BAB 24

4.1K 149 1
                                    

DAMIA mendekati Hairil yang sedang merenung jam tangannya.

"Assalamualaikum..", sapanya terlebih dahulu.Hairil menekan butang pada jam tangannya sebelum dia menoleh pada Damia."Waalaikumussalam.Tepat pukul 9.Bagus.. Aku ingatkan kau sengaja je nak lambat-lambat", Hairil tersenyum sinis manakala Damia hanya membalas dengan senyuman kelat.

"So,apa pilihan kau? Khawin dengan aku atau RM 60 000 tu ada di tangan aku hujung minggu ni?",

Tiada jawapan dari Damia.Weh Mia,kau serius ke dengan jawapan kau ni? Kau dah fikir masak-masak? Sekali kau cakap,kau dah tak boleh patah balik.

"Saya pilih..",

Nur Damia Irwani,sekali lagi aku tanya kau.Betul ni? Ada talian hayat tau.Kau boleh pilih kalau kau rasa kau was-was.

Hairil masih menanti jawapan Damia dengan segaris senyuman sinis.Alah,dari riak Damia,dia tahu dah jawapannya.

"Saya terima lamaran Encik Hairil", jawabnya lemah.Alright,alright,dia terima ni bukan bermakna dia cinta atau apa eh.Dia cuma fikir tentang ibunya sahaja.Jika dia tak tunjuk bakal suaminya esok pada ibu,nanti dia kena khawin dengan Hafidz.Sejujurnya lah,dia lebih rela khawin dengan Mr Dino ni dari khawin dengan Hafidz

Hairil tersenyum kemenangan.Yes! So,mummy dengan daddy dah tak boleh singkirkan syarikat aku dari dapatkan projek besar tu! Bagus..

"Tapi Encik Hairil..", Damia ragu-ragu untuk bersuara.Dia memandang lantai simen sebelum kembali mengangkat mukanya memandang wajah Hairil yang tidak jelas kelihatan di waktu malam sebegini."Apa?",

"Err..bila kita dah khawin nanti,kita tak payah..em..err..", Damia pandang Hairil.Mengharapkan agar lelaki itu faham maksudnya tapi hampa apabila wajah itu berkerut-kerut cuba fahamkan maksud yang ingin disampaikan."Apa kau ni? Sejak bila kau ada masalah gagap?", Ceh! bukan aku lah yang ada masalah gagap.Kau tu yang tak faham maksud aku! Gumam Damia.

"Maksud saya,bila kita dah halal nanti,kita tak payah buat..em..'something' yang semua pengantin baru buat,kan? Alah,you know what I means right?", Wajah Damia merona merah.Nasib baiklah sekarang ni malam.Harapnya Si Hairil ni fahamlah maksudnya.Rasanya dia terangkan dengan cukup detail dah.Kalau tak faham lagi,dia dah tak tahu macam mana nak jelaskan.

Lama Hairil cuba fahamkan maksud Damia sehinggakan terangkat-angkat keningnya.Setelah itu,baru lah dia mengerti."Of course! Tak kuasa lah aku nak sentuh kau.Remember,okay? Kita khawin ni terpaksa je.Aku ulang,TERPAKSA je.So,kau jangan lah nak mengharapkan apa-apa dari perkhawinan ni.Oh ya,walaupun kita dah khawin,tapi aku tetap anggap kau sebagai PA aku.Tak lebih dari tu.Dan aku pun harap kau anggap aku as your boss je", terang Hairil berjela.

Damia diam.Entah kenapa hatinya sedikit terguris dengan kata-kata Hairil tadi.Hei Mia,kau jangan buat perangai eh..

"Em..tapi,pekhawinan kita ni ada expired date ke",

Hairil juga diam.Ye tak ye juga,dia tak terfikir pun tentang pengakhiran rumah tangga mereka nanti.

"Ada.Lepas aku dapat projek besar dekat Eropah tu,aku akan lepaskan kau sebab tujuan aku khawin dengan kau ni pun sebab aku tak nak mummy dengan daddy buang nama syarikat aku dari tersenarai untuk dapatkan projek tu", Ye! Mungkin waktu tu dia akan lepaskan Damia.Ye lah,lepas dari tu,dia tak perlu risaukan tentang ugutan mummy dengan daddy lagi.

Damia mengangguk lemah.Tak sangka kisah hidupnya akan menjadi seperti kisah dalam novel tak lama lagi.Khawin terpaksa,lepastu perkhawinan tu pula ada tempoh.Sampai masa,bercerai.Argh!! Novel sangat..

"So,anything else?",

Damia sekadar menggeleng."Okay,so aku masuk dulu", Hairil pun berlalu masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Damija sendirian.

"Dah?", soal Mukhris sebaik sahaja Hairil menutup pintu rumah.Hairil mengangguk sebelum dia merebahkan dirinya di sebelah Mukhris.Dia bersandar pada sofa manakala matanya hanya memandang sepi pada kaca televisyen.

