BAB 2

5.9K 231 4
                                    

"TAKKAN lah langsung takde,puan?",

"Maaf ye,cik.Cafe ni dah penuh dengan pekerja.Jadi,saya tak boleh terima cik", kata wanita lingkungan 30 an itu pada Damia.Senyuman manis masih tidak lekang dari bibir nya.

"Kalau puan suruh saya jadi cleaner pun takpe,puan.Saya sanggup.Asalkan saya dapat kerja.Please", Damia masih memujuk wanita yang juga merangkap kepada pemilik cafe ini.

"Cik Damia,kelulusan cik ni tak sesuai langsung nak jadi cleaner.Macam ni,cik Damia ada keputusan yang bagus dan saya yakin,cik Damia akan dapat kerja di tempat yang lebih bagus",

Damia mengeluh perlahan.Nak buat macam mana?takde rezeki.Dah dapat keputusan elok tapi kerja menganggur je takde guna juga."Hm..takpelah.Terima kasih", Fail yang berada di atas meja dicapai sebelum dia melangkah keluar dari cafe.Masuk kali ini,dah empat buah kedai dia masuk untuk mencari kerja tapi semua nya tak mahu menerima nya.Alasan yang mereka gunakan semua sama.'Result cik tak sesuai untuk berkerja di sini'.

Apa masalah nya?terima je lah.Pelanggan-pelanggan yang datang di kedai mereka pun bukan nya nak soal selidik tentang keputusan nya.

Sedang Damia berjalan,ada seseorang menghampiri nya lalu dicuit bahu Damia.Damia menoleh.

"Ye?awak siapa?",

Gadis di hadapan nya nampak cantik dan manis dengan segaris senyuman yabg terhias di wajah nya.Mungkin dalam 20 an.Muka putih dan bersih.Mata nya tidak terlalu besar dan dia memakai contact lens berwarna biru-hijau.Rambut nya pendek paras leher tapi disikat rapi.Comel!cuma gaya pakaian nya sahaja agak seksi.Dia hanya memakai blouse putih lengan pendek dan skirt hitam paras lutut bersama dengan hills setinggi..entah lah.Mungkin 5 inchi.

Gadis tadi tersenyum.Dia menghulurkan tangan nya pada Damia."Saya Kirana",

Damia juga tersenyum sambil menyambut huluran gadis yang bergelar Kirana tadi."Saya Damia.Ada apa,ye?", Kirana bersuara dengan lemah lembut,jadi Damia pun mesti lah berlembut juga.

"Er..saya mintak maaf sebab tadi saya terdengar yang cik Damia sedang memerlukan kerja sekarang ni.Betul ke?", Kirana menyoal lagi.Sekadar inginkan kepastian degan apa yang dia dengar tadi.

"Ye..memang saya perlukan pekerjaan pun sekarang ni.Kenapa,eh?", jawab Damia lambat-lambat."Okay,macam ni.Kalau saya bagi cik Damia kerja,nak tak?",

Damia yang mendengar terus terbuka luas mata nya.Gila kau tak nak?! "Mesti lah saya nak.Saya memang tengah perlukan pekerjaan sekarang ni.Terdesak sangat.Tapi kerja apa ye?cleaner?tukang sapu?",

Mendengar soalan dari mulut Damia,terus Kirana menghembur tawa kecil.Okay,itu kelakar."Bukan lah.Ni lagi elok kerja nya dari seorang cleaner.Like this,bos di syarikat saya tu tengah memerlukan Personal Assistant secepat mungkin.Jadi,dia suruh saya carik kan.Dah berbulan saya cuba cari tapi masih tak jumpa.Bila saya terdengar yang cik Damia tengah memerlukan kerja,ni yang saya nak menawarkan pada cik Damia",

"Jadi PA?boleh ke saya?kelulusan saya okay ke nak jadi seorang PA?", jangan main-main untuk menjadi seorang PA ni.Mesti kena ada kelulusan yang bagus.Tambahan pula dia ni masih baru dalam syarikat tu.Nanti apa pula kata orang bila dia terus 'lompat' menjadi PA kepada bos di syarikat tu.

Kirana berfikir seketika.Ada betul jugak."Oh ya,dalam fail tu ada resume kan?boleh saya tengok?",

Damia menjatuhkan pandangan nya pada fail biru di tangan nya.Kemudian,fail itu dihulurkan pada Kirana.

"Well.Saya rasa awak dah boleh diterima ni.Keputusan awak memang dah layak untuk menjadi seorang PA", kata Kirana setelah selesai melihat segala resume di dalam fail biru itu.

Damia terkejut."Apa?saya?dah ke?", sekejap nya.Tak payah kena interview pun.Dah diterima ke ni?

