BAB 16

3.9K 175 1
                                    

YEAH,is it too late now to say sorry?
Cause I'm missing more than just your body
Is it too late now to say sorry?
Yeah I know that I let you down
Is it too late to say I'm sorry now?

I'm sorry, yeah
Sorry, yeah
Sorry

Yeah I know that I let you down
Is it too late to say sorry now

Damia yang sedang leka menonton drama Memori Cinta Suraya mengeluh perlahan.Siapa pula lah yang menganggu mood drama nya ni? Langkah malas diatur ke arah meja kopi di sebelahnya untuk mengambil telefon bimbit yang sedari tadi memekak dengan ringtone Sorry dari Justin Bieber.

"Hisy!dok tersorry,sorry dari tadi.Apa sorry sorry?No sorry lah!". Kan tak pasal-pasal ringtone Justin Bieber yang tidak bersalah lagikan berdosa itu pula yang kena marah dengan Damia.Tak boleh langsung orang kacau masa dia tengah tengok drama tu!

Fisya.

Apa lagi lah minah seorang ni?

"Hello,assalamualaikum". tegur Damia.Malas.Kepalanya terjengul ke arah kaca tv.Masih tidak mahu melepaskan drama kesayanganya.

"Waalaikumussalam.Oi!kurang asam kau ni.Jawab elok-elok sikit tak boleh ke?", marah Fisya dari hujung talian.Damia hanya menjuihkan bibir.

"Kau nak apa?aku tengah tengok Megat Rayyan aku ni.Sibuk je lah!",

"Patutlah! weh,aku nak mintak tolong kau ni",

"Apa dia?",

"Boleh ke?",

"Kau nak aku ketuk kepala kau tak?kau tak bagitahu aku lagi kau nak mintak tolong apa.Mana lah aku tahu boleh atau tak",

Fisya tergelak kecil.Kan dah kena marah. "Okay,okay.Macam ni,pagi tadi aku ada masak nasi goreng untuk Mukhris.Tapi aku terlupa pula nak bagi kat dia.So,boleh kau tolong bagikan tak?nasi goreng tu ada atas meja.Aku dah letak dalam bekas",

Damia menjeling di atas meja.Ada sebuah bekas lut sinar yang dalamnya terdapat nasi goreng."Alah,buat apa kau nak bagi dia?dari bagi dia,lebih baik bagi aku lahap",

"Isy!jangan nak mengada.Kau punya aku dah asingkan lah.Ada bawah tudung saji tu.Boleh tak?tolong aku eh?",

"Tapi aku seganlah.Aku tak biasa dengan Mukhris",

"Takpe.Dia tak makan orang pun.Boleh lah.Please..",

"Hm..yelah!dah,aku letak", talian dimatikan.Damia mengeluh sebelum mencapai instant shawl yang tersidai di atas sofa.Bekas nasi goreng di atas meja itu juga dicapai.Kenapa lah aku juga yang kena pergi?habis lah drama aku tu nanti.

Sebelum dia membuka langkah,sempat dia menjeling pada cermin kereta Pesona milik Fisya.Harini mereka bertukar kereta.Memang selalu diorang buat macam ni.Katanya nak menukar mood.

Dia mengintai ke rumah sebelah.Sunyi sepi saje.Pintu dan grill tertutup rapat.Hanya pagar luar sahaja yang terbuka.Kereta Vios milik Mukhris juga tiada.Cuma..kereta BMW Series 3 saje yang terdampar di hadapan rumah itu.

Eh kejap! Haritu Fisya cakap yang kereta BMW ni housemate Mukhris punya.Maksudnya..berkemungkinan housemate Mukhris tu ada kat rumah.Yeah!boleh lah aku berterima kasih pada dia sebab simpankan rantai aku ni.Yahoo!!!

Dengan perasaan gembira,Damia membuka pagar rumahnya dan terus ke rumah sebelah.Dia berdiri tegak di hadapan pagar besi yang berwarna kelabu itu.

"Assalamulaikum..", dia memberi salam sambil kepalanya terjenguk ke dalam rumah.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now