"So,her answer is..?", soal Mukhris lagi alpabila Hairil hanya berdiam diri.

Tiada jawapan.

Dengan mudahnya tangan Mukhris mendarat pada dada bidang Hairil."Oi! Aku tanya kau ni.Jawapan dia apa? Setuju ke?",

"Hm..", itu sahaja jawapan Hairil.Entahlah,sebenarnya dia memang tak gembira dengan perkara ini."Serius?! Wah..tahniah,nak khawin dah kawan aku ni", Mukhris sekadar mengusik.Bahu Hairil ditepuk beberapa kali."Tapi kan,kenapa muka kau sedih? Bukan ke kau patut happy sebab mummy dengan daddy kau dah tak boleh buang syarikat kau dari dalam senarai?",

"Memang lah tapi..aku rasa macam aku belum ready lagi nak jadi suami orang",

"Lah..apa takut? Suami tanpa rela je kan?", Mukhris jadi bendul seketika.Mungkin faktor mengantuk kut.Tu sebab otaknya mentafsir lambat sikit."Senduk lah kau ni! Suami tanpa rela sekali pun,aku tetap akan jadi suami dia yang sah dan dia pula tetap jadi isteri aku yang sah.Kau ingat,walaupun aku dengan dia khawin terpaksa,tanggungjawab aku tu boleh terlepas macam tu je?", Itu lah yang ditakutkan oleh Hairil.Tanggungjawab sebagai seorang suami.Jadi suami orang ni bukan senang.

"Tanggungjawab? Tanggungjawab yang mana satu tu? Zahir atau batin?", Mukhris tersenyum nakal.Sengaja perkataan 'batin' itu diperlahankan."Isy! kau ni kan.Aku seriuslah.Tak kisahlah tanggungjawab apa sekali pun tapi memang aku tak ready.Berkhawin tu memang tak pernah tertulis dalam rancangan hidup aku",

"Alah kau ni pun,kau nak takut apa? Selama ni pun kau dah banyak kali pikul tanggungjawab kan? Yang paling susah pun kau pernah pikul dan kau berjaya.So,apa yang kau nak takutkan?", Mukhris cuba menyalurkan kekuatan kepada Hairil.Dia tahu kawan baiknya ini mampu untuk hadapi.

"Aku tahu tapi tanggungjawab sebagai seorang suami ni macam..lagi besar berbanding dengan yang lain.Kau tahu kan? Suami ni kena bimbing isteri dia",

"Jap jap..maksud kau,kau tak nak ceraikan Damia lah? I means,kau dah jatuh cinta dengan dia?", Mukhris menyoal dengan riak tidak percaya.Biar betik?!

"Woi! mana ada..",

"Habis tu,cara kau cakap macam kau akan jadi suami mithali pula pada dia",

Terus darah menyelinap ke wajah Hairil.Panas terasa wajahnya ketika ini."Kau jangan merepek eh? Aku cakap je macam tu.Aku akan ceraikan dia lah nanti",

"Serius?!",

"Yup.Lepas aku dapat projek besar kat eropah tu nanti,aku akan ceraikan dia", Hairil tersenyum apabila memikirkan dia akan terlepas dari segala tanggungjawabnya sebagai seorang suami jika dia bercerai dengan Damia nanti.

"Ohh,tapi macam mana kalau satu hari nanti kau dah jatuh cinta pada dia?", duga Mukhris.Soalan dari Mukhris telah membuatkan Hairil tersentak.Dia jatuh cinta dengan Damia? Tak mungkin!

"Mustahil lah aku akan jatuh cinta pada dia.Kau pun tahu kan test aku macam mana?",

"Aku tahu tapi aku cakap KALAU je",

"Takde kalau-kalau",

"Eleh,tapi seriuslah.Tak salahkan kalau kau TERjatuh cinta dengan wife kau sendiri.Kalau macam tu,kau still akan ceraikan dia?",

Hairil diam.Lama dia merenung kaca televisyen yang sedang menyiarkan siaran astro Ria."Hm..kalau dia tak rasa apa yang aku rasa,aku akan lepaskan dia",

"Tapi kalau dia juga rasa apa yang kau rasa?",

"Ish kau ni! banyak soal pula.Diam-diam je sudah.Kalau ada jodoh,kekal lah rumah tangga aku tu nanti.Kalau tak de,lagi bagus.Dah lah,aku nak solat Isyak.Kau dah ke belum?",

"Lama dah,bro..",

Hairil mengangguk sebelum langkahnya dibawa ke tingkat atas.

Dari bawah,kedengaran pintu bilik ditutup rapat.

"Hairil,Hairil.. Mungkin sekarang kau takde hati lagi dengan dia.Tapi aku harap,satu hari nanti rasa benci kau tu pada dia akan berubah jadi sayang", Mukhris bercakap sendiri sebelum matanya kembali fokus pada televisyen.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now