PERJALANAN di dalam feri dari jeti Marina itu mengambil masa lebih kurang sepuluh minit untuk sampai ke destinasi mereka.Sepanjang perjalanan,matanya tidak pernah lepas dari memandang Hairil.Dia perasan yang lelaki itu hanya berdiam diri sambil membuang pandang ke luar tingkap sejak kejadian di tepi kedai serbaneka tadi.Teguran dari Nayli disebelahnya juga langsung dia tidak ambil peduli.
Kenapa Hairil cakap macam tu tadi? Ada maksud apa-apa ke?
Hmm.. mustahil.Mungkin saja Hairil sengaja cakap macam tu.
Tapi.. dia nampak pandangan Hairil padanya waktu itu berbeza dari sebelum ini.
Mungkin juga Hairil begitu marah tadi.
Sampai sahaja mereka di sana,mereka semua berkumpul di hadapan jeti tersebut sementara mereka mencari van teksi,pengangkutan yang akan membawa mereka ke tempat penginapan mereka selama empat hari tiga malam di Pulau Pangkor ini.
Seperti biasa,Damia memandang Hairil.Lelaki itu nampak segak berkaca mata hitam sambil duduk berseorangan di atas sebuah bangku.Rasa hairan pula bila melihat suaminya itu berseorangan.
Ye lah.. selama ni kan ada saja makhluk yang tak cukup kain tu menempek dekat Hairil.Dia berura-ura untuk mendekati Hairil.Rasanya lebih baik kalau dia meminta maaf pada lelaki itu terlebih dahulu.Ada betulnya juga kata-kata Hairil tadi.Dia ada suami tapi kenapa perlu pergi dengan lelaki lain pula? Dah lah tanpa izin suami sendiri.Walaupun perkhawinan mereka dirahsiakan,Hairil tetap juga suaminya.Kan?
Baru dia hendak membuka langkah,bunyi hon dari beberapa buah van teksi yang datang untuk membawa mereka ke tempat penginapan sudah pun berbunyi.Damia mengeluh.Baru nak jadi isteri mithali tadi.Kacau betul!
Damia beratur di barisan paling belakang.Sengaja dia lambat-lambat begini sebab nanti bolehlah dia naik van yang tidak begitu penuh muatannya.Dia memandang sekeliling.
Aik.. sekejapnya Hairil dah naik van.Sampai hati dia tak tunggu aku.Nampak sangat lah yang dia tu bencikan aku,kan?
Nasib Damia bertuah kerana dari empat van yang disewa,hanya tiga sahaja yang penuh.Sebuah van lagi masih kosong.Jadi.. dengan senang hati dia masuk ke dalam perut van itu.Lega rasa hati disebabkan dia tidak perlu lagi nak berhimpit-himpit di dalam van.Mahu tak rasa lega kalau dah satu van tu ana yang punya!
Baru tangannya hendak menutup pintu van,ada sepasang tangan putih yang menghalang pintu itu.Dia mengangkat wajah dan bila terpandangkan wajah Hairil di hadapannya,dia ternganga seketika.
Macam.. macam mana pula Hairil boleh ada kat sini? Bukan ke tadi dia dah naik van?
"Tepilah.. aku nak masuk", kata Hairil dengan suara mendatar.
Dengar suara itu,Damia terus menggesot ke tepi.Sangkanya Hairil akan duduk di kerusi bahagian belakang,tapi rupanya disebelahnya juga lelaki itu duduk.Damia membuang pandang ke luar tingkap.Ini bukan kali pertama dia menaiki kenderaan bersama Hairil,tapi entah kenapa lepas kejadian di kedai serbaneka tadi,dia rasa malu pula untuk bersemuka dengan Hairil.
Ketika van yang dinaiki mula bergerak,Damia terpukau dengan pemandangan di sekelilingnya yang seakan berada di Indonesia sampaikan dia terlupa tentang kehadiran suami sendiri di sebelah.
Apabila van sedang membelok di selekoh tajam,tubuh Damia yang masih asyik dengan pemandangan di sekelilingnya terus merapat dengan tubuh sasa Hairil.Sedar dengan ketidaksengajaan itu,dia pantas ingin menjauh dari tubuh Hairil tetapi pergerakkannya terbatas apabila tangan Hairil terlebih dahulu menarik bahunya agar kembali merapat dengan tubuh sasanya.Terhenti nafas Damia buat seketika.Tindakan yang tak diduga!
Apa.. apa.. yang sedang berlaku?
"Err.. Encik Hairil.. saya..",
"Duduk je lah diam-diam.Kat depan tu ada selekoh lagi", kata Hairil dengan suara yang masih kasar.Tapi di pendengaran Damia masih terselit dengan kelembutan.Arhh.. kalau dah angau ni macam-macam!
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..