"WEH!mana ni?kau jumpa tak?", Damia sudah gelabah.Tangannya lincah bergerak di merata tempat.Tadi di biliknya,kemudian di bilik Fisya.Lepastu ke dapur dan akhirnya di ruang tamu.Tapi dia masih belum berpuas hati.
"Tak de lah.Serius ke kau pakai semalam?mana lah tahu kut-kut dah hilang lama dah.Cuma kau baru perasan pagi tadi", Fisya menjeling keadaan rumah tamu mereka.Mashaallah!sungguh bersepah.Mengalahkan kapal karam 10 tahun.Dengan kusyen sofanya berterabur di atas lantai,majalah-majalah yang pada awalnya tersusun cantik di atas meja tetapi hasilnya habis bertaburan di atas carpet berbulu dan semua laci-laci kecil ternganga luas.
"Serius ada lagi lah semalam.Aku tahu dan aku yakin.Tapi malam tu aku tengok dah takde", wajah Damia merona merah.Dia tahan air mata.Rantai itu satu-satunya barang yang paling berharga dalam hidupnya kerana ianya pemberian dari arwah ayahnya.Jadi bila hilang,dia takkan berhenti mencari walaupun sesaat.
"Bila last kau pakai?",
Damia berhenti dari meneruskan pencariannya.Dia berfikir sejenak.Mana eh kali terakhir dia pakai rantai tu?rasanya..
"Hah!", tanpa berkata apa-apa,Damia terus berlari ke luar rumah.Tanpa berselipar,dia menuju ke arah sebuah pasu bunga ros putih yang berada di antara tembok batu rumahnya dengan rumah Mukhris.
Habis satu pasu bunga itu ditawaf.Siap dikorek lagi dalam tanah pasu itu.Yelah,disebabkan dia tidak tahu di mana sebenarnya lokasi kehilangan rantai itu,jadi semua tempat menjadi sasaran.Tapi,sekali lagi Damia kecewa.Dia mengangkat muka memandang Fisya sebelum menggeleng perlahan.
"Hm..aku rasa bukan kat rumah ni lah kali terakhir kau pakai.Aku rasa rantai tu dah lama hilang.Tapi kau baru perasan pagi tadi.Kau tahu tak dah sejam kita cari rantai tu dalam rumah ni,tapi langsung tak jumpa",
"Aku tak tahu lah", Damia tunduk.Setitis air matanya jatuh ke atas lantai jubin.Fisya nampak semua itu.Dia juga tahu rantai itu sangat berharga buat Damia.Dia pernah bertanya sejauh mana berharganya rantai itu pada Damia dan jawapan yang diberikan oleh Damia cukup untuk meyakinkan bahawa rantai itu lebih penting dari nyawanya sendiri.
"Macam ni lah,kalau ada malaun yang nak curi rantai aku sambil acukan pistol betul-betul dekat kepala aku,aku lebih rela tawarkan semua duit aku dalam bank dan termasuk kereta Suprima-S kesayangan aku ni.Kalau diorang nak amik rantai tu juga,aku sanggup mati dari serahkan rantai ni pada diorang",
Fisya mendekati Damia yang masih lagi menunduk.Tubuh kecil itu dipeluk kejap sebelum dia bersuara lembut "Takpelah.Macam ni,apa kata kalau kau pergi kerja dulu.Kau sedar tak yang kau dah lambat 15 minit?kang sia-sia je kau kena marah dengan bos kau tu", cadang Fisya sambil tangannya menggosok lembut lengan Damia.
Damia mengangkat wajah.Betullah.Dia tidak sedar pun yang dia telah lewat ke tempat kerja."Tapi..rantai tu..",
"It's okay.Harini aku off day.So,biar aku tolong carikkan.Now kau pergi kerja dulu",
Lambat-lambat Damia mengangguk.Segaris senyuman terbit di wajah muramnya.Jujur!dia bersyukur kerana dikurniakan seorang kawan seperti Fisya.Walaupun pantang nampak lelaki,tapi dia seorang yang sangat memahami dan sentiasa ada dibelakangnya.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..