BAB 6

4.7K 197 2
                                    

DAMIA yang sedang mengangkat jemuran pakaian di ampaian luar memandang hairan pada Fisya yang baru sahaja keluar dari pintu utama bersama dengan mangkuk tingkat.Dah kenapa?nak ke mana pulak minah ni?nak pergi picnic tak ajak aku nampak nya.

"Fisya,kau nak ke mana tu?", soal Damia.Tudung syria nya yang sedikit terangkat dek kerana tiupan angin dibetulkan sedikit.

Fisya tersengih sebelum bersuara "Mana ada nak pergi mana-mana", dia menapak mendekati Damia.

"Habis yang kau bawak mangkut tingkat tu ada apa kes?nak pergi picnic ke?",

"Bukan lah.Ni untuk...", Fisya sengaja menggantung kan ayat nya.Mangkuk tingkat di tangan nya dipandang dengan sebuah senyuman yang mekar.

Dah mula dah kawan aku sorang ni.Ish!dari mana lah die berjangkit penyakit tersenyum sorang-sorang ni?takkan aku kut?eh aku tak.Hm..keturunan lah tu.

"Kalau kau nak tahu,ni kalau kau nak tahu lah kan?kalau kau tak nak tahu pun takpe.Tapi aku nak bagitahu juga.Sekarang ni aku masih tunggu jawapan kau ni.Dari tadi dok sengih sengoh.Untuk siapa mangkuk tingkat tu?", Damia sudah memeluk tubuh.Geram betul rasa nya.

Fisya ketawa kecil.Lama dia begitu sebelum dia bersuara "Okay,sorry.Ni untuk..Mukhris", nama Mukhris disebut perlahan.

"Mukhris?!", bulat mata Damia memandang Fisya.

Fisya berlari anak mendapatkan Damia dan terus tangan nya menekup mulut Damia."Syut..jangan lah jerit.Nanti dia dengar", dia seperti berbisik.Damia pula sudah menampar-nampar tangan Fisya di mulut nya,meminta untuk Fisya mengalihkan tangan.

"Kurang asam betul lah kau ni!asam apa yang kau kurang ha?asam boi?asam jawa?asam keping?asam laksa?asam pedas?mana satu?meh sini aku tolong 'asam' kan kau!", bebel Damia sebaik sahaja Fisya mengalihkan tangan.

Suara Damia yang nyaring menyebabkan Mukhris yang berada di dalam rumah tadi terus bergegas keluar dari situ.Dia berdiri di sebelah tembok batu sambil memandang ke arah Fisya dan Damia silih berganti.

"Kenapa ni?", soal Mukhris yang kelihatan agak cemas.

Damia memandang Mukhris sebelum dia berkata "Ni hah!minah sorang ni.Tiba-tiba je dia nak...aduh!!", tiba-tiba Damia mengaduh kesakitan.Kata-kata nya tadi tergantung.Mencerlung mata bulat nya memandang Fisya yang hanya beriak selamba di sebelah nya.

Bertuah betul!memang sah si Fisya ni kurang asam.Dah lah dia pijak kaki aku,lepas tu boleh buat selamba je?aku lesing kang!

Muhkris yang menjadi pemerhati dari tadi sudah berkerut.Pelipis rambut nya di garu sekejap."Kenapa ni?", soalan yang sama diajukan buat dua orang gadis di hadapan.

Sambil menggossok bekas pijakan Fisya di kaki sebelah kiri nya,Damia sempat lagi ingin mengadu pada Mukhris."Fisya ni,dia..", namun ayat nya terganggu oleh satu bisikam yang 'mengancam'.

"Kau jangan buka mulut.Kalau tidak,kaki kanan kau pulak aku buat lempeng nanti", ugutan berunsurkan usikan dibisikkan ke telinga Damia.Damia hanya menjelir lidah.

Fisya mendekati Mukhris."Sorry ye,Mukhris.Awak jangan layan sangat perangai si Damia ni.Macam ni,tadi saya termasak banyak.Tu yang saya nak bagi awak sikit.Nanti awak makan lah dengan housemate awak", mangkuk tingkat tadi dihulurkan kepada Mukhris.

"Eleh,termasak banyak lah konon.Kalau dah sangaja je nak bagi,cakap je lah.Nak 'ter' pulak.Puih!", gumam Damia perlahan.Tapi kata-kata nya sempat ditangkap oleh Mukhris dan Fisya.Mukhris hanya tersenyum manakala Fisya sudah memberi jelingan maut pada nya.

"Terima kasih,lah Fisya.Susah-susah je,awak ni", huluran mangkuk tingkat tadi di sambut oleh Mukhris.

"Sama-sama.Tak susah pun.Kitorang memang suka masak.Jadi,apa salah nya kalau nak bagi jiran sebelah rumah merasa,kan?betul tak,Damia?", sinis suara Fisya.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now