*Hye..ni wani nak tanya sikit.Wani ada terfikir nak buat story yg ketiga.Tapi masalah nya wani tak tahu wani mampu atau tak utk buat dua cerita on the same times.Dan masalah kedua,wani tak tahu story line utk cerita ketiga nanti okay atau tak.Jadi,wani akan share kat sini sinopsis utk cerita ketiga tu.Wani tak update apa-apa lagi utk story ni.Kalau rasa best,boleh lah wani update dan korang boleh baca.Tapi kalau rasa macam tak best,mungkin wani create juga kut.How?
*TAKDIR UNTUK KITA*
'Takdir itu milik Allah.Tertulis nya TAKDIR UNTUK KITA tanpa mengetahui perjalanan dan pengakhiran hidup seseorang.Kita tidak dapat untuk mengubah takdir.Walaupun penuh dengan duri,terpaksa kita hadapi jua..'
Perkhawinan atas dasar permintaan keluarga telah menyatukan dua hati,Nurain Kamilia dan Mirza Azfar.Mereka berdua tetap akur dengan keputusan kerana masing-masing menghormati pilihan keluarga.Bukankah itu lebih baik?kata orang,pilihan keluar adalah yang terbaik buat kita.
Dalam keterpaksaan mereka,ada satu hati yang dalam diam sangat gembira dengan keputusan ini.Nurain Kamilia telah memendam perasaan nya pada Mirza Azfar selama 13 tahun tanpa pengetahuan lelaki itu.Jadi bila telah sah menjadi suami nya,siapa tak happy kan?
Bagi Mirza Azfar pula,dia mencuba untuk membuang sejarah hitam yang telah mengubah diri nya menjadi seorang yang benci dengan perkhawinan.Sejak dia berkhawin dengan Nurain Kamilia,sedikit sebanyak dia mencuba membuka hati nya pada Nurain Kamilia walaupun memakan masa yang agak lama.
Namun saat dia sudah dapat menyemai benih kasih sayang nya pada Nurain Kamilia,satu dugaan datang untuk menguji sejauh mana penerimaan hati nya buat Nurain Kamilia.Tetapi hati lelaki nya tidak dapat untuk menerima dan menghadapi dugaan yang hadir.Maka,timbul lah satu titik kebencian di dalam hati nya buat Nurain Kamilia.Dan dari situ lah bermula nya permulaan layanan buruk Mirza Azfar kepada Nurain Kamilia.
Tanpa memikirkan perasaan Nurain Kamilia,Mirza Azfar terus menyeksa perasaan Nurain Kamilia sehingga satu demi satu dugaan bepusu-pusu datang dan meragut kebahagiaan perkhawinan mereka.
Bagaimana pula jika satu rahsia besar telah terbongkar suatu hari nanti?rahsia yang selama ini telah disimpan rapi oleh Mirza Azfar?
Sampai bila Mirza Azfar akan terus menyeksa Nurain Kamilia?adakah akan berterusan?atau akan ada sinar kebahagiaan dalam rumah tangga mereka?mampukah Nurain Kamilia menghadapi seksaan dari Mirza Azfar?rahsia apa yang telah terbongkar?sudah tiadakah walaupun setitis rasa sayang dalam hati Mirza Azfar buat Nurain Kamilia?
Jangan khuatir,segala jawapan itu akan terungkai di Takdir Untuk Kita..
ANDA SEDANG MEMBACA
AKU MILIK MR.DINO
Acak#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..