Kirana mengembalikan semula fail biru pada Damia sebelum dia bersuara."Yup..saya tahu awak boleh pegang jawatan ni.Jadi,awak setuju dengan tawaran ni?",

"Of course!",

"Kalau macam tu,awak boleh datang kerja next week.This is my card.So,you can call me if you change your mind or you have a question to ask me.Okay?", sekeping kad berwarna kelabu dihulurkan pada Damia.Terus Damia menyambut huluran tadi.

"Okay,thanks a lot",Damia tersenyum pada Kirana sebelum dia meminta diri.Alhamdullilah,dia dah ada kerja.Takde lah dia asyik melanguk je depan tv setiap hari.Yahoo!

-------

Darisya mendekati Puan Suri yang sedang memotong sayur di dapur.Dia mengambil tempat di hadapan ibu nya."Ibu..kakak tak balik ke bulan ni?",

Puan Suri mengangkat sedikit wajah nya,kemudian dia menyambung kerja nya semula."Rasa nya kakak tak balik.Bulan lepas kan dia baru je balik", sambil memotong sayur,Puan Suri menjawab pertanyaan anak dara kedua nya.

"Ohh..", Darisya mengambil batang sayur kangkung yang berada di atas meja.Batang itu di cabut-cabut sehingga menjadi kecil.Sebenarnya,dia ada perkara yang ingin beritahu pada Puan Suri tapi..malu lah.Takut pun ada.

"Risya ni kenapa?macam ada sesuatu je nak bagitahu dengan ibu", Puan Suri seperti dapat meneka apa yang sedang berlegar dalam fikiran Darisya.Alah,dia kan ibu.Mesti lah tahu.Tengok dari riak wajah Darisya pun dia dah dapat meneka.

Darisya angkat muka.Terkejut juga dia bila Puan Suri dapat meneka.Dia berkira untuk memeberitahu perkara ini pada Puan Suri.

"Er..memang ada", lambat-lambat Darisya menjawab.

"Apa dia?", Puan Suri memandang sekilas pada Darisya.

Darisya diam.Dia menarik nafas dalam sebelum membuka mulut. "Risya..nak..bertunang,boleh?", dia tidak berani untuk memandang wajah Puan Suri.Takut pula kena marah.

Puan Suri menghentikan kerja nya tadi.Kini,dia menumpukan sepenuh perhatian nya pada Darisya."Risya,bukan ibu tak kasi kamu bertunang atau khawin.Tapi ibu dah janji dengan arwah ayah yang selagi kakak belum khawin,selagi tu lah Risya tak boleh khawin", Puan Suri tunjuk muka simpati.Memang dia ada berjanji dengan arwah suami nya,Encik Malik bahawa sebelum Darisya Imani berkhawin,Damia Irwani akan berkhawin dahulu.Sebab?Puan Suri pun tak tahu.Dia hanya akur.

Darisya menghela nafas kecewa.Dia dah agak dah jawapan yang akan keluar dari mulut Puan Suri.Tapi dia saje bertanya lagi.

"Tapi,ibu.Bila kakak nak khawin?ibu tahu je lah kan perangai kakak tu macam mana?kakak tu anti lelaki.Macam mana lah dia nak khawin dulu dari Risya?",

"Ibu pun tak tahu lah nak cakap apa dengan perangai kakak kamu tu.Entah bila lah dia nak buang rasa benci terhadap lelaki.Ni mesti dia tak dapat lupakan lagi apa yang dah jadi dulu",

Darisya terangguk-angguk,membenarkan kata-kata dari Puan Suri.Nampak nya,terpaksa lah dia bagitahu Eirman supaya menangguhkan rancangan nya untuk menghantar rombongan merisik.

"Tapi,ibu ada satu idea", tiba-tiba Puan Suri memecahkan kesunyian mereka di ruang dapur.Terus Darisya memandang wajah Puan Suri dengan wajah ingin tahu.

"Ibu sebenarnya berkenan dengan anak lelaki Mak Cik Milah tu.Orang nya baik,respect orang tua dan pandai pulak tu.Teringin pula ibu nak bermenantukan dia",

"Anak Mak Cik Milah?yang baru balik dari China tu?apa erk nama nya?Hafidz ye?", Darisya ingin kan kepastian.Tapi kalau ikut kan,memang dah betul dah tu.

"Hah!yang tu lah.Hafidz",

"Tapi,ibu.Boleh ke?kakak nak ke?",

"Nak atau tak,kakak mesti kena juga.Kalau dia tak nak khawin dengan Hafidz,ibu suruh dia bawak balik menantu.Kalau tak,memang ibu dah terima dah si Hafidz tu buat menantu", Puan Suri tekad.Ye lah,sampai bila nak tengok anak sulung nya sorang tu benci pada lelaki?selagi Damia belum berkhawin,selagi itu lah perkara yang membuatkan dia jadi begini terus menghantui nya.

"Ohh,okay jugak tu.Risya setuju je.Asalkan kakak khawin",

**bersambung di bab seterusnya**

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now