"EH,awak tak pergi kerja ke hari ni?", soal Damia apabila melihat Hairil yang masih selesa berpakaian kasual sambil menonton televisyen.
"Saya nak pergi kerja dengan muka macam ni? Habis awak nak saya jawab apa dengan diorang kalau diorang tanya kenapa muka saya lebam-lebam? Jatuh bilik air?",
Damia hanya tersengih.Dia terlupa pula yang wajah Hairil masih 'cacat'.
"Okaylah.Saya pergi kerja dulu ye?", baru Damia hendak memulas tombol pintu utama,telinganya menangkap suara Hairil menghalang.
"Siapa suruh awak pergi kerja?",
"Lah.. tak ada siapa yang suruh pun.Tapi tu kan memang tanggungjawab saya",
"Okay,awak kerja apa?",
Damia mengangkat sebelah keningnya.Hairan.Takkanlah kena tumbuk sikit dengan Hafidz,suaminya ni terus hilang ingatan kut?
"Err.. saya kan Personal Assistant",
"Personal Assistant siapa?",
Hah sudah! agaknya betul lah kut Hairil ni dah hilang ingatan.
"Personal Assitant awak lah",
"Dan tugas sebagai PA kena sentiasa berada di sisi bos nya kan? So,sekarang ni saya dekat mana?",
"Rumah?",
"Good,so buat apa awak nak pergi kerja kalau saya ada dekat rumah? Awak nak kerja untuk siapa? Awak nak suruh meja dekat pejabat tu pergi meeting?",
Damia sengih lagi.Baru dia tahu maksud Hairil yang sebenarnya.Kalau nak suruh dia temankan,cakap je lah.Ni nak main tarik tali pula! Waduh.
"Dah,dah.Tak payah nak tersengih-sengih.Jom ikut saya..", Hairil sudah membuka langkahnya menuju ke anak tangga.Damia hanya memandang,tetapi tidak pula dia mengikut.
Bila menyedari langkahnya tidak diikuti oleh Damia,Hairil menoleh ke belakang."Kenapa awak tak ikut saya?",
"Kita nak ke mana?",
"Pergi tengok movie dekat tingkat atas.Awak tak pernah tengok kan?",
Damia menggeleng lalu laju sahaja langkahnya disusun mengikut langkah Hairil sehingga tiba ke bilik yang dikhaskan untuk menonton movie.
Senang betul ada tempat macam ni.Tak perlu nak membazir beli tiket wayang."Awak duduk sini dulu.Awak pilih lah awak nak tengok movie apa.Saya ikut je.Saya pergi amik dessert kejap", kata Hairil lalu dia menghilang di sebalik pintu bilik itu.
Damia yang teruja terus memilih movie yang menarik perhatiannya untuk ditonton bersama Hairil.
Beberapa minit kemudian,Hairil masuk ke dalam bilik itu dengan satu bekas aiskri vanilla coklat di tangannya.Dia juga mengigit dua sudu di mulutnya.
Tangan tak cukup okay.Takkan dia nak pegang pakai kaki pula?"Dah pilih?", Hairil duduk di sebelah Damia.
"Dah..",
"Movie apa?",
"I'm Fine.. Thank You,Love you",
"Hah? thank you untuk apa?",
Damia tergelak melihat muka blur Hairil."Bukanlah.. nama movie ni,'I'm Fine..Thank You,Love you' ",
"Oh,ingatkan awak cakap I love you dekat saya", Hairil menggosok hidungnya yang tiba-tiba gatal lalu dia mencapai remote control yang mengawal lampu dan penghawa dingin.Lampu di dalam bilik itu ditutup dan suhu penghawa dingin dikuatkan.Baru romantik!
"Cerita Philipine?", soalnya bila mendengar suara pelakon dalam filem itu.
Damia hanya menjawab dan mereka berdua terus fokus dalam filem tersebut walaupun Hairil langsung tidak suka akan filem romantik.Tapi disebabkan isterinya,dia pun layan jugalah.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..