MALAM itu,keluarga besar Damia menikmati makan malam bersama-sama di ruang makan.Waktu makan pun,keluarga Damia masih riuh dengan gelak tawa.Hairil pula hanya membisu di sebelah Damia.Bukan tak suka tapi tak biasa.Dia pun takda keluarga besar yang sebegitu meriah begini.Mulut mereka tak pernah lelah untuk bersuara.Tanya itu lah,ini lah.Sampaikan dia pun dah penat nak jawab.
Sesekali matanya melirik pada Damia yang sedang asyik melayan kerenah saudara-maranya.Amboi.. Khusyuk sangat bercakap sampai lupa aku kat sebelah.Tertanya juga,aku ni batu nisan ke apa kat sini? Masa makan tu makan je lah.Ni nak gelak lah,sembang lah.Kang kalau tercekik tak ke aku juga yang jadi duda nanti.Nasib baiklah dalam dapur ni ada keluarga dia,kalau takde,memang aku dah sumbat tulang ikan dalam mulut minah ni.Tahu bercakap je! Mulut tu macam punggung itik.
"Hairil,kenapa tak ambil sambal belacan tu?", Bebelan Hairil dibunuh oleh suara Opah.Hairil mengangkat muka memandang wajah wanita yang sudah dimamah usia itu.Erk! Bukan Opah je yang sedang memandang dirinya,tapi.. satu meja ni kut! Kenapa?
"Huh?", soal Hairil yang masih blur.Betul lah dia tak dengar apa yang Opah tanya tadi.Dia kan tengah membebel dalam hati."Opah tanya,kenapa Hairil tak ambil sambal belacan tu?", soal Kak Lyana sambil muncungnya di halakan pada semangkuk sambal belacan yang jelas berwarna merah terang.
Sambal belacan?! Aku mana makan benda alah tu.
"Err..", Hairil segera memandang Damia dengan pandangan penuh pengharapan.Tolonglah.. Selamatkan aku,please.. Aku tak nak makan sambal belacan tu.
Hairil menarik hujung baju isterinya pula apabila gadis itu tidak mengerti dengan pandangannya tadi.Damia mengerutkan dahi memandang wajah suaminya.Apa kena pula dengan mamat ni?
"Hairil?", Opah memanggil sekali lagi.
Hairil tersengih kerang busuk sebelum dia mendekatkan mulutnya ke arah telinga Damia."Aku tak makan sambal belacan.Tolong aku..", Dia pandang Damia lagi.Gadis itu diam seketika sebelum dia mengangguk.Disebalik anggukan itu,ada segaris senyuman sinis yang terhias pada wajahnya.
"Mia,suami kamu tu kenapa? Main bisik-bisik pula", tegur Opah lagi pada cucunya.
"Oh,takde apa Opah.Dia nak amik sambal belacan tu tapi dia malu sebab semua orang tengah pandang dia", Damia tersenyum ke arah semua saudara maranya sambil mencapai semangkuk sambal belacan di hadapan.
Senyuman kelegaan yang baru sahaja ditarik oleh Hairil serta merta mati.Dia memandang isterinya dengan pandangan tidak percaya.What?! Isy! perempuan ni memang tak guna!!! Menyesal sungguh aku mintak tolong kau.
"Lah.. Opah ingatkan dah kenapa lah tadi.Hah,amik ni letak dalam pinggan dia.Alahai,kesian cucu menantu aku nak makan sambal belacan", Opah tersenyum lebar manakala Hairil pula hanya tersenyum sumbing saat Damia meletakkan satu sudu sambal belacan ke dalam pinggannya.
"Belum cuba belum tahu", sempat Damia berbisik sambil mengenyitkan mata.Hairil hanya membalas dengan sebuah jelingan tajam.Siap lah kau perempuan! Malam ni kau tidur atas lantai!!!
Damia pula dengan wajah yang tidak berperasaan,dia menyambung suapan.Muka je takde perasaan tapi hatinya gerun juga.Hairil tu bukannya boleh buat main.Tengok lah kejap lagi hukuman apa yang dia dapat.Haih.. lantaklah.Asalkan Hairil tu merasa makan sambal belacan.Kalau bukan kat kampung,kat mana lagi,kan?
SEUSAI makan malam,Damia,Hairil dan Opah duduk berbual di ruang tamu manakala yang lain sudah pun masuk ke dalam bilik masing-masing.Masuk kali ini,tidak terkira berapa kali Damia memandang Hairil.Ye lah,dari tadi lelaki itu asyik berkerut sahaja mukanya.Lepastu bila mata mereka bertembung,sebuah jelingan bagai nak terkeluar biji mata kelabunya itu dihadiahkan buat Damia.Apa salah aku? Aku bagi makan sambal belacan je pun.Salah ke?
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Altele#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..