MEREKA tiba di Jeti Marina ketika jarum jam menunjukkan pukul 12 tengahari.Damia duduk di tempat menunggu sementara menanti ketibaan feri.Sesekali dia menjeling ke arah Hairil dan Nayli yang sedang berdiri di tepi tiang.Herh! dah berejam pun masih lagi nak berkepit.Masalahnya sekarang ni,apa kena dengan minah tu sampai nak kena pegang-pegang lengan Hairil? Langit takkan runtuh lah kalau dia tak pegang!
Damia membuang pandang ke tempat lain apabila mata Hairil jatuh padanya.Meluat betul!
Sedang dia menyendiri,Syawal menghampirinya lalu mengambil tempat di sebelah Damia.Segaris senyuman dilemparkan oleh gadis itu."Awak seorang lagi? Mana Vee dengan Kirana?", soal Syawal sambil matanya mencari kelibat dua orang gadis yang disebut tadi.
"Diorang pergi toilet agaknya",
"Ohh,rapat sangat diorang tu sampai pergi toilet pun berdua.Seorang jaga pintu lah agaknya kut", kata-kata spontan Syawal membuatkan Damia ketawa.Dilirik matanya pada Hairil di hadapan,lelaki itu sedang merenung dirinya dan Syawal dengan tajam.
Eleh.. apahal nak pandang aku macam tu? Korek biji mata nanti baru tahu!
"Oh ya,awak tak nak beli makanan kat dalam ke?",
"Err.. tu lah.Saya nak pergi juga tapi.. tak berani lah pergi seorang diri",
"Kalau macam tu jom lah pergi sekali dengan saya.Lagipun saya memang nak beli makanan sikit ni", Syawal melemparkan senyuman buat Damia.Bila melihaykan kejujuran di mata Syawal,Damia bangun lambat-lambat lalu menyanyingi langkah Syawal di hadapan.Hm.. lelaki itu boleh tahan tampan juga.Tinggi dan baik.Bukan macam Hairil! Ada bini depan mata pun boleh lagi berfoya-foya dengan perempuan lain.
Hairil hanya memandang langkah isterinya bersama Syawal dari belakang.Dia mengetap giginya kuat saat melihat mereka berdua gelak bersama.
Herh! dah ada suami tapi pergi dengan lelaki lain.
"Nayli,berapa lama lagi you nak pegang tangan I ni? I rimas lah!", Hairil menarik kasar tangannya dari pegangan Nayli.Kemeja lengan panjang yang dilipat sehingga ke sikunya,ditepuk ganas.
"Kenapa you ni nak marah-marah? Tadi okay je kan?", Nayli cuba untuk memegabg lengan Hairil sekali lagi namun lelaki itu terlebih dahulu menepis."You know what? perangai you ni macam jelly tahu tak? Tergedik sana,tergedik sini.Dah lah! I nak pergi", Hairil membuka langkah untuk pergi namun segera dimatikan apabila menyedari langkahnya diikuti oleh Nayli.Dia menoleh geram."Apahal you ikut I?",
"You nak pergi mana? I nak ikut you",
"I nak pergi toilet lah.Nak ikut ke? Nanti kalau I jerit panggil security,you jangan marah I pula",
Nayli hanya tersengih sebelum dia kembali ke tempat duduknya tadi.
"Pergi toilet pun nak ikut.Rimas lah! Yang minah senget tu pun sama juga.Kalau nak pergi mana sekalipun,apa salahnya ajak aku? Apa gunanya aku ni sebagai suami dia? Ni tidak,nak juga ajak lelaki lain.Haish!", Hairil mengomel perlahan
sambil melangkah ke bilik air.Hatinya betul-betul panas dengan sikap Damia dan Syawal tadi.Boleh pula tergelak-gelak.Entah apa lah yang kelakar sangat!Satu persoalan yang menari difikirannya sekarang ini.Apa sebenarnya hubungan Syawal dengan Damia? Sejak dari dalam bas lagi dia perhatikan mereka.Dah lah duduk dalam bas sama-sama.Lepastu sekarang pun pergi sama-sama.Takkanlah Syawal tu teman lelaki Damia?!
Hairil segera membasuh mukanya di dalam bilik air bila wajahnya jelas kelihatan sudah merona merah.Bila dirinya sedikit tenang,dia melangkah keluar dari bilik air.Ketika dia sedang melalui sebuah kedai serbaneka,matanya menangkap susuk tubuh Damia dan Syawal yang baru sahaja keluar dari kedai itu.Dia menghentikan langkah.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Diversos#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..