"OI!Nurul Afisya Farisya binti Faridz",
Fisya menoleh saat nama penuh nya dipanggil.Siap nama bapa nya sekali disebut.Wajah pemanggil nya tadi dipandang lama.
"Apa dia?",
"Kau tanya aku apa dia?kau ni takde hati dan usus ke tengok aku tengah dalam kesusahan macam ni?tolong lah..kau ingat ringan sangat ke kotak ni?", bebel Damia pada Fisya yang sedang berdiri di hadapan pintu utama rumah baru mereka.Ni lah nama nya kawan paling 'bertuah' sekali.Belum apa-apa lagi,dia dah menonong masuk.Aku jugak yang terkedek-kedek memunggah barang-barang yang bertimbun ni.
Fisya tersengih sebelum dia menapak mendekati Damia."Jangan lah marah.Alah,bukan nya berat sangat pun kan kotak tu?tadi selamba je kau angkut dua buah kotak masuk rumah",kata Fisya tanpa berperasaan.Boleh lagi dia tayang muka blur.
Damia sudah mengetap gigi.Sabar..sabar,Damia Irwani.Kalau ikut hati,sudah di hempuk kepala Fisya dengan kotak di tangan nya sekarang ini.Biar darah yang mengalir ke otak kawan nya itu berjalan lancar sikit.Boleh dia kata kotak ni tak berat?pinggang aku dah nak terpatah tapi boleh pula dia cakap macam tu?kurang asam keping ni.
Kotak sederhana besar di tangan nya tadi diletakkan di atas lantai betul-betul di hadapan Fisya.Damia mencekak pinggang sambil berkata "Sedap betul mulut kau cakap kotak ni tak berat,kan?Cuba angkat sekarang.Aku nak tengok berat ke tak.Kalau tulang belakang kau tak terpatah dua,aku akan salute kau.Tapi kalau berterabur,tidur ICU lah kau malam ni",
Fisya tersenyum sinis.Eleh,setakat nak angkat kotak sebesar ni,kacang goreng je.
Baru Fisya hendak mengangkat kotak di hadapan nya,tiba-tiba ada suatu suara ganjil yang menegur mereka.
"Assalamualaikum",
Serentak itu,Fisya dan Damia menoleh ke sebelah kanan.Terus sebuah senyuman yang semanis red velvet dilemparkan oleh Fisya buat lelaki kacak yang sedang berdiri di belakang tembok batu.Dan Damia pula hanya tersenyum nipis.Buat apa nak senyum manis?bukan nya handsome pun mamat ni.
"Waalaikumussalam", salam yang diberi oleh lelaki tadi di jawab oleh Fisya.Damia sudah menjawab di dalam hati.
"Hai..baru pindah sini ye?", lelaki yang masih terhias dengan segaris senyuman di wajah nya,menyoal lembut.
"Ye..kitorang baru nak duduk sini ", Fisya juga seperti lelaki itu.Jawab dengan suara yang teramat lah lembut.Sampai naik meluat Damia mendengar.Der..perlu ke sampai macam tu sekali?bila bercakap dengan lelaki je,kena control ayu?suara tu sampai telinga sendiri pun tak dapat dengar.Be natural tak boleh ke?
"Ohh,tengah punggah barang lah ni?",
"Eh,takde lah.Mana ada.Kitorang tengah buat jualan amal kat luar ni.Ada nak beli apa-apa ke?", bidas Damia dengan muka selamba.Geram!dia paling pantang jika ada orang bertanya soalan yang agak kurang bijak.Dah nampak ada banyak kotak-kotak kat luar ni,sah-sah lah nak punggah masuk.Takkan nak pergi jemur pulak?
Fisya menjeling tajam pada Damia.Hish!minah ni.Agak-agak lah pun kalau nak buat lawak.Tak bertempat langsung.
Lelaki tadi ketawa kecil.Bagi nya,kata-kata Damia tadi nampak lucu.Tidak sedikit pun menyinggung perasaan nya.
"Kelakar lah kawan awak ni.By the way,nama saya Mukhris.Nama awak?", soal Mukhris pada Fisya.
"Ha?saya?oh..nama saya Nurul Afisya Farisya.Boleh panggil saya Fisya je", Fisya tersenyum lebar.Wajah nya pula sudah merona merah.Maklum lah,ada lelaki kacak seperti Mukhris yang menegur nya.Mahu dia tak cair?tengok senyuman pun dah boleh buat dia menerbang ke dunia khayalan ciptaan nya sendiri.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Разное#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..