*Sorry sbb wani terpaksa unpublish balik bab ni.Ada masalah sikit tadi kan? skrg dah okay.. sorry ye sbb bab dah berterabur.Hope korg keep reading!
"MIA,dah lama ke kenal dengan Hairil?", soal Lyana,sepupu Damia.Ketika ini mereka berdua sedang duduk bersahaja di ruang tamu.Saudara mara mereka yang lain masing-masing sibuk berbual di halaman rumah.Tinggal mereka berdua sahaja di dalam rumah kayu itu.
"Err..tak lah lama sangat.Baru tiga bulan macam tu", jawab Damia perlahan dan sekali gus telah memeranjatkan si pendengar.Lyana tersentak hebat."Baru tiga bulan? biar betul?!",
Gulp! Alamak,tersalah cakap lah.Damia mengawal riak wajahnya agar masih tenang."Err..eh,tiga bulan pula.Mia salah cakap.Kitorang dah kenal hampir tiga tahun", jawabnya dengan keyakinan palsu.Dia tersengih sedikit.Tolonglah percaya..
"Oh,lama lah juga tu.Maksudnya,Mia kenal Hairil sebelum Mia jadi PA dia lah eh?",
Kening Damia bersambung."Huh?",
"Ye lah,kalau korang dah kenal tiga tahun,maksudnya sebelum Mia jadi PA Hairil lagi lah korang dah kenal kan? Mia kan baru tiga bulan jadi PA Hairil",
Wah.. dari mana pula lah sepupu aku ni tahu semua cerita? Ni mesti dari mulut Darisya.Bertuah punya adik.Sesedap dia je main report-report kat orang lain.
"Err..ye.Betul lah tu", Damia sengih lagi.Memang betul lah agaknya kut yang kitorang baru kenal tiga bulan.Aku pun tak kuasa nak mengira.
"Untung lah Mia dapat suami macam Hairil tu.Dah lah handsome,muka pun macam mat salleh.Terkejut Kak Yana semalam bila nampak Hairil.Ingatkan mat salleh mana lah yang Mia angkut sekali", ujar Lyana yang berbeza dua tahun sahaja dari umur Damia.Sengihan dilemparkan buat sepupunya.
"Tu lah,Mia pun tak sangka dapat suami yang copy paste muka mat salleh", Tangan Damia masih ligat mengupas dan menghiris bawang.Perh.. Opah ni memang saje lah nak majal aku.Yang dia pergi suruh aku kupas banyak-banyak bawang sampai satu besen ni dah kenapa? Rasanya kenduri dah habis dah pun.Tengok ni,hingus pun dah nak meleleh.
"Kak Yana dengar dia lahir kat New Zealand,betul ke?",
Damia hanya mengangguk.Ek eh,Kak Yana ni asyik tanya pasal Encik Hairil je,dari tadi tak berhenti.Takkan dah sangkut dekat suami aku kut? Eh,tak mungkinlah sebab Kak Yana ni tunang orang.Tapi ada je kes orang putus tunang kan? Lagipun diorang belum khawin lagi.Jadi,betul lah ni yang Kak Yana suka suami aku? Hello,dia suami aku lah!
"Hairil baik tak?",
Damia pandang wajah Lyana tepat."Baik..",
"Langsung tak baik sebenarnya.Perangai macam dinosaur terlepas dari hutan je", sambung Damia lagi tapi dalam nada perlahan.Tangannya semakin laju menghiris bawang.Cecair hingus yang ingin mengalir keluar dari hidungnya segera disedut kembali.Matanya juga sudah mula pedih.Ibu,Opah buli Mia!!
"Apa dia? Dinosaur terlepas? Dinosaur mana pula ni yang terlepas?", soal Lyana hairan.Rasanya telinga dia tak salah dengar tadi yang mulut sepupunya ini cakap pasal dinosaur.Betul tak?
Erk! Aku cakap apa tadi? Aduii,mulut ni pun.Sesat pasal dinosaur ni dah kenapa?
"Err..dinosaur? Oh,emm..dino..",
"Mia!!",
Kata-kata Damia termati di tengah jalan.Automatik kepala mereka berdua menoleh ke arah pintu dapur.Wajah Hairil dipandang hairan.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
De Todo#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..