KERETA Pesona milik Fisya diparkir di parking lot pasaraya Tesco sebelum Fisya dan Damia keluar dari perut kereta.Harini mereka merancang untuk membeli barang dapur.Dah dua hari mereka telan mi segera.Maklumlah,masing-masing sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk membeli barang dapur.Kebetulan pula harini mereka berdua cuti.
"Apa eh yang takde?", soal Damia.Matanya meliar ke seluruh rak yang tersusun barang-barang kering sambil tangannya menolak troli."Banyak yang habis.Barang basah pun semua takde", jawab Fisya.
"Tu lah kau! rajin sangat nak masakkan untuk Mukhris.Last-last,kita juga yang kena beli barang-barang yang dah habis tu",
"Alah..jangan lah marah.Kita kan hidup berjiran.So,kena lah tolong menolong", Fisya menunjukkan sebaris giginya.Tak habis-habis nak buat iklan Darlie."Eleh,kalau dah suka tu mengaku je lah.Mengada!", Damia menolak perlahan lengan Fisya.
Fisya tergelak.
"Dah lah.Kau pergi cari barang basah.Biar aku cari barang kering.Nanti kita jumpa kat kaunter", arah Damia.Fisya akur dan mereka pun berpecah.Setelah selesai membeli barangan kering,Damia memandang ke dalam troli yang sudah penuh dengan barang-barang kering.Apa lagi eh yang aku lupa nak amik? Macam ada something je yang tertinggal.Setelah difikir,dia baru teringat.Cadburry!!
Terus langkahnya laju disusun ke arah rak yang terdapat coklat Cadburry.Itu coklat kegemarannya.Bagi lah beribu jenis jenama coklat sekali pun,tapi dia tetap inginkan Cadburry! Nyum,nyum!!
Fruit and nut,hazel nut,rainforest..original!
Damia ternampak sebungkus coklat Cadburry original di hadapannya.Tetapi malangnya hanya ada sebungkus saje.Lebih baik dia ambil cepat-cepat.Pantas tangannya memegang hujung plastik coklat sebelah kanan dan pada waktu itu juga,ada satu tangan asing yang turut sama memegang hujung plastik coklat tetapi di sebelah kiri.Damia mengangkat wajah untuk memandang manusia yang ingin merampas coklat kegemarannya.Biji matanya terjojol.
"Encik Hairil?! Encik Hairil buat apa kat sini?", soal Damia.Meremang bulu romanya saat melihat wajah Hairil di sebelahnya.Macam mana dia boleh terserempak dengan mamat ni pula?
"Suka hati aku lah aku nak buat apa dekat sini.Kenapa? Tak boleh? Tesco ni kau punya ke?",
Ceyh! Aku cakap baik-baik,tapi kena perli pula.Ya Allah,kenapalah ada manusia macam Mr Dino ni? Menyakitkan hati je!
"Saya tanya je",
"Yang kau pula buat apa kat sini? Takde kerja ke sampai aku pergi sini pun kau nak ikut?", mata kelabu Hairil merenung muka Damia.Tolonglah..kenapa lah dia asyik terserempak je dengan perempuan ni?
Damia yang mendengar sudah buat muka toya.Boleh tahan kuat juga keperasanan mamat ni.Dari aku ikut dia,aku lagi rela ikut bangladesh yang baru masuk Malaysia ni.Serius!
"Suka hati saya lah saya nak buat apa kat sini.Tesco ni Encik Hairil punya ke?", Hohoho.Paku buah keras diserahkan kembali pada Hairil.Perli aku sangat,kan? Padan muka!
Mata Hairil mengecil.Giginya diketap."Menjawab! potong gaji baru tahu!", ugutnya."Ehh.Mana boleh main potong gaji.Saya tak buat salah pun", Damia tersengih.Dia berani menjawab sebab dia tahu dia tak buat salah.Betul tak?
"Whatever! Anyway,coklat ni aku amik", Hairil menarik coklat Cadburry dari tangan Damia.Damia tersentak dan sedikit terlopong.Lupa pula dia tentang coklat ni."Mana boleh! ni saya punya coklat", coklat ditangan Hairil dirampas.
"Oh ye? Aku tak nampak pun nama kau kat plastik ni", coklat tadi kembali pada Hairil.Kali ini,dia menaikkan tangannya ke atas supaya Damia tak dapat capai.Memang betul pun.Damia ni dah lah ketot.Err..sebenarnya ketinggian Damia normal.Cuma si Hairil ni ha yang terlajak tinggi.
YOU ARE READING
AKU MILIK MR.DINO
Random#SILA KE FULL SINOPSIS UNTUK MENGETAHUI KISAH AKU MILIK MR DINO.. *Hak cipta terpelihara WaniEllyz.Dilarang menciplak,meniru atau sebagainya tanpa izin WaniEllyz.Sekian..