BAB 48

4.4K 157 5
                                    

"TUNGGU sini kejap.Saya ambilkan tuala", kata Hairil lalu dia berlari anak ke dalam rumahnya.Dalam beberapa minit,dia keluar bersama sehelai tuala.Tuala itu kemudiannya diletakkan bagi menutupi baju Damia yang hampir separuh lencun.

"Pergi tukar baju cepat.Kalau boleh,mandi sekali pun tak apa", arahnya.

Damia hanya mengangguk lalu dia menuju ke biliknya.Elok rasanya kalau dia terus mandi.Dia nak bertapa dalam bilik air tu lama sikit kalau boleh.Bukan apa,sekarang ni baru dia rasa malu bila memikirkan semula kejadian tadi.Ketika dia disimbah dengan sebotol air mineral,waktu itu ramai juga yang menjadi pemerhati.Aihh... malunya!

Hairil hanya memandang kelibat Damia yang semakin hilang dari pandangannya.
Kemudian dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa berangkai tiga di ruang tamu.Lama dia merenung siling putih di hadapan.Sebenarnya dia rasa bersalah bila memikirkan hal tadi.Walaupun Nayli yang menyimbah air pada Damia,tapi perempuan itu tidak akan melakukannya jika bukan kerana dia.Disebabkannya,
Damia pula yang terpaksa menanggung malu di hadapan khalayak ramai.

30 MINIT bertapa di dalam bilik air,Damia keluar dari situ dan alangkah terkejutnya dia bila melihat Hairil yang sudah pun duduk bersila di atas katil dalam biliknya.Ni nasib baik dia tergerak hati nak pakai baju awal-awal dari dalam bilik air.Kalau tak,tak pasal-pasal dah jadi satu hal.

Damia mengawal riak mukanya lalu dia berpura-pura mengelap rambut dengan tuala sambil melangkah ke arah meja solek.Dari cermin,dia dapat lihat yang mata Hairil hanya melekat padanya.Hah sudah..

"Err.. ni awak kenapa tiba-tiba je masuk bilik saya?", soal Damia.Sebenarnya kalau ikut hati,mahu saja dia menghalau lelaki yang bergelar suaminya ni.Suami atau tak,dia memang pantang kalau ada orang lain menceroboh dalam biliknya

"Saja..",

Damia masih memandang Hairil dari cermin meja solek.Kini lelaki itu dengan selamba tenuk hutannya sudah baring di atas katil sambil tangannya bergerak-gerak di atas katil.Mungkin mencari keselesaan.

Ewah.. ewah dia ni.Suka hati je nak baring atas katil aku.Dah lah tak minta izin.Tumbuk sebiji baru tahu!

Damia memusingkan tubuhnya menghadap Hairil."Err.. kalau mengantuk,pergilah tidur dalam bilik awak",

"Saya tengah cuba nak tidur lah ni..", jawab Hairil dengan mata terpejam.

"Memanglah.. tapi pergilah tidur bilik awak.Bukan bilik saya",

"Kan saya cakap saya tengah cuba nak tidur ni", Hairil menukar posisi baringnya.Dari baring menegak,kini bertukar kepada meniarap.Wajahnya dipalingkan tepi.

Damia mula mencekak pinggang.Apa kena dengan dia ni? Aku cakap lain,dia jawab lain.Tak faham bahasa melayu ke kurang dengar ni?

"Awak faham tak yang saya suruh tidur dalam bilik awak.Ni bilik saya..",

"Faham",

"So?",

"So what?", Hairil mengangkat wajahnya seketika sebelum kembali dibenamkan ke dalam tilam.Dia tersengih sedikit.Seronok juga kacau Damia ni.

"Isy.. dia ni.Buat sakit hati je!", rungut Damia perlahan lalu dia menyisir rambut panjangnya sambil mengumam.
Sesekali dia menjeling pada Hairil melalui cermin.

"Tengok tu,boleh lagi dia buat tak tahu je.. Macam bercakap  dengan mangkuk tandas!", omelnya perlahan.

"Saya dengarlah awak tengah kutuk saya",

Damia menjeling siling.Malas pula nak layan penyakit gila suaminya ni.Makin dilayan,dengan dia sekali boleh jadi gila tau!

Kemudian dia menyusun langkahnya ke daun pintu untuk keluar.Bila melihat gadis itu yang ingin berlalu pergi,cepat-cepat Hairil bangun dan segera menuju ke arah isterinya.Lengan gadis itu ditarik.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now