang sikit nanti.Tak payah nak rushing last minutes",

"No hal..",

**bersambung di bab seterusnya**

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now