BAB 37

4.2K 163 4
                                    

SEPULUH minit berlalu,Damia masih leka mengintai Hairil yang sedang asyik melakukan senaman di gym dari cermin kaca di sebelah pintu gym itu.Saat lelaki itu sedang mengangkat berat,dia begitu kagum sampaikan mulutnya ternganga luas.Pengalaman kali pertama dan waktu itu Hairil benar-benar tampak sungguh kacak.Otot bicep nya juga jelas kelihatan.

Dia mengukir senyuman lagi ketika Hairil sedang mengelap peluh di dahinya menggunakan tuala kecil yang dililit di sekeliling leher.Dada bidang lelaki itu yang sedang naik turun diperhatikan.Dia tak pasti apa yang menyampuk dirinya tapi sejak kebelakangan ini,dia begitu selesa dengan Hairil.Jika satu hari tak nampak atau dengar suara lelaki itu,pasti dia tidak akan senang hati.

Mia.. jangan-jangan kau dah jatuh cinta dengan Mr Dino ni tak?

Damia tersenyum malu.Izinkan dia buat pengakuan di sini ye? Sukacita dimaklumkan bahawa dia,Nur Damia Irwani telah pun jatuh cinta dengan suaminya,Hairil Zaeil Darwish a.k.a Mr Dino!

Tapi.. dia hanya memendamkan perasaan itu.Dia yakin Hairil langsung tidak mencintainya dan tempoh masa sebelum mereka bercerai pun hanya tinggal lagi empat minggu.Biarlah dia hanya mencintai Hairil dalam diam.Lagipun dengan keadaan dirinya sekarang,dia memang tidak sesuai untuk mana-mana lelaki dalam dunia ini terutama lelaki sebaik Hairil.Walaupun dia tahu yang Hairil itu garang dan tidak pernah kenal erti senyum,namun dia yakin ada kelembutan disebalik sikap itu.

"Intai aku ke?", Tiba-tiba Hairil menegur sambil bersandar dan memeluk tubuh di muka pintu.Damia tersentak hebat.Serta merta pipinya membahang.Erk! sejak bila pula Hairil ni berdiri kat situ?

"Err...tak.Ma..mana ada", Damia pantas memusingkan tubuh untuk berlalu ke bilik air.Dia nak bertapa dekat dalam tu.Sumpah dah tak nak keluar lagi menghadap muka Hairil ni.Malu!

Baru beberapa langkah,Hairil memanggilnya dan dia menoleh perlahan."Ye?",

"Aku haus lah.Amikkan air kat bawah",

Damia hanya mengangguk dengan arahan suaminya.Beberapa minit kemudian,dia naik ke tingkat atas bersama sebotol air mineral.Ketika dia sampai,Hairil baru sahaja selesai melakukan senaman di atas treadmill.Dia melangkah masuk perlahan-lahan.

"Encik Hairil,nah..", botol air mineral tadi dihulurkan pada Hairil.

Setelah itu,matanya meneroka seluruh alatan dalam bilik itu.Banyak juga.Dah macam kedai gym ni.Patutlah badan Hairil tu menawan.Dengan bicep dan six pack lagi.Rupanya ada gym di rumah sendiri.

Terlalu leka dia memerhati sehingga tidak sedar mata Hairil asyik memandangnya.

"Pernah main semua ni?", soalnya setelah selesai minum.Dia mendekati Damia yang sedang berdiri tegak di tengah-tengah bilik itu.

"Tak.Saya tak ada masa nak daftar pergi gym.Dah lah mahal.Lebih baik saya jogging je kat taman",

Hairil mengangguk perlahan sebelum bersuara lagi "Nak try?",

Damia memandang suaminya dengan kerutan di dahi."Tak nak lah.Saya dah lah tak pernah cuba,nanti tergolek pula saya", Damia sudah memusing untuk melangkah keluar dari bilik itu.Dari mengintai suami sendiri,baik dia buat kerja lain.Banyak lagi kerja kat bawah yang masih belum selesai.Namun langkahnya terhenti apabila tangannya ditarik.Terkejut dia bagaikan ada arus elektrik yang mengalir ke tubuhnya.Lambat-lambat dia menoleh.

"Kenapa?",

"Cuba je lah dulu.Belum cuba belum tahu kan? Lagipun apa function semua ni ada kat rumah ni kalau tak guna",

Eleh.. kau tu hari-hari guna.Ada lah juga tu functionnya.

"Err.. tak apa lah.Saya..",

"Jom je lah!", Belum sempat Damia menyambung kata,Hairil terlebih dahulu menari tangannya menuju ke sebuah treadmill yang digunakan Hairil tadi.

AKU MILIK MR.DINOWhere stories live. Discover